Showing posts with label progressive test. Show all posts
Showing posts with label progressive test. Show all posts

To.Ponteng.Or.Not.To.Ponteng?

7 minit selepas tamat waktu bekerja..

azil kena stayback sebab ada kelas lagi petang ni. perut lapar sangat. bercita-cita nak ponteng kelas ekonomi, tapi takut nak ambik risiko tak paham apape masa exam bulan depan. azil jenis orang yang kalau 1+1 pun kena cikgu bagitau dan terang. tak boleh paham ikut buku semata. bebal sikit. f(^o^; harap maklum..

hari ni, sepatutnya dah keluar jawapan untuk PT3 yang azil ambik ahad lepas. nak print, tapi cuma mampu bukak takat http://www.tarc.edu.my/ je. nak login pun tak terdaya.

oh, apalah punye penyakit datang melanda, azil menjadi malas cam namakemono (sloth). nak bergerak ke mana-mana pada kadar kelajuan yang sangat rendah. macam di slow motion kan segala movement.

melihat keluar tingkap, memandang ke federal highway (at exit jalan utara), trafik sangat lancar di kedua-dua arah. pemandangan menakjubkan untuk laluan menghala subang sebab biasanya, pada masa ini dah sesak menyampai ke susur jalan 222. ini punya la lapang sampai azil rasa memazirnya buat highway 3 lorong. satu lorong pun dah cukup.

jam baru pukul 4:48.. kelas pukul 6:00. ada suara-suara ghaib suruh azil balik rumah. aiyo..! banyaknye setan nak kacau..

ok la.. adalah lebih baik azil mula print jawapan pada soalan-soalan PT3 aritu. in case kalau mr.wee nak discuss dalam kelas ke.

bercakap pasal mr.wee, azil masih rasa kagum bagaimana dia boleh mengekalkan untuk menahan diri dari cakap bahasa ibunda dia di dalam kelas yang 90% sebangsa dia. walau student "berusaha" nak berkomunikasi dengan dia melalui bahasa ibunda mereka, mr.wee "berusaha" lebih keras untuk berbalas kata dalam bahasa yang lebih difahami umum, biasanya bahasa inggeris. kadang-kadang dia pandai buat lawak dalam bahasa melayu pun. dan kalau datang angin weng dia, satu kelas boleh dengar konsert 2 baris lagu alleycats. hahaha..!

melalui mr.wee, azil menjadi semakin berminat dengan subjek ekonomi. walaupun begitu, azil tak boleh nak memikirkan untuk pergi lebih jauh dari tahap sekarang. rasa macam torture diri pun ada jugak.

oleh sebab azil dah tua, azil rasa academic pursue nih, up to next year saje lah. dah tak larat nak force memory untuk ingat pelajaran. nak save untuk merakam anak-anak pulak.

=)

alamak, bukan ke nak print jawapan tadi?

see!? dah lupa balik..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Progressive.Test.3

baru sudahkan Progressive Test 3, CBA02. tak banyak berubah score dari test lepas. turun 1 markah gitu. ok la tuh, janji lulus. malas weh nak pikir banyak-banyak. nih pun ulangkaji tahap intensif! 2 jam jek baca buku, 55 menet buat test. ala-ala ilmu fresh from oven la terus amek test tadi. strategy yang agak OK. berkemungkinan besar akan di"apply" masa real exam. harapan nak score >90 tuh, agak mustahil la guna cara azil, tapi setakat ni, berkesan untuk lulus.

so, cukup la eik..

menyudahkan online surveys yang tertunggak. dah banyak mail survey dalam inbox azil. separuh dah lajak due date. agak rugi. =( luckily, managed to settled another half. yeay! ada ratus-ratus point sebelum boleh cash out USD50. ada lagi setahun kot.

lalalalala..

cik.aish dah reti sikit-sikit nyanyi lagu "tik-tok-tik-tok, hujan dah turun".

tapi sangat kelakar sebab dia sebut "tik-towk-tik-towk-woun".

lately, perkembangan vocab cik.aish sangat memberangsangkan. bagus!

cik.aira pulak asyik confuse lagu ABC dengan Twinkle Twinkle Little Star, sebab both songs carry the same melodies. elok dia nyanyi,

twinkle twinkle little star
h.j.i.k.l.m.n.

sangat kasihan.. kenapa la melodi kedua-dua lagu tu kena sama?

kesian anak azil.

cik.aira beri tajuk pelik pada lagu ABC. pada cik.aira itu lagu "di-iy-ef" (DEF) atau "waizet" (YZ). walaupun begitu, bila azil sebut suruh dia nyanyi lagu ABC, dia paham je lagu mana nak kena nyanyi. saje je ke dia tukar tajuk??

kalau lagu Papaku Polang Dari Kota pun, pada cik.aira itu lagu PomPom. senang pada dia kot. ke, budak-budak kidal memang begitu?? takpe lah. asalkan dia boleh communicate dengan cara tu, pada azil takde masalah.

sekarang masih perlu menegur lagi bila cik.aira dok makan guna tangan kiri. walaupun tak kekok makan tangan kanan, dia selalu "terbabas" guna tangan kiri jugak. kadang-kadang dia pernah terhenti bila nak ambik makanan dari azil. cam tatau nak sambut tangan kiri ke kanan. hihihi.. kakak, motto motto ganbare yo!

azil dan en.eid, perlu dapatkan lebih banyak buku bergambar. both sisters love them good. diowang sangat suka buku, sampai tahap makan buku. hahaha..! cik.aira the curious sangat suka tanya benda-benda dalam tu, dan yang bagusnya, dia tak terima bulat-bulat jawapan yang azil bagi.

kalau dia tunjuk bola, azil jawab, "errmm.. ibu rasa fish la kakak.'
dia akan membetulkan semula, "no ibu.. iniii, ball.."
terpaksa la berlakon, "eh laa.. iye ke.. bukan fish ke?" kena buat muka confused!
dan dia ajar lagi, "nooooo.. iniiii.. baallll... hiy, ibu niihh.." sure dia akan geleng-geleng kepala macam tak percaya je ibu dia tak pandai beza ball dengan fish.

ok, bila sampai ayat ".. hiy, ibu niihh..", sila ok kan saje. kalau tak, dia akan marah. cik.aira kan short tempered. hehehehe..

ok la. dah nak maghrib. azil perlu siapkan dinner.

nak masak ikan bawal goreng. cam enak je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Progressive.Test.3




alhamdulillah.. sebab kali ni ambik clean.

giri-giri la siap ambik test kali ni.

susah rupanya kalau tak bukak buku.

sibbaik lulus.

fuh fuh fuh!

next test, 2 minggu lagi.

motto-motto ganbaru!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS