Bawak.Keta.Kuat-kuat

malam tadi balik agak lambat. nak kejar pi nilai3 sebab mak nak pi carik riben buat bunga, nak menyambung buat doorgift masa kenduri arwah + cukur rambut bulan 4 nanti.


budak-budak pulak kalau dalam kereta, dedua jenis tak reti diam.

oleh sebab agak rushing, ambik lap pun ala-ala drift gitu. sekali cik.aira sound la azil,

"ibu, kenapa ibu bawak keta ni kuat-kuat?"
"mana ada kuat kak..'
'iyyee.. ibu bawak keta kuat-kuat, kakak nak jatuh tau."
"haa, dah tu duduk la diam-diam. yang menggelupur duduk dalam keta nape?"
"eh, ibu tu ngandung tau. kalau bawak keta kuat-kuat camni, baby perut pun nak jatuh tau!"


ambooii.. dia pulak mengajar kita sekarang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Strawberi? Rambutan?


Aish: Waa..! Strawberi!!
Aira: Bukan aa.. Rambutan..
Aish: Strawberi aa..
Aira: Rambutan aa..
Aish: Strawberi aa..
Aira: Rambutan aa..
Ibu: Weh, laici la..
Aira: Ibu jangan tipu! Rambutan ok!
Aish: Aa.. Strawberi aa..

Hek eleh, dah la salah. Eksyen pulak tuh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kuda.Janggut


'Ibu, ibu! Tengok ni! Cantik rantai dia!'
'Rantai sape?'
'Ini haa.. Apa nama dia ni..? Ha! Kuda janggut!'
'Ha? Kamben la kak!'

Mana la dia dapat idea nama 'kuda janggut' eik??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Proot!!

Proot!!

"Hihihi..Ibu.."
"Aaa.."
"Cuba bau.. Hihihi.."
"Hah? Kakak kentut ke?"
"Ha ah. Wangi kan?"
"Hiyy!? Busuk! Mana ada orang kentut wangi?!"
"Ada.. Orang cantik cam kakak je kentut wangi. Hihihi.."

Serius busuk!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Searching.For.My.Stand

since 3 weeks ago, office management has and still undergoing major changes in their organization structure, and 90% of the employees are involved in it. changes that moves away people stability, comfort or maybe job-security too. vice versa, it also creates various opportunities here and there.


for more than 3 years, being under the same boss has creates a very-very comfort zone for me, although she might sometimes be a very-very garang lady boss. but, with these changes i've to switch to another younger lady boss, whose management style i'm yet to adapt with. 3 weeks of current orientation period, is so hell tiring and sometimes confusing!

some of people i know have tendered their resignation and lots more that i do not know, have done the same, too.

can i manage myself to stay in all these tiring and hectic surroundings?

to move out, i need to know that i have a solid ground to do so. i wont quit just because

"kena balik lambat tetiap malam.."

or..

"keje makin susah.. orang takmo kasik kejesama.."

i mean, that can happened anywhere in any organization.

or if i am to stay, i still need to know that i've a strong base to do so because i don't want to stay for reason,

"gaji dia kencang la kat sini.."

hrrmm..

i'm searching for my stand now.

err.. maybe i'm just being extra emotional. it's a 3rd trimester thing. =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lamanya.Lagi


Arini, 1st check up @Putrajaya Hosp. 7:55am, parking dh penuh! Jenuh memusing carik parking. Dapat parking kt bawah pokok tapi ampun jauh dari bangunan hospital! Pinggang rasa nak patah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

"Ibuuu!"

tengah study.


err.. sepatutnya tengah study tapi merewang-rewang dalam online shop ber-window shopping.
=D

sepanjang petang hujan. sampai sekarang rasanya masih hujan. minum milo panas, sampai berpeluh-peluh pulak. sangat la uncomfortable.

cik.aish ada dalam bilik, tengok tv. azil suruh tengok tv sebab dia sibuk nak kacau azil study.

tapi sebab dia sorang dalam bilik tu, dia repot almost every little things happening kat dalam tv atau dalam bilik.

"ibuu..! katun dah staatt..!"
"ibuu..! katun dah abiiss..!"
"ibu..! ekon dah sejuukk..!"
"ibuu..! aish selimuuutt.."
"ibuu..! cite oshmooosshh*!!"
"ibuu..!! iklaaann..!!
"ibuu..!! katun dah staatt..!"

ok.. camne nak study neehh??!!

*oshmosh = ultraman cosmos

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tutup.Dengan.Kaler.Pink


'ibu, kenapa ibu tutup-tutup ni?'
'tutup apa?'
'ni ibu tutup-tutup tulis ni.'
'ha? mana?'
'iniiii... Ibu tutup dengan kaler pink.'
'Oo.. Bukan tutup la.. highlight! nanti senang ibu nak baca balik.'
'ibu ni, kan kena baca semua. janganla tutup-tutup.'

Isskk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aish.Bukan.Baby

"baby!"

"bukan aa.. baby perut aa.. ni aish aa.."
"eh la, dah bukan baby ke?"
"bukan aa.."
"aish je?"
"ye!"

aish started accepting she's no more a baby.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hal.Hari-Hari

huhuhu..

lama sungguh tak apdet.. sepanjang bulan raya..

tahun nih tema raya, "demam sekeluarga".

mula dari 5 raya, aish demam sampai ke ER hosp. putrajaya, bila dah ok sehari, aira pulak demam sampai kena tahan wad kat hosp. putrajaya jugak, aira discharge je wad, aish demam semula.. tapi stay at home je. pastu azil pulak demam sampai 4 hari.. pastu aira pulak demam balik..

tatau la nape antibodi en.eid sangat kuat nak mengharung pompuan-pompuan dalam umah dia yang semuanya berpenyakit neh. dia sorang je yang "terselamat" dari jadik mangsa.

sampai sekarang, azil still batuk-batuk dan cepat lelah..

budak-budak tu batuk-batuk jugak tapi cam tak reti nak lelah.. meloncat-loncat satu umah.

baby dalam perut, membesar dengan sihat-sihat juga. sebagaimana kakak-kakak dia, baby pun sibuk meloncat-loncat dalam perut. serius aktif. siang malam bergerak-gerak. tatau masa bila tedo..

kakak-kakak pun, dah pandai mencarik pasal dengan baby.

"ibu, kakak cubit baby ye..!" sambil tangan pulas perut azil.
"oih, kalau dia nangis camne?"
"biar laa.. kakak tarik rambut dia pulak.."

lepas tu senyum-senyum jahat. menakutkan sungguh.

aish pun dah tak bahasakan diri "baby" lagi.

"ibu, baby dalam perut ibu. ini aish." tepuk-tepuk dada.

tapi cam pelik lak aish dok bahasahakan diri dia "aish".

sket-sket aish itu, aish ini.. cam orang lain pulak.. dah 2 tahun immune dia as "baby". =/

dari segi kemahiran, baik aira mahupun aish, masing-masing develop skills yang berbeza.

aira tak pandai sangat pakai baju suar, mende yang aish insist nak buat sendiri sekarang.
aish pulak tak minat nak menyanyi-nyanyi, mende yang aira takleh nak lekang dari mulut dia.
bila beli playdoh, aira akan main reka-reka "kuih", tapi aish akan main susun-susun bekas playdoh.
mungkin kena beli kawada / lego ke aish kot.
aira jenis hati lembut, aish neh kuat menyakat / mengejek orang.
aish bleh je lalu belakang orang dan debik orang tu tanpa ada punca.
saje suka-suka. =/

sekarang nih, aira hari-hari menuntut kabinet dapur dia.


naik letih la bila bangun je tedo, nak kena dengar,

"ibu siap-siap mandi, pakai baju! kita nak pi alamanda, beli dapo kakak. cepaaattt..!"

aarrgghh..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Black.Canyon.Coffee


Bloated!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

What.Happened?


Plus hiway kat sg besi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ibu.Gemok!


'wah! cantiknya baju ibu!'
'eh, ibu.. itukan baju aish!'
'taklah. kan baju ibu ni..'
'ibu.. kan kecik..'
'ibu kecik?'
'ibu niihh.. baju la kecik, ibu kan gemoookk.. lupa ke?'

Adooii!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Nilai.Springs.Resort.Hotel


.. Kena dengar ceramah denggi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Argh!


Isnin + Hujan = Seperti di atas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ibu

pada satu hari, cik.aira datang menyanyi ke azil dengan penuh syahdu..

ibuuuuu..
ibuuuuu..
.
.
.
.
engkaaauuulaaaaahh....
.
.
.
.
BATU hatikuuuuu..


holloh..
rasa nak pi batu belah batu bertangkup dah neh..
=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Argh!


1.5 hours since leaving office and still crawling my way home.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Waiting.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lapar.

tengah menunggu kat nissan service center. dari pukul 9:00 pagi tadi. sampai sekarang keta tak sudah lagi.


isskk.. sangatlah lapar!

selang masa lapar semakin pendek dari masa ke masa. sekarang, kalau boleh, janganlah berhenti mengunyah. kunyahlah hatta buntut pen sekali pun (azil sanitizes all my pens. =P). janji mulut tuh bergerak-gerak.

dan craving terhadap junk food pun meningkat dengan mendadak!

pendek kata, asal ada benda yang tergolong dalam kategori makananan, azil on je nak kunyah dan telan.

berbahaya??

harap-harap "penyakit" ni akan surut la nanti. makan tu seronok, tapi nak menguyah tuh letih tau.

=|

"confirmed laki la kali neehh..!"

suka suki je buat spekulasi. =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ibu.Gemok!

"kakak, bangun.."


"..."

"kakaaakk.. banguuunn.. ibu nak keje niihh.."

"..mm.."

"oi! cepat laa..!"

"ibu, kakak ngantuk la. ibu paham tak?"

"ye, ibu paham. ibu pun mengantuk. tapi ibu nak kena pegi keje. kakak pun kena bangun pegi umah mama. sekarang kakak paham tak?"

"cchhrrpp.. yelah, yelah, yelaaahh.. kakak banguunn.. hiiyy.. ibu gemok! ibu gemok! ibu gemookk!!"

uiks? kena sumpah??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS