Baru sudah.
Bersandar di kerusi.
Melegakan perut yang sedikit senak.
Terlalu banyak elemen air yang masuk, agaknya.
Aktiviti pertama memulakan hari cuti pertama dalam siri 3 hari cuti minggu ini.
Kini, di perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Cik.Aira terlibat dalam persembahan dan pertandingan bermain genderang sempena Hari Potensi. Pertandingan antara tadika-tadika Kemas dalam daerah Seremban.
Ini topik kedua.
Antara topik yang saya tunggu.
Disampaikan oleh pakar kanak-kanak di hospital ini, Dr. Azanna Ahmad Kamar.
Cik.Aira bersiap sedia mahu ke masjis bersama mak untuk menghadiri majlis bacaan yasin sempena Nisfu Syaaban, malam ini.
Di simpang berlampu isyarat, di salah satu jalan utama masuk ke kawasan taman perumahan saya, ada satu kemalangan berlaku. (banyak pula kemalangan di kejiranan saya akhir-akhir ini).
Kali ini, ada ambulans juga!
Serpihan-serpihan dari bahagian motosikal bertaburan atas jalan. Tapi saya tidak nampak kesan tompok darah. Harapnya mangsa kemalangan baik-baik sahaja.
Sampai di rumah, cik.aira terus mencapai papan putih dan pen marker jingga.
Selesai melukis,
"Okay, semua dah selamat. Orang sakit tu kakak dah masukkan dalam hospital ni!"
Amboi!
Kalaulah semua perkara semudah itu.
-_-!
Bapanya bekerja syif petang di kilang sekitar sini.
Ibunya berada di kampung, dalam pantang selepas melahirkan.
Dia mengambil kunci kereta yang ditinggal bapa di rumah, dan mula memandu keluar.
Nasibnya kurang baik.
Di salah satu simpang kawasan perumahan kami, dia melanggar sebuah motosikal sehingga jatuh penunggangnya. Mujur tidak digilis kenderaan lain.
Panik mungkin, dia mengundur laju keretanya tanpa mengambil kira kemungkinan ada kenderaan di belakang.
Pada masa itulah kereta kami dilanggar bahagian belakang keretanya.
Panik berganda!
Dia memecut laju kereta meninggalkan kawasan kemalangan.
Beberapa orang penunggang motor mula mengejar. Saya tidak tahu bagaimana, tapi mereka berjaya membawanya kembali ke kawasan kemalangan.
En.Eid sudah sangat marah. Untuk melanggar kereta kami, mungkin ada ampun lagi. Tapi, untuk lari dari tempat kejadian?! Itu mengguris sabar. Dan untuk tahu kemudiannya yang pelaku merupakan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun?! Oh, naik angin!!
Di bahagian yang dilanggarnya itu, adalah tempat biasa cik.aira duduk. Mujur tadi dia duduk di bahagian tengah. Itupun, bila saya berhentikan kereta di tepi jalan, dia berkata,
"Ibu, kakak takutlah. Rasa macam nak menangis sikit."
Kasihan saya mendengar. Pada masa itu, seluruh tubuh saya menggigil terkejut dan menahan marah.
Mujur tidak lama dia begitu. Saya tunjukkan budak yang melanggar kereta kami, pada masa itu dikerumuni orang ramai.
"Oh, kalau budak tu, takpelah. Janganlah marah dia lagi. Dia kan budak kecik. Kesian kakak tengok dia. Biar je la dia ye?"
Mudah sungguh anak saya memaafkan. Tapi saya masih berkeras hati. Walau ada raut serik di mukanya, hati saya belum sejuk lagi.
Hati mencari untuk menyalahkan orang lain sahaja.
Oh, dia cuma 13 tahun.
Maaf yang sebaik-baiknya?
(dari kiri)
"Ini Aish, ini Kakak, ini Ibu, ini Airis, dan ini Babah. Ini pula rumah kita." kata cik.aira bagi penjelasan pada hasil lukisannya.
"Ini awan apa dekat sangat dengan rumah?" saya menduga.
"Ini asaplah!"
"Eh! Rumah kita terbakar?! Bahaya ni!!"
"Ibu ni! Kakak konon-konon je lah nak ada rumah ada keluar asap macam dalam tv tu."
"Owh, ingatkan terbakar tadi."
Tarik muka merajuk.
Hahaha!







