Cik.Aish.Kena.Marah

baru sudah menyelesaikan "process map" untuk diana esok. dia nak azil practice untuk lukis process map, so dia "assign" azil lukis 2 process map untuk ujung minggu ni.

harap-harap dia berpuas hati la besok. azil buat betul-betul in rush. macam tak boleh nak pikir straight. :/

cik.aish baru tedo. azab betul nak melayan macik neh arinih. meragam saje. nak berdukung, berpeluk. nak kata demam, tak pulak.

dah la siang tadi, masa buat progressive test, cik.aish tengah tedo. sekali ada la hantu mana pi bawak moto bising-bising lalu depan umah, terkejut cik.aish, terussssss melalak histeria.!
adoilaa..
memang la berbakul-bakul jugak sumpah seranah azil sedekah ke hantu moto tadi..!

cik.aish nih senang terkejut. dia sensitif dengan segala bunyik-bunyik, nak-nak bunyik moto menderum la, kereta hon depan umah tuh la, hatta bunyik lori sampah tengah kaut sampah pun dia boleh meloncat terkejut tau. susah nak berenggang nanti kalau dia dah start menepek ke kita.

sudahnya, azil menyiapkan prog.test sambil memangku cik.aish, dan menggoyang-goyang kaki nak dodoikan dia semula. sangatlah ketara kegigihan ibu ini. huhuhu..

errmm.. malam ni, banyak kali cik.aish kena marah. manakan tidak, azil dah la ala-ala desperate tak cukup masa nak menyiapkan process map tuh. dia pulak boleh tak bagi kerjasama, sibuk nak berpangku, sambil menekan-nekan space bar tiap kali azil menaip..

hangin histeria azil dah naik pala la kan..
"aish! takmo laaa..!"
"ooii..!! babaapp kaangg.."
"hep! aa.. buat lagi! buat lagi!"
dan untuk semua di atas, aish cuma jawab,

"huk, huk.. uuuwwwwaaaaaaaa....!"

hiiyy.. itu je la dia reti tau..sangat manja dan mengada-ngada laa..

=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ars.



ini adalah komen page azil kat Nat's Blog. azil komen pasal andrei arshavin of arsenal, dan word verification dia is ARSERIZ.

sangat banyak ars-- kat situ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kakak.Takut.Mandi

azil tengah melepak-lepak kat hall umah sembang dengan en.eid. tiba-tiba cik.aira cakap,

"kakak takut mandi la.."

uiks? angin takde, ribut takde. apa kes?

"apa kak?"

"kakaaakk.. takuutt.. mandii.."

"nape?"

"nanti basah.."

hah?!

en.eid dah tergelak-gelak. azil gelak jugak.

entah apape je cik.aira neh.

kakak dry cleaning je la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gatal


Cik.Aish didapati menggaruk kaki yang digigit semut sampai luka. Alamak! Air liur pun melimpah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aira.Says.NO.To.Diapers

cik.aira telah mula berlatih meninggalkan lampin pakai buang. sepatutnya dah dilatih seawal tahun ini lagi, semasa usia injak 2 tahun, tapi baik azil mahupun en.eid, macam tak yakin je dengan cik.aira.

keadaan menjadi agak terdesak sekarang apabila, saiz lampin pakai buang cik.aira dah sampai tahap terakhir, XXL of mamypoko. brand lain takde XXL yang sebesar mamypoko.

red alert neh!

beberapa bulan dahulu, mak ada menegur,

"cucu aci, si kishen baya si aira dah tak pakai lampin dah."

hrrmm.. beberapa minggu mutakhir ini, cik.aira pun mulakanlah latihan. dilatih mak azil, tentunya. =)

"mamaa.. kakak 'ncing .." pandai beritahu! tapi bila dah basah "air hangat" lalu celah kaki.

aiyak!

tapi sejak hujung minggu baru ni, cik.aira dah pandai!

"ibuu!! kakak nak kencing! kakak nak kencing!" melompat-lampat panik!

azil pun ikut panik, lari mendukung jisim 15kg tu ke bilik air, cabut semua baju seluar, cik.aira cangkung dalam bilik air, dan sshhhhhh..

fuh, selamaaatt..!

dah basuh membasahkan separuh badan cik.aira, keringkan dengan tuala, pakai semula baju seluar, tanpa lampin pakai buang.

"kakak mandai kencing kan, ibu?"
"ha aahh.. pandaaaii sangat..!"

hip hip, hooray!

p/s: oh yea, kalau keluar berjalan-jalan, perlu ditampung lampin lagi. dibuatnya dalam kereta cik.aira nak terkencing, kan ke naya nak mencarik tempat tabur.. tedo malam pun still in need of diapers. sedang memikir untuk mencarik plastik alas semasa tidur. boleh dilatih tidur tanpa diapers jugak.

*mandai = pandai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Idle

sedang berehat-rehat..

di masa-masa mail banyak bertimbun, masih boleh berehat-rehat. sehingga waktu ini, sudah menjangkau 45 minit, azil idle dari kerja.

sangat tak produktif.

cik.chia sedang training task yang dia kena back-up esok sehingga jumaat ni. hrrmm.. terkejut jugak dia pi back-up task orang. task sendiri pun tengah short-handed neh. nak marah-marah, rasa tak patut la pulak kan. macam anti tolong-menolong lak azil neh.

takpe lah. asalkan mail semua boleh attend on time, azil tak banyak cerita..

=)

arinih ada kelas. bermalam-malam la azil balik. sibbaik iza ada, nak balik sekali. takde la memecut sorang-sorang malam kang. sabishii jek pecut keta sorang-sorang..

isskk.. dah sejam idle neh.. apasal tak info apape lagi pasal sistem. mail banyak weh!

dah aa..

nak tanya cik.chan pulak.. follow up skek..

"saya takde masa nak OT lama-lama.."

;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Semut


Terakam di atas tunggul pokok betik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Bagan.Lalang



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aish.Injured


Budak nakal memang gitu.. B-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Office.Matter

tengah stayback kat opis neh. kul 6 kang ada kelas.

letih jugak dok berjoget mail sejak minggu lepas. sekarang pi mana-mana kena standby ammeltz yoko-yoko. nanti senang-senang je teragak urat nak lenguh-lenguh, boleh palit terus! opismet azil kata macam macik-macik. muda-muda dah lenguh-lenguh badan. lepas tuh dia akan bukak ceramah "kepentingan berpantang selepas bersalin dan akibat-akibat melanggar pantang." tak pernah kawen tapi ngalahkan mak bidan kalau bercerabih.. =/

2 bulan nih agak kesunyian. kak.g dah off to maternity leave. to date, lum beranak lagi tapinya. lusa, 2 orang new member akan report duty. hrrmm.. sorang laki, sorang pompuan. yang laki tu, sempai kak.g. kak.g tuh sempai azil batch ke 10, sempai dia tuh batch ke 9. azil batch 16 dakke.. aiyo.! jauhnye beza.. kena panggil abang ke? arrkk! macam kuang hajo tak panggil nama je? hrrmm.. kat team azil, laki yang lagi tua dari azil cuma fahmy je. setakat tua setahun, azil panggil nama je. takde keje nak berabang-abang..

takpe la. tengok la lusa, budak-budak ni nak panggil apa.. =)

tadi boss offer untuk tak charge team azil. err.. team yang buat sama task dengan azil neh la. bukan team besar 20 orang neh.. sebab senior azil akan join project team. serba-salah nak accept tanggungjawab ni sebab azil dah bitau bos intention nak transfer task. tapi azil accept la jugak mengenangkan, belum ada opening yang sesuai untuk azil di bahagian-bahagian lain di samping memberi pendedahan untuk azil step up.

"sampai bila-bila ke nak jadik AE?"
"eh, tak.."
"haa.. tau pun.."

hrrmm.. ok je la kan.. kalau ada rezeki, bleh naik pangkat.. =D

tapi perut geli-geli dah nih.. role baru effective 1 oktober.

bila mengenangkan akan menggalas tanggungjawab dalam tugas yang azil sekarang pun rasa nak lari, memang sakit kepala ni.

mengharap yang baik-baik akan berpihak pada azil.

amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Alaa!

dah mula kerja semula selepas cuti raya yang tak berapa nak panjang..
sangat tidak menyeronokkan.
kebelakangan ini, keje nih rasa sangat menyusahkan.
banyak sangat salah silap yang tak sepatutnya berlaku.
mengalahkan first timer yang buat keje nih.
tak suka.. tak suka...

pagi nih masuk lagi dua kes salah handle.
isskk..ni, tanda-tanda azil kena cabut dari sini ke?
ke? ke?

tatau apa masalah sebenar azil, samada dengan keje atau dengan orang?
hrrmm..

malasnye laa nak job hunting time-time gini.
nak digagahkan hati ikhlas keje kat sini pun, cam seksa sangat rasanya..
adoilaa..

eh laa..
apa kes nak pikir job hunting pun..
nak taknak kena gak tunggu sampai end 2010.
takde makna la blah tetengah enroll cima neh..
rugi jek..

maksudnye..
kena keje lagi sini sampai 2010?!

alaaa..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Currently.Here


Pi ziarah daja di hari raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CBA04 - Passed!

fundamental of business economics.

alhamdulillah.

lulus.

paras-paras jek.

takpe.

janji lepas.

2 down, 3 more to go!

congratulations, azil.

keep up the spirit.

yeay!

(^O^)/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tatau

tatau nak tulih mende pun..

cima business economics punye paper, postponed lagi seminggu. isskk.. makin lama postpone, makin takde rasa nak study. arinih pun dok mengulang 2 helai textbook tuh. menjelang exam, besar kuman jugak ilmu yang ada nih kang.. tabley jadik!

baru lepas berbuka. makan roti telur sekeping. itupun boleh memenuhkan perut. cam jammed gille neh..!

tatau nak sahur pemende karang neh. suh iza masak ayam sweet sour, cam menarik. dia kata dia pernah masak, cam sedap jek. bagus, bagus..

cik.aish tedo. seharian bermain, tak tedo langsung. senja tadi battery weak, terus padam. dah sejam lebih tu, siap berdengkur.. hahaha..! bagus.. buleh mentelaah pelajaran dengan aman damai.

cik.aira telah dihantar ke umah mak. boboy dengan midah balik, so boleh sangat la melayan dia.

tv tengah on astro ria, jangan lupa lirik 2. aiyo, tak bestnye lelaki yang nyanyi lagu MUH, untukmu neh. hilang idea langsung azil nak tulih apa dalam nih.

isskk..

mandi la plak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aira.Ice.Cream.Time!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aish.Ice.Cream.Time!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sape.Gomok.Angkat.Tangan!

azil tengah main-main dengan budak-budak..

"sape sayang ibu, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish angkat tangan.
"kakak!" cik.aira pun ikut.

"sape sayang babah, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish julang 2 tangan.
"kakaaakk laaa..!" cik.aira menjerit.

"sape shanteq, angkat tangan!"

"teekk..!!" cik.aish mengaku.
"kakak shanteq!" cik.aira angkat tangan sebelah, sebelah lagi, turunkan tangan cik.aish.

"sape gomok, angkat tangan!!"

"mookkk..!" cik.aish dengan suka hatinya.
"kakak gomok!" cik.aira penuh rasa bangga.

"hah? gomok ke??" azil uji.

"haa.. kakak gomok, baby gomok, ibu gomok, babah gomok.."

aiseh, cis cis cis..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Watching.Tv



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kempen.Berjimat

25hb..

hari gaji. bulan ni, terpaksa shopping groceries sorang-sorang. shift kerja en.eid tak matching pulak dengan timing nak beli barang. balik kerja tadi, terus pergi ke Giant Nilai, beli keperluan rumah dan anak-anak. sekarang ni, Giant dok distribute "raya coupons savers!". berderet-deret la segala barang yang dijual dalam Giant tu, dijual less RM0.50 ~ RM2.00. azil memang dalam kempen berjimat-cermat sekarang nih. so, terasa pulak nak belek-belek buku kupon tuh, dan collect kupon barang-barang yang berkenaan dengan rumah azil. ada dalam 20 keping azil perlukan. kalau ikutkan 20 keping kupon, barang-barangnya semua ada kat Giant Nilai tu, harus jugak ada deduction dalam RM20.00. Wow!

bila tiba ke Giant tadi, ya ampun ramainya umat manusia bersesak-sesak kat dalam tu. semua orang pakat nak abihkan gaji kot. azil mulakan misi mencari barang-barang yang ada dalam kupon tu dulu. isskk.. ada separuh je dari yang azil mula-mula nak. ada yang barangnya memang takde, dan ada barang yang dioffer tu, tak menepati keperluan. contoh, dia sale kan febreeze 800ml, harga asal rm16.70, discount rm1.00, so jadik la rm15.70. tapi azil cuma perlukan febreeze 400ml, pada harga rm7.90. so, tak jadik la nak guna kupon tuh.

sudahnya, total bill azil yang berjumlah rm350.00, berjaya dikurangkan kepada rm340.00. penjimatan rm10.00! serius azil rasa besh. tak sia-sia la menonggeng-nonggeng menilik, memilih kupon malam semalam. berbaloi la jugak.

kalau kowang shopping kat Giant, dapatkan la buku kupon nih cepat. offer sampai 31 oktober 2009. oleh sebab azil spent lebih rm50.00 tadi, azil entitle untuk satu lagi buku kupon. yeay! bulan depan buleh guna lagi.

=)

oh, yea.. bila dah beli barang-barang tadi, baru azil perasan yang azil "terlebih" beli dynamo, downy, dan sabun dettol. mende-mende tuh dah ada stok kat umah, tapi lupa nak check sebelum pergi shopping tadi. kurang pandai planning lagi aa.. =/

takpe.. next month, try lagi!

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Fragile



Lyrics | Every Little Thing - Fragile lyrics

tak tahu kenapa.
teringat lagu ini.
tahun 2000.
shizuoka, japan.
ada yang terimbas kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS