Showing posts with label thoughts. Show all posts
Showing posts with label thoughts. Show all posts

Main.Kotor


Baru selesai menyudahkan satu tugasan pejabat. Permintaan saat akhir seorang teman di "Project Team" pada petang Jumaat lepas.

Semakin lama, semakin lelah pula saya melayan karenah "counterpart" di Jepun sana. Projek sudah berlangsung lebih setengah tahun tanpa ada tanda mereka mahu menutup fasa 1 dan beralih ke fasa 2.

Alasan yang diberikan, kualiti servis di Malaysia tidak menyamai kualiti di Jepun dan mereka tidak akan menutup projek ini selagi kualiti kami tidak sama taraf dengan mereka.

Namun begitu, mengikut statistik, kami mempunyai kadar ketepatan data setinggi 99.5%, dan itu sepatutnya dikira peratusan yang amat tinggi mengambil kira "human error" sebagai peratusan yang tidak mencukupkannya kepada 100%. Tapi tidak pada Jepun di sana. Mereka menuntut 100% ketepatan!

Amboi!

Mereka pun tidak pernah capai kualiti servis begitu tinggi, tiba-tiba mahu menuntut pihak kami pula memberi kesempurnaan itu.

Saya sangat marah sepanjang minggu lepas. Jepun mula menge"log" isu-isu bulan-bulan lepas di dalam sistem log rasmi. Kemudian, semasa "conference call" Khamis lepas, mendakwa ada peningkatan kadar kesilapan dari pihak kami dengan hanya bergantung pada isu yang dilog pada sistem itu, sedangkan isu-isunya semua telah dibincangkan sebelum ini. Keji sungguh!

Tidak tahu saya apa yang menyukarkan mereka untuk menerima hakikat bahawa mereka perlu menyerahkan juga tugasan-tugasan itu ke kami. Tidak boleh berpatah balik, dan tiada cara untuk menggagalkannya!

Menyerah sahajalah, hendaknya.

(-_-;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Peluang

Susah untuk saya menetapkan berapa kali peluang harus diberi untuk memperbetulkan kesilapan.

Sekali? Dua kali?

Saya mungkin seorang yang sangat lembut hati serta mudah memaafkan, lantas membuka sahaja peluang untuk memperbaiki diri, tapi ahli-ahli kumpulan yang lain?

Kalau yang terkenal sabar dalam kumpulan ini pun sudah meninggi suara lantaran hilang sabar, saya tahu saya perlu lakukan sesuatu.

Biasanya, saya bertahan dengan "learning curve" walaupun mengambil masa yang panjang, asal sahaja ianya meningkat. Tapi yang seorang ini... Tiada peningkatan, malahan merudum pula. Alasannya, kerja yang banyak. Sedangkan bahagian kerja yang dilaksanakan seharian cuma 80% dari 8 jam waktu penuh bekerja. 20% selebihnya, masih dilaksanakan oleh rakan setugas lain sementelah dia masih belum stabil dengan kualiti kerja.

Saya mungkin dibutakan dengan budi bahasa yang ditunjukkannya, dan dia selalu bersedih hati andai ada sahaja kesilapan yang dilakukannya. Oh, kadang-kadang saya rasa terpedaya pula andai itu satu lakonan.

Setelah seminggu saya berfikir, saya kira saya perlu ambil tindakan. Ada beberapa pilihan, dan saya akan libatkan ahli kumpulan yang lain, kerana ini akan melibatkan mereka juga. Saya akan berikan pilihan yang ada, dan bincangkan pro-kontranya. Mungkin saya perlu kehilangan seorang ahli kumpulan ini, tapi lebih baik dari menyimpannya kerana risiko kualiti servis yang terlalu tinggi.

Letih saya malam ini, menyelesaikan 15 isu yang di"log"kan Jepun, berpunca dari ahli yang seorang ini!

Hilang sabar juga dibuatnya.

-_-!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Marah

Akhir-akhir ini, jiwa penuh rasa marah.

Ada sahaja kejadian yang mencetus api kemarahan.

Perlu tenangkan diri.

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keputusan

2 hari sudah, pengurus bahagian saya minta saya datang berbincang.


Perbincangan menjurus kepada career plan saya.

Saya diberikan 3 pilihan:

Pertama
Tidak melibatkan diri dalam migration project, dan tinggal di Malaysia untuk memantau prestasi kualiti staf-staf baru sementara staf-staf berpengalaman ke Jepun.

Kedua
Libatkan diri dalam migration project. Saya perlu ke Jepun Januari ini untuk belajar tugasan bahagian "Duty Billing". Bahagian Billing Team yang pengetahuan saya cuma ada sekitar 10% sahaja. Pulang dari Jepun, saya akan diserapkan terus ke dalam Duty Team, mengetuai staf-staf yang akan melaksanakan tugas-tugas Duty Billing bagi Jepun dalam seramai lebih kurang 15 orang.

Ketiga
Libatkan diri dalam migration project. Masih perlu ke Jepun Januari ini. Bezanya, saya hanya akan di loan ke Duty Team sehingga stabilization (sehingga Jun 2013) dan kembali ke pasukan saya sekarang dan bertugas seperti biasa.

Pengurus saya lebih memihak kepada pilihan ketiga. Melibatkan diri dalam migration project, merupakan jalan singkat untuk kenaikan pangkat, DENGAN SYARAT projek itu berjaya. 

Projek kali ini, saya adalah tumpuan untuk menentukan perlaksanaannya lancar sepertimana yang diharap pihak syarikat.

Aduh, saya kurang gemar diberi "peluang" membuat keputusan begini.

Saya ini jenis yang konon-konon spontaneous. 

" I don't think and do. I just do and live with it."

Tapi, saya perlu grow up, dan keluar dari zon selesa saya.

Makanya, keputusan perlu dibuat, dan esok saya perlu nyatakan.

Pertama?
Kedua?
Ketiga?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Empat.Hari

Saya bercuti 4 hari dari Jumaat hingga Isnin.

Cuti yang sepatutnya untuk menyambut keluarga Dungun datang bertandang, tapi pada saat akhir, kunjungan ditunda kerana biras saya kematian ibunya. Innalillah..

Kebetulan, anak buah saya, Arissa dimasukkan ke wad Hospital Columbia Asia Setapak. Menurut berita yang saya dengar, kerana dijangkiti Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD). Selepas selesai menghantar mak ke temujanji doktor di Klinik Kesihatan Nilai, Cik.Aira, Cik.Aish dan saya menunaikan temujanji rutin 6 bulan sekali dengan doktor gigi. Selesai temujanji, kami ke Setapak pula untuk menziarahi Arissa. Mak perlu menjaga Arissa di wad hospital kerana Boboy, adik saya demam panas, dan Ida, isterinya perlu masuk ke pejabat selepas tengahari.

Petang Jumaat berehat-rehat di rumah dengan keluarga.

Pagi ini, bangun dan membeli-belah barangan bulanan. Mak pesan tak usah dibelikan makanan kisar untuk Cik.Airis lagi kerana dia lebih suka makan makanan orang dewasa. Kalau bagi kari pun tidak mengapa. Kata mak, sambal pedas pun dia telan juga. Walaupun bersulam air. -_-;

Petang tadi, melayan En.Eid menyusun stepping stone di laman tepi rumah. Jenuh memikir design yang kena dengan jiwa kami. Berjaya juga namun En.Eid pelu menambah bajet dalam RM40.00 lagi untuk melengkapkan design itu. Dah siap nanti, saya tampalkan gambar. Biasanya, saya tak terlibat dalam hal laman dan cucuk tanam ini. Semua saya serah pada En.Eid. Rasa bangga berbunga-bunga juga bila berjaya hasilkan design yang saya sendiri kira menarik untuk susunan stepping stone tadi. =D

Malam ini, 2 orang bekas teman sekerja menelefon. Seorang menelefon untuk menanyakan jawatan kosong di syarikat saya bekerja. Dia pulang dari Jepun pada bulan 4 tahun ini dan mahu bekerja sementara menantikan suaminya menyudahkan jurnal PHD. Buat masa ini, resume telah diedarkan ke beberapa tempat dan dia menunggu untuk panggilan temuduga.

Seorang lagi, menelefon untuk bertanyakan samada saya kenal dengan nama seorang yang menurutnya bekerja di syarikat saya bekerja. Katanya, untuk tujuan menyelidik sebelum syarikat di tempatnya bekerja menawarkan tempat untuk staf di syarikat saya bekerja. Dia menawarkan untuk mengirimkan resume saya pada pihak HR di tempatnya, tapi saya berat hati. Syarikat tempatnya bekerja adalah dalam industri tembakau. Sama syarikat tempat mak pernah bekerja selama 25 tahun. Bezanya, mak dahulu bekerja di kilang tembakau di Seksyen 14, PJ manakala rakan saya ini pula bekerja di Shared Services Center di TPM. Dengar dia bercerita tentang bonus 5-8 bulan gaji, memang gamam juga, tapi hati masih lagi berat.

Saya masih mengusahakan kerja di lokasi Cyberjaya. Entah bilalah mahu mendapat.. =(

Oh, saya ada beberapa set kerja terjemahan yang perlu diselesaikan. Ini untuk projek Japan Billing Tasks Migration. Projek untuk membawa sejumlah 17 nilai tenaga kerja dari Jepun ke Malaysia.

Besar juga jumlah itu. 10 daripadanya datang dari satu team yang mana projek mengambil alih tugas dari team tersebut pernah gagal dalam projek yang sama pada tahun 2010. Gayanya kali ini, seperti meneruskan semula projek perumahan di kawasan yang ada sejarah tanah runtuh. Sukar kerana pihak Jepun sangat skeptikal dengan kemampuan kami di sini.

Mujurlah, di Jepun, mereka ada seorang pengurus baru yang menjadi ketua kepada pengurus-pengurus yang skeptikal ini. Dia sangat berfikiran terbuka dalam menerima pandangan kami. Memudahkan lagi, dia sangat fasih berbahasa Inggeris, menjadikan komunikasi lancar antara Project Manager dan pihak Jepun.

Cabaran terbesar kami di Malaysia, untuk mendapatkan sejumlah 17 tenaga kerja itu. Sehingga hari ini, hanya ada 2. Workshadowing di Jepun dijangka bermula pertengahan Januari 2013. Sebelum tarikh itu, staf-staf perlu mendaftar diri selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh bermula. Berita mutakhir saya terima semalam, Project Manager pula telah menghantar surat perletakan jawatannya. Sedikit sebanyak, instinct saya berkata yang projek ini akan tertangguh. Mungkin sebulan. Mungkin dua bulan. Jujur, saya tidak rasa syarikat mudah untuk mendapatkan 17 orang itu. Sebabnya, persaingan yang tinggi dalam industri ini menjadikan syarikat saya bukanlah tergolong sebagai Employer of Choice.

Mahu ditawarkan pada fresh graduate, pengurus besar kata, "Tiada kualiti."
Mahu ditawarkan pada yang berpengalaman, HR kata, "Syarikat tiada bajet."

Kenapa mahu kedekut jika mahu yang berpengalaman?
Dan, apa salahnya jika tawaran dibuka kepada yang baru habis belajar?
Bukankah ada permulaan untuk setiap satu perkara?
Menyedihkan.

Oh. lupa.. Kerja terjemahan..
Isk..
Malasnya nak start buat.

p(>_<)q

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Rabun

Cuti.

Isnin cuti sakit.
Hari ini cuti lagi.
Cik.Aira sakit mata.
Cik.Airis demam.

Akhir-akhir ini sepertinya tiada semangat untuk bekerja.
Letih sebenarnya.
Tapi saya tidak pasti apa punca keletihan.

Kadang, mungkin gusar mengenai prestasi diri yang sukar menetapi piawai pengurusan.
Kadang juga, mungkin kecewa kerana saya tidak diperjelaskan tentang piawai itu.
Rasa seperti si rabun.
Nampak tapi tidak jelas.

Bila minta penjelasan, disuruh pula kita menukar mata baru.

Eloklah tu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Terperangkap



Saya rasa ramai pengguna jalanraya yang terperangkap dalam kesesakan ini lewat petang hingga malam ini.

Saya sudah terkandas hampir 2 jam. Melalui twitter, saya dapat tahu ada takungan air di atas jalan sehingga menyebabkan laluan terpaksa ditutup.

Mahu u-turn kemana-mana pula sudah tidak boleh. Mujur juga hujan sudah berhenti.

Perut sudah lapar. Sangat-sangat lapar.

Oh Tuhan, izinkanlah saya pulang segera.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tukar.Lorong


Sudah masuk tahun kelapan saya berpengalaman memandu di Malaysia. Antara cabaran yang begitu hebat rasanya, adalah apabila perlu menukar lorong di kala trafik sesak.

Saya tidak begitu memahami kenapa pemandu-pemandu yang memandu di jalan raya Malaysia ini, sangat sukar memberi pemandu lain menukar lorong dengan tenang dan mudah.

Sering sahaja saya dihon bila stering dipulas ke arah lorong yang ingin ditukar. Sedangkan ada 10 saat saya menghidupkan lampu signal.

Ada pula yang gigih merapatkan keretanya dengan kereta hadapan sehingga jarak keduanya tinggal 3-4 inci.

Sedangkan jalan sesak. Mahu ke mana sangat yang sampai tidak boleh memberi peluang orang lain masuk lorong yang sama?

Saya dengan ini berjanji akan lebih menjarakkan kereta dengan kereta hadapan supaya pemandu lain lebih mudah menukar lorong mereka. Saya juga akan memberi laluan jika ada kereta memberikan signal untuk masuk ke lorong sama dengan saya.

Semoga pemanduan saya selepas ini akan selalu dipermudahkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sakit.Mulut


'Ibu, kenapa ibu tak pandai cakap elok-elok?'

'Ibu sakit mulut.'

'Oh. Itulah pasal! Selalu sangat marah kami. Kan kakak dah cakap, ibubapa yang baik tak memarahi anak-anak dia. Kalau marah-marah jugak, nanti sakit mulut macam ibu ni lah.'

Bersungguh dia 'ceramah' kan saya. Nasib baik saya sakit mulut. Tidak kuasa mahu melayan debatnya.

Berfikir juga, benarkah ibubapa yang baik memang tidak marahkan anak?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari.Terakhir


Ada ujian di penghujung sesi hari ini.

Ujian wajib lulus demi sekeping sijil.

Sijil pula bakal ditanda tangani oleh 'big shots' syarikat yang beribu pejabat di German sana.

Saya tidak tahu apa gunanya untuk saya sekarang.

Entah kenapa saya rasa kurang yakin semula dengan perjalanan karier saya di sini.

Tapi, saya juga kurang pandai menilai kualiti diri untuk 'dijual' di pasaran luar.

Hrm..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Relaxing

Duduk melipat baju bertimbun di tengahari buta, bukanlah salah satu perkara dalam relaxing item saya, tapi bila mengenangkan panasnya di luar rumah, dan sejuknya pendingin hawa yang baru diserbis ini, saya rasa ini lebih menyamankan dan sudah tentu lebih relaxing dari berada di luar.

Memulakan pagi agak awal. Harus membawa Cik.Airis pergi mengambil suntikan MMR yang tertunda sejak akhir Januari lalu. Demam kebah tak kebahnya, asyik membantutkan perancangan. Semalam, sesi follow-up dengan Dr. Azanna di NCI Hospital. Cik.Airis demam sedikit katanya, tapi dia yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan.Doktor juga menasihatkan untuk mendapatkan suntikan Pneumococcal juga. Ada 3 siri suntikan dan satu suntikan berharga dalam linkungan RM 200.00 - 250.00.

Pagi ini, semasa saya bawa Cik.Airis untuk mengambil suntikan MMR di Klinik Sariah, saya bertanya kepada Dr. Sariah mengenai suntikan Pneumococcal ini. Kata Dr. Sariah, kliniknya ada menyediakan suntikan tersebut tetapi jika bayi sudah berumur lebih setahun, tidak perlu sampai 3 siri suntikan. 2 kali sudah memadai.

Saya perlu bincangkan dengan En.Eid. Anak-anak sebelum ini tidak pernah pun mengambil suntikan selain dari yang tersenarai dalam senarai suntikan wajib. Harap-harap, Cik.Airis dapat dibekalkan sama dengan suntikan ini dalam masa terdekat ini.

Pagi semalam, Tok Su saya meninggal dunia. Beberapa bulan juga telah terlantar sakit. Kadang di rumah, kadang di hospital. Pelbagai komplikasi. 3 hari sudah, Tok su berada sepenuhnya di bawah bantuan mesin hayat. Malam Sabtu, akhirnya keluarga memutuskan untuk "melepaskannya" setelah pihak hospital juga kehabisan ikhtiar untuk membantu. Tok Su adalah bapa saudara kepada mak. Umurnya, 64 tahun. hanya tua 2 tahun dari mak. Sebagaimana saya dan Mak Su, adik bongsu mak. Beza umur kami juga 2 tahun.

Minggu hadapan, saya hanya bekerja dari Isnin hingga Selasa. Rabu, saya akan pulang ke Dungun, Terengganu. Sekian lama tidak pulang ke kampung. Saya kemaruk juga rindukan pantai Dungun itu. Masih belum berkesempatan hendak melihat Pataku Habih Rebih.

Oh, debar pula memikir nak balik kampung. Sudah lama tidak berjalan jauh.


(^o^)

Eh, lipat baju!
Lipat baju!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2012.

Selamat 2012!
Saya bercuti dari 2 sehingga 9 Januari!
Yeay!

Tak banyak yang berlaku semasa peralihan tahun.

Tapi untuk pertama kali (dan akan menjadi trend seandainya terus bekerja di syarikat sama), saya perlu bekerja pada tarikh tahun baru. macam tak menarik, kan? Tapi baru-baru ini, bekerja pun dalam 3-4 jam sahaja.

Masuk sahaja tahun baru, masa nak pergi ke pejabat, kereta saya tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya bateri conked. Pandai pilih masa betul. nasib baik ada kedai bateri kereta yang beroperasi hari itu. Terbang RM225.00 (tapi selepas itu dapat refund RM30.00 sebab pulangkan bateri lama). =D

Semalam pula menjelajah usha kedai tayar, sebab tayar kereta pun due tahun ini jugak. Bulan 3 nanti, kereta dah nak masuk 2 tahun. Bateri dengan tayar adalah antara dua perkara yang memang nak diganti tahun ini. Tapi tak sangka sungguh bateri akan mati dulu. Jadi, untuk mengelakkan tayar-tayar kereta itu teragak nak berperangai seperti bateri, baiklah kami segerakan sebarang penggantian yang perlu. -_-"

Hari ini akak meneruskan pencarian kedai tayar. En.Eid spesifik mengenai tayarnya. Mahu yang Continental juga. Bila sudah puas memusing, dalam perjalan pulang ke rumah, baru perasan ada satu kedai tayar Continental, yang nampak macam baru tapi sudah tutup. Pukul 6:30 petang waktu itu, seperti terlalu awal untuk tutup operasi tetapi mungkin juga kedai belum mula beroperasi lagi. Kalau tidak jumpa juga, hari ini kami akan ke Senawang sahaja. Memang ada sebuah kedai tayar Continental besar di situ. =)

Esok..

Hrrmm..

Esok, Cik.Aira mula bersekolah tadika 5 tahun. Debar itu di atas saya. Bersekolah di Tabika Kemas, terletak selang 3 jalan dari rumah, So, kecuali bila hujan, urusan pergi dan pulang sekolah memang bukan masalah. Waktu persekolahan bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

"Lambat, saya kunci gate."

En.Eid menyampaikan pesanan cikgu Cik.Aira. Amboi, garang! Tapi bila difikir semula, mungkin bertujuan nak menerapkan disiplin, dan mengelakkan terganggu sesi pembelajaran kanak-kanak yang lain pula.

Saya tidak membayangkan Cik.Aira lambat, malahan mungkin terlalu awal untuk sekolah itu. En.Eid, mak dan saya akan bergilir membawanya ke sekolah. Tapi kalau sekolah boleh menerima murid seawal jam 7:00 pagi, mungkin mak tidak perlu terlibat dalam proses penghantaran. Cuma masa balik nanti mak pergi menjemput. Esok, perlu bertanya dengan cikgunya. Saya belum pernah bertemu dengan mana-mana cikgu Cik.Aira. Urusan-urusan sebelum ini diselesaikan oleh En.Eid, dari mengambil borang pendaftaran, menghantarnya, dan mendaftarkan Cik.Aira.

Urusan awal minggu persekolahan ini, saya akan ambil alih sementelah cuti seminggu ini.

Oh, program cuti seminggu?

Tak banyak di fikiran. Mendaftarkan Cik.Aira, membawa mak ke pemeriksaan berkala di Klinik Kesihatan Nilai, menguruskan parti hari jadi Cik.Aira di sekolah, dan menetapkan tempat sambutan majlis harijadi anak-anak. Tahun ini Cik.Airis akan sambut ulangtahun pertama! Jadi ketiga-tiganya akan disambut dalam satu majlis. =D

Alamak., banyak tulis. Sepatutnya dah nak kena mandi ni!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tayar.Ketiga

selalu berada dalam keadaan serba-salah bila situasi kita macam third wheel.
bukan semestinya antara orang bercinta.
dalam sebarang perhubungan pun.

nak-nak kalau ada perbahasan / perdebatan antara dua pihak tadi.
susah hati betul bila diminta pendapat kita.
haish!

nak lari, macam tak patut.
tapi, untuk kekal dalam perbahasan tu, merunsingkan.

=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Saya.Memang.Tak.Boleh.Pergi..


.. dengan orang yang suka merampus!

err.. merampus tu macam mana?

erm.. macam kalau orang tu tengah marah, dia lepaskan kemarahan dia dengan perbuatan yang agak melampau.

contoh perbuatan :

. hentak-hentak keyboard pc.
. hempas pintu
. campak kertas yang tengah bersepah atas meja.

ok, kalau kat rumah buat perangai merampus, itu saya kira sebagai "your own domestic issue". tapi saya sangat tak gemar kalau kat pejabat nak buat / bawa perangai merampus ni.

serius, saya benci!

bukan tak boleh marah. tapi perlulah ada kawalan diri sendiri. ini macam "perempuan gila tengah histeria" buat kerja menghentak-hentak sambil mulut nak memaki-hamun, apa hal?

dalam hal kerja, nak-nak dalam menangani perubahan ni, memang banyak ketidakpuasan hati. tapi tolonglah ada pemikiran, "if i cannot go against it, i go with it." sebab syarikat tu dibina bukan atas titik peluh awak seorang. tak payahlah beria-ia nak mengamuk macamlah saham syarikat akan jatuh menjunam andai kata awak melepaskan jawatan.

tak, ok!

isskk..

menulis dengan harapan nak melepaskan rasa. tapi sendiri pulak rasa nak merampus.

"ter"tekan kibod kuat-kuat sampai cik.aish tegur,

"ibu kenapa internet kuat-kuat?"

hihihi..

stop! stop!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Think!

kisahnya..


rasa terlalu down dan hilang semua semangat berjuang nak meneruskan keje kat opis tuh.

dengan segala keje tertunggak, keje baru, escalations.. dah tak terhadap dah.

samada perlukan motivasi untuk terus kekal, atau "motivasi" untuk mula pikir next terminal.

ingatkan nak bagi diri sendiri sampai ujung tahun, at least.. untuk stabilkan keadaan.

mengadap keje tahap 24/7 skang neh. recently JP pi restrict masuk system on weekends. bila login system, dia bleh tulih "user inactive". mesti sebab azil selalu login system on weekends and kacau IT team JP nak buat loading ke mende ke..

so, even selepas 2 bulan sejak balik maternity leave arituh, things bukan saje takleh nak stabilize, tapi makin worse, azil jadik sangat-sangat penat. been taking work back home ever since, ngadap laptop on weekends, performing tasks during leave even mc.

dan paling azil sedih, bila azil dah missed a lot on development anak-anak, sampaikan aira "tiba-tiba" boleh tulih hurop "A" without sape-sape ajar, seriously azil rasa saaaangat bersalah!

biorla kalau dia gifted pun untuk pandai sorang-sorang without me showing her how, tapi azil nak jugak involve dalam hidup anak-anak.

azil takmo la "sejarah berulang kembali". bila masa kecik, mak ayah azil sibuk keje, azil membesar kat tangan orang lain. dan ada jugak sekali tuh untuk satu tempoh masa, azil regards nanny azil as my own parents. kalau ada aktiviti ko-ko kat sekolah, update je my nanny. she'll arrange sape nak hantar, mana nak lunch, check on duit belanja segala. azil cuma happily pi buat apa yang kena buat, and my mom just get my nanny paid for that.

tapi, bila dah beranak-pinak nih, azil decide takmo la anak-anak lalu apa azil lalui dulu. nanti tak rasa "ikatan" ibu-anak tuh. sebab dari kecik, azil tak involve dalam tumbesaran diorang.

tapi macam mana nak spend quality times dengan diowang kalau dalam tidur, dalam jaga, azil ingat keje je.. dan bila akhir-akhir ni pulak Tuhan sempitkan sikit rezeki, terus realize cam, "see.. ko keje la tunggang-langgang doploh ampat jam sehari pun, kalau tak berkat, ko takkan dapat."

naper tak berkat? dah tu, bila balik umah, anak-anak nak manja-manja, asek me"reject" saje.

"ibu busy la."
"ibu nak wat kije aa.."
"ibu penat aa.. nak tedo.."

anak-anak pun mesti rasa tak syok. dan kita tatau apa entah yang diowang cakap yang mungkin merupakan doa yang dimakbulkan.

one time, cik.aira penah komplen,

"kakak bosan tinggal umah ibu tu. kalau dia balik, asek laptop, tedo, laptop, tedo. kalau tengok kakak main, dia jerit, "kemaaaasss..!!"."

ok, itu dari mulut budak 4 tahun. =(

orang lain dengar buleh la rasa lawak.

tapi, makan dalam neehh..

so, lets start from pro vs con list!

"nape nak berenti keje?"
"sebab saya nak masa berkeluarga di samping pendapatan yang tinggi."

heh, ada ke kompeni nak ambik neh?? f(-_-;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tsk.

5:15pm kuar dari opis.


dalam masa 1 jam, pergi sejauh 3km sahaja!

adoilaa..

sampai sakit pala, rasa nak muntah bawak keta dalam trafik yang sangat sesak.

penyudahnya, sampai umah pukul 7:45pm.

2 jam sengah!

rekod..

p(>o<)q

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Searching.For.My.Stand

since 3 weeks ago, office management has and still undergoing major changes in their organization structure, and 90% of the employees are involved in it. changes that moves away people stability, comfort or maybe job-security too. vice versa, it also creates various opportunities here and there.


for more than 3 years, being under the same boss has creates a very-very comfort zone for me, although she might sometimes be a very-very garang lady boss. but, with these changes i've to switch to another younger lady boss, whose management style i'm yet to adapt with. 3 weeks of current orientation period, is so hell tiring and sometimes confusing!

some of people i know have tendered their resignation and lots more that i do not know, have done the same, too.

can i manage myself to stay in all these tiring and hectic surroundings?

to move out, i need to know that i have a solid ground to do so. i wont quit just because

"kena balik lambat tetiap malam.."

or..

"keje makin susah.. orang takmo kasik kejesama.."

i mean, that can happened anywhere in any organization.

or if i am to stay, i still need to know that i've a strong base to do so because i don't want to stay for reason,

"gaji dia kencang la kat sini.."

hrrmm..

i'm searching for my stand now.

err.. maybe i'm just being extra emotional. it's a 3rd trimester thing. =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Isnin.Yang.Cuti

tiada apa yang lebih menggembirakan daripada isnin yang cuti.

huhuhu..

hari ini jadual agak packed la jugak. ada beberapa urusan nak diselesaikan. so, cuti pun taklah dapat bergolek-golek di rumah. nasib baik semalam dah puas bergolek. =D

perlu memikir beberapa perkara untuk kerja esok. isskk.. benci tau kalau kena kerja masa cuti ni. sebab sangat-sangat pasti tak akan boleh pikir pasal kerja punya.

malas pikir..

malas pikir..

adalah lebih baik bila cuti, kita nikmati cuti ini sesungguhnya.

yeay!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

New

saya perlukan sesuatu yang baru.

apa la agak-agaknye tu, eik..?

(^_-)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Back.Home

i am home. reached malaysia ground safely approximately at 8:10pm last night.

first, i met en.eid at B carousel, waiting to pick up my luggage. next, the kids, mak and linda, waiting at a corner of the arrival hall.

baby ran happily for me shouting, "ibuu! ibuu!"
kakak just said, "eh, ibu laa.. terkejut kakak.." (heh?)

got my hands on wheel in no time. really miss en.waja.

we went for dinner. thinking myself that i might craving for some malaysian cuisine, i ordered nasi goreng daging merah. only to know that 15 minutes later it was a bad start. a little too oily for my "perut-yang-manja". uurrkk..

luckily iced milo save the night. sangat enak! yummy!

this morning, woke up quite early. kakak's repetitive request, "ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu.." penetrated my dream where i watched myself driving en.waja under water, and there was a huge monster-look fish came towards en.waja and i (in en.waja) didn't realise that. i (whose watching) was shouting like crazy trying to warn me (in the car) but i only heard,
"ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu..". ("-_-)

went for groceries shopping, and home to deal with laundries. stayed home until night. it was too hot to move around, so being stationary is my best option. (-_-;;)

tomorrow, i'll be back to the office. yeay!

perut geli-geli. ihik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS