Sape.Gomok.Angkat.Tangan!

azil tengah main-main dengan budak-budak..

"sape sayang ibu, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish angkat tangan.
"kakak!" cik.aira pun ikut.

"sape sayang babah, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish julang 2 tangan.
"kakaaakk laaa..!" cik.aira menjerit.

"sape shanteq, angkat tangan!"

"teekk..!!" cik.aish mengaku.
"kakak shanteq!" cik.aira angkat tangan sebelah, sebelah lagi, turunkan tangan cik.aish.

"sape gomok, angkat tangan!!"

"mookkk..!" cik.aish dengan suka hatinya.
"kakak gomok!" cik.aira penuh rasa bangga.

"hah? gomok ke??" azil uji.

"haa.. kakak gomok, baby gomok, ibu gomok, babah gomok.."

aiseh, cis cis cis..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Watching.Tv



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kempen.Berjimat

25hb..

hari gaji. bulan ni, terpaksa shopping groceries sorang-sorang. shift kerja en.eid tak matching pulak dengan timing nak beli barang. balik kerja tadi, terus pergi ke Giant Nilai, beli keperluan rumah dan anak-anak. sekarang ni, Giant dok distribute "raya coupons savers!". berderet-deret la segala barang yang dijual dalam Giant tu, dijual less RM0.50 ~ RM2.00. azil memang dalam kempen berjimat-cermat sekarang nih. so, terasa pulak nak belek-belek buku kupon tuh, dan collect kupon barang-barang yang berkenaan dengan rumah azil. ada dalam 20 keping azil perlukan. kalau ikutkan 20 keping kupon, barang-barangnya semua ada kat Giant Nilai tu, harus jugak ada deduction dalam RM20.00. Wow!

bila tiba ke Giant tadi, ya ampun ramainya umat manusia bersesak-sesak kat dalam tu. semua orang pakat nak abihkan gaji kot. azil mulakan misi mencari barang-barang yang ada dalam kupon tu dulu. isskk.. ada separuh je dari yang azil mula-mula nak. ada yang barangnya memang takde, dan ada barang yang dioffer tu, tak menepati keperluan. contoh, dia sale kan febreeze 800ml, harga asal rm16.70, discount rm1.00, so jadik la rm15.70. tapi azil cuma perlukan febreeze 400ml, pada harga rm7.90. so, tak jadik la nak guna kupon tuh.

sudahnya, total bill azil yang berjumlah rm350.00, berjaya dikurangkan kepada rm340.00. penjimatan rm10.00! serius azil rasa besh. tak sia-sia la menonggeng-nonggeng menilik, memilih kupon malam semalam. berbaloi la jugak.

kalau kowang shopping kat Giant, dapatkan la buku kupon nih cepat. offer sampai 31 oktober 2009. oleh sebab azil spent lebih rm50.00 tadi, azil entitle untuk satu lagi buku kupon. yeay! bulan depan buleh guna lagi.

=)

oh, yea.. bila dah beli barang-barang tadi, baru azil perasan yang azil "terlebih" beli dynamo, downy, dan sabun dettol. mende-mende tuh dah ada stok kat umah, tapi lupa nak check sebelum pergi shopping tadi. kurang pandai planning lagi aa.. =/

takpe.. next month, try lagi!

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Fragile



Lyrics | Every Little Thing - Fragile lyrics

tak tahu kenapa.
teringat lagu ini.
tahun 2000.
shizuoka, japan.
ada yang terimbas kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Ramadhan.1430

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

IKHLAS,

CIK.AIRA & CIK.AISH

=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shaket.Bunt*t


Cik.aira has been struggling to uk-uk since yesterday but to no success. Today, the needs to uk-uk causes her crying in pain. Currently, at salak clinic seeking for cure.

"kakak kenapa?"
"shaket bunt*t.."

:'(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kok!


Cik.aish's version of saying "keropok". She's 1 year, 6 months, 17 days old, to date.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shenyam!


Cik.aira's version of saying "senyum". :-) she's 2 years, 7 months, 3 days old to date.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Air.Pashang.Mayam

..shuyut yima yima
nyonya bawon payee
shiyam unge toloo

pokok unge toloo
nanam pi owam
chitek toloo
chayam toloo lagii..

cik baba jatoo peyiitt
cik mimiyaa jeyiiitt
naik tapitapi shapai tupoo
ada ini chatek, dok dapooo..

korang buleh teka lagu apa kan?
ini lagu terbaru cik.aira.
perdengarkan sekali dua, dia dah boleh nyanyi, lanyakla lirik apape pun..

tapi, azil tak faham..

apasal dalam banyak-banyak bunga, bunga telur menjadi kegemaran cik.aira.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tak.Sempat

baru sudah selesaikan mail-mail untuk hari ini. agak gembira sebab berjaya selesai sebelum pukul 3 petang, sebab pukul 3 karang azil ada training. so, berusaha la supaya tak membebankan teammates yang tinggal. mulianya azil.. =D

menyedihkan betul bila anniversay semalam tak dapat disambut bersama sebab azil jumpa en.eid dalam 5 minit je masa nak pergi keje. semalam en.eid double shift. dah balik keje pagi, masuk keje malam. azil pulak, balik rumah lambat sebab lepas habis waktu pejabat, ke rumah mummy, pick up mak dengan cik.aira dan cik.aish. seharian diorang kat situ, sebab mak nak pergi tengok linda di hospital mata kebangsaan tun hussein onn.

mata linda kena jangkitan kuman serius yang mengakibatkan matanya bengkak, kemerahan dan berair. dia admitted dari hari rabu lagi. doktor mengagak, mungkin berpunca dari pemakaian contact lense. semalam pagi, azil kena hantar contact lense, bekas dia dengan solution ke hospital. doktor nak run lab test untuk sahkan andaian dia.

masa balik, jalan dari federal highway, seputeh, seremban-kl highway sangat packed dengan kenderaan! memang mencarik kesabaran nak pandu kereta dengan kelajuan terhegeh-hegeh. cuba nak memecut di plus highway, tapi tak ke mana. kereta banyak tahap tak boleh nak pergi 100km/h pun. 90 je la sudahnya. makanya, tak sempat la nak menyampai ke rumah by maghrib.

singgah rnr nilai, berbuka puasa dulu. lepas tu baru sambung perjalanan balik rumah yang 5 minit je lagi.

sampai rumah, motor en.eid tak ada.

dah pergi kerja.

tak sempat..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keempat

arigatou...

... kerana sudi bersama, dan bertahan hingga injak tahun keempat.

omedetou...
... kerana masih gagah menangani perangai tidak-tidak saya.

isshouni ganbarou...
... untuk tahun-tahun mendatang.

mwah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Buku.Baru



ini buku kelima (kan?) dalam siri harry potter. terakhir azil beli buku siri ini, pada tahun 2004. azil beli 3 buku pertama, dijual set bersama dua buku, how to play quidditch (yelah, cam buleh main sangat!), dengan lagi satu tajuk yang azil lupa.kesemua buku tu ada dalam kotak buku di bilik belakang rumah. buku keempat, azil tumpang baca pendy punya. dan, habis di situ azil follow up kisah-kisah harry potter.

bila balik mesia, azil memang nak teruskan ikut siri buku + filem dia, tapi selalunya tak berkesempatan, dan minat pun cam tipis je nak follow. beli buku ni, sebab ada bajer lebih sikit hasil kegagalan mendapatkan 2 naskhah FT. azil berjaya beli kekasih sam po bo. duit belen, beli la order of phoenix.



mencari-cari nak menambah koleksi karya faisal tehrani. tak banyak yang ada. azil berhasrat nak mendapatkan saastul ibaad, manikam kalbu, karbala. yang ada, cuma karbala. bila bukak, telek, cam takleh nak pegi jek. azil selongkar lagi koleksi lain. ketupat cinta - dah ada, tuhan manusia - dah ada, nama beta sultan alauddin - dah ada. sudahnya angkat je la kekasih sam po bo. malas nak pikir. sampai sekarang baru baca satu bab. macam menarik, walaupun tak pasti cerita pasal apa.

(^_^;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ni.Pe.Ni?



"Ni, pe ni?" (ini, apa ni?)
"Pisshh.."
"Kaann.. shiduu.." (bukaann.. suduu..)

cik.aish cuba nak selak sendiri mukasurat, tapi kena marah..

"Eiyy..! Jangan laa..!"

cik.aira terus mengajar..

"Ini?"
"Pisshh.."
"Tilam aa.."
"Ini?" tunjuk berus gigi.
"Pisshh.."
"Ini?' tunjuk ubat gigi.
"Pisshh.."
"Hiiyy.. Dah la.. Tido.. Nait.. Kom.." (Hiyy.. Dah la.. Tido.. Nite.. Assalamualaikum..)

see? sangat cepat putus asa nya cik.aira ni. senang hangin.

terkekek-kekek azil dengan en.eid gelak malam tu.

hahahahahahaha..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lerberg

beli rak ni kat ikea, ahad lepas. bertujuan untuk memperkemaskan dapur dan hasilnya, entah macam mana dapur rumah nampak lebih luas.

majik la ikea neh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jalan-jalan.Hujung.Minggu


Sunday at Ikea.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

La.la.la.


Ini budak-budak di bengkel servis eon. Yahammat azab nk kontrol!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sumber.Inspirasi


Hobi baru budak-budak. Cik.aish gigit bantal. Cik.aira "baca" buku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

To.Ponteng.Or.Not.To.Ponteng?

7 minit selepas tamat waktu bekerja..

azil kena stayback sebab ada kelas lagi petang ni. perut lapar sangat. bercita-cita nak ponteng kelas ekonomi, tapi takut nak ambik risiko tak paham apape masa exam bulan depan. azil jenis orang yang kalau 1+1 pun kena cikgu bagitau dan terang. tak boleh paham ikut buku semata. bebal sikit. f(^o^; harap maklum..

hari ni, sepatutnya dah keluar jawapan untuk PT3 yang azil ambik ahad lepas. nak print, tapi cuma mampu bukak takat http://www.tarc.edu.my/ je. nak login pun tak terdaya.

oh, apalah punye penyakit datang melanda, azil menjadi malas cam namakemono (sloth). nak bergerak ke mana-mana pada kadar kelajuan yang sangat rendah. macam di slow motion kan segala movement.

melihat keluar tingkap, memandang ke federal highway (at exit jalan utara), trafik sangat lancar di kedua-dua arah. pemandangan menakjubkan untuk laluan menghala subang sebab biasanya, pada masa ini dah sesak menyampai ke susur jalan 222. ini punya la lapang sampai azil rasa memazirnya buat highway 3 lorong. satu lorong pun dah cukup.

jam baru pukul 4:48.. kelas pukul 6:00. ada suara-suara ghaib suruh azil balik rumah. aiyo..! banyaknye setan nak kacau..

ok la.. adalah lebih baik azil mula print jawapan pada soalan-soalan PT3 aritu. in case kalau mr.wee nak discuss dalam kelas ke.

bercakap pasal mr.wee, azil masih rasa kagum bagaimana dia boleh mengekalkan untuk menahan diri dari cakap bahasa ibunda dia di dalam kelas yang 90% sebangsa dia. walau student "berusaha" nak berkomunikasi dengan dia melalui bahasa ibunda mereka, mr.wee "berusaha" lebih keras untuk berbalas kata dalam bahasa yang lebih difahami umum, biasanya bahasa inggeris. kadang-kadang dia pandai buat lawak dalam bahasa melayu pun. dan kalau datang angin weng dia, satu kelas boleh dengar konsert 2 baris lagu alleycats. hahaha..!

melalui mr.wee, azil menjadi semakin berminat dengan subjek ekonomi. walaupun begitu, azil tak boleh nak memikirkan untuk pergi lebih jauh dari tahap sekarang. rasa macam torture diri pun ada jugak.

oleh sebab azil dah tua, azil rasa academic pursue nih, up to next year saje lah. dah tak larat nak force memory untuk ingat pelajaran. nak save untuk merakam anak-anak pulak.

=)

alamak, bukan ke nak print jawapan tadi?

see!? dah lupa balik..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Progressive.Test.3

baru sudahkan Progressive Test 3, CBA02. tak banyak berubah score dari test lepas. turun 1 markah gitu. ok la tuh, janji lulus. malas weh nak pikir banyak-banyak. nih pun ulangkaji tahap intensif! 2 jam jek baca buku, 55 menet buat test. ala-ala ilmu fresh from oven la terus amek test tadi. strategy yang agak OK. berkemungkinan besar akan di"apply" masa real exam. harapan nak score >90 tuh, agak mustahil la guna cara azil, tapi setakat ni, berkesan untuk lulus.

so, cukup la eik..

menyudahkan online surveys yang tertunggak. dah banyak mail survey dalam inbox azil. separuh dah lajak due date. agak rugi. =( luckily, managed to settled another half. yeay! ada ratus-ratus point sebelum boleh cash out USD50. ada lagi setahun kot.

lalalalala..

cik.aish dah reti sikit-sikit nyanyi lagu "tik-tok-tik-tok, hujan dah turun".

tapi sangat kelakar sebab dia sebut "tik-towk-tik-towk-woun".

lately, perkembangan vocab cik.aish sangat memberangsangkan. bagus!

cik.aira pulak asyik confuse lagu ABC dengan Twinkle Twinkle Little Star, sebab both songs carry the same melodies. elok dia nyanyi,

twinkle twinkle little star
h.j.i.k.l.m.n.

sangat kasihan.. kenapa la melodi kedua-dua lagu tu kena sama?

kesian anak azil.

cik.aira beri tajuk pelik pada lagu ABC. pada cik.aira itu lagu "di-iy-ef" (DEF) atau "waizet" (YZ). walaupun begitu, bila azil sebut suruh dia nyanyi lagu ABC, dia paham je lagu mana nak kena nyanyi. saje je ke dia tukar tajuk??

kalau lagu Papaku Polang Dari Kota pun, pada cik.aira itu lagu PomPom. senang pada dia kot. ke, budak-budak kidal memang begitu?? takpe lah. asalkan dia boleh communicate dengan cara tu, pada azil takde masalah.

sekarang masih perlu menegur lagi bila cik.aira dok makan guna tangan kiri. walaupun tak kekok makan tangan kanan, dia selalu "terbabas" guna tangan kiri jugak. kadang-kadang dia pernah terhenti bila nak ambik makanan dari azil. cam tatau nak sambut tangan kiri ke kanan. hihihi.. kakak, motto motto ganbare yo!

azil dan en.eid, perlu dapatkan lebih banyak buku bergambar. both sisters love them good. diowang sangat suka buku, sampai tahap makan buku. hahaha..! cik.aira the curious sangat suka tanya benda-benda dalam tu, dan yang bagusnya, dia tak terima bulat-bulat jawapan yang azil bagi.

kalau dia tunjuk bola, azil jawab, "errmm.. ibu rasa fish la kakak.'
dia akan membetulkan semula, "no ibu.. iniii, ball.."
terpaksa la berlakon, "eh laa.. iye ke.. bukan fish ke?" kena buat muka confused!
dan dia ajar lagi, "nooooo.. iniiii.. baallll... hiy, ibu niihh.." sure dia akan geleng-geleng kepala macam tak percaya je ibu dia tak pandai beza ball dengan fish.

ok, bila sampai ayat ".. hiy, ibu niihh..", sila ok kan saje. kalau tak, dia akan marah. cik.aira kan short tempered. hehehehe..

ok la. dah nak maghrib. azil perlu siapkan dinner.

nak masak ikan bawal goreng. cam enak je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Makan.Buku


Masa sekolah dulu, bila musim peperiksaan dan azil belum sempat khatam ulangkaji, mesti nak cakap,

"aku makan jugak buku ni karang.."

Dan lebih kurang 5 tahun lepas zaman belajar berlalu, cik.aira dan cik.aish mula praktikkan ayat azil.

Azil dah salah cakap laa.. :$

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS