Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Hb 7.2

Esok akan kembali ke pejabat selepas bercuti sejak Selasa.

Selasa, semasa temujanji di Hospital Putrajaya, selepas menilai bacaan jumlah Hb saya, sudahnya berkeputusan untuk saya dimasukkan ke wad bagi proses kemasukan darah. 2 pint jumlahnya.

3 hari 2 malam di hospital, Khamis saya kembali ke rumah. Cuti sehingga Jumaat.

Perubahannya, saya sudah tidak merasa debar, dan tidak rasa pitam bila berjalan melebihi 20 langkah. =)

Tapi mengah itu tetap ada. Itu saya kira biasa sejajar dengan pembesaran perut yang semakin memberat.

Kali ini, pemidahan darah dilakukan agak awal, iaitu pada minggu ke-26. Sewaktu kehamilan Cik.Aish, saya dimasukkan darah pada minggu kehamilan ke-36. Sewaktu kehamilan Cik.Airis pula, pada minggu kehamilan ke-30. Saya ada bertanya pada Dr. Elynda jika ada kemungkinan saya perlu dimasukkan darah lagi selepas ini. Katanya, bergantung kepada bacaan bilangan Hb selepas ini. Namun katanya, insya Allah saya boleh bertahan hingga ke saat melahirkan. Saya juga harap begitu.

Sepanjang bercuti, waktu tidur saya sering dihadirkan dengan mimpi hal kerja pejabat. Saya tahu saya tidak tenang meninggalkan pejabat dalam jangka waktu yang lama begini. En.Eid bising juga dengan perangai saya tak boleh lepas hal kerja. Tapi nak buat macam mana. Benda dah duduk dalam kepala. (>_<)

Saya mungkin cemas kerana saya akan mula cuti bersalin awal kali ini. Targetnya adalah dalam minggu kedua bulan Oktober, dan hanya mula akan kembali bekerja pada Januari 2014. Saya ada 2 bulan setengah lebih kurang untuk mengurus dan memantapkan kualiti kumpulan saya. Juga, saya perlu pastikan yang mereka akan pergi ke Jepun untuk kesinambungan projek seterusnya. Itu agaknya yang membuatkan saya tertekan sekarang.

Sakit kepala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

8.9

Sepertimana yang telah disampaikan Dr. Sariah sebelum ini,

"Kalau Hb awak jatuh bawah 9, saya refer terus ke hospital tau."

Maka itulah yang terjadi. Keputusan ujian darah Isnin lepas telah diketahui dan dibincangkan. Bacaan saya agak rendah untuk minggu kehamilan ke-22.

Untuk rekod sendiri, sebelum ini pemindahan darah dilakukan pada minggu ke-37 semasa mengandungkan Cik.Aish apabila bacaan jatuh ke 7.7, dan minggu ke-33 semasa mengandungkan Cik.Airis apabila bacaan semasa itu ialah 8.8.

Saya baru di minggu ke-22, tapi bacaan saya hampir menyamai bacaan semasa mengandung Cik.Airis pada minggu ke-33, jadi ada kemungkinan untuk bacaan jatuh lebih lagi pada minggu-minggu mendatang. Makanya Dr. Sariah menyarankan agar saya ke Hospital Putrajaya dan mendapatkan pandangan pakar di sana pula.

En.Eid sudah mengarahkan agar kain baju dikemas. Seandainya doktor di Hospital Putrajaya menasihatkan agar pemindahan darah dilakukan, tidak perlu kami berulang-alik ke rumah lagi untuk menyiapkan kain baju.

Oh, malasnya.

Rasa masih baru lagi berumahtangga di dalam wad. Saya betul-betul keberatan untuk mengabiskan lagi 3-4 hari lagi di dalam wad hospital.

Rasa tak best.

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Janda.Baik


Menikmati cuti hujung minggu lepas di Janda Baik, Pahang. Bersama-sama Boboy dan keluarga, Linda, dan Mak juga. Saya tidak pernah tiba di sini. Apabila En.Eid menyuarakan mahu ke Janda Baik, saya setujukan sahaja. Tidak pernah selama ini, semasa saya hamil, menyuarakan mahu ke tempat-tempat berhutan, malahan menegah keras. Tapi kali ini, lain pula.

Tapi saya suka! Makanya tanpa banyak soal, saya bersetuju.

Jumaat malam, selepas seharian mencari "chalet" / "homestay" yang sesuai untuk 6 dewasa, dan 5 anak-anak kecil untuk menginap pada Sabtu malam Ahad, kami akhirnya memilih Pondok Impian Resort.


Kami menginap di "Nora Suite", pada kadar RM280.00 semalam. "Suite" berbilik satu. Tersedia katil "king size" dia ruang hadapan dan katil "queen size" di dalam bilik. Dilengkapi penghawa dingin dan kipas di kedua-dua ruang, TV beserta Astro. Cukup selesa untuk memuatkan kami semua. Pada hari yang sama, Pondok Impian agak penuh kerana ada hari keluarga yang mendominasi sebahagian besar ruang "resort". Meriah sungguh dengan aktiviti-aktiviti hari keluarga tersebut.

Kami menghabiskan petang mandi di sungai dalam 10 minit berjalan kaki mendaki dari Pondok Impian. Sengaja berjalan jauh sedikit mencari lokasi sesuai untuk anak-anak. Mak dan saya hanya memerhati dari tepi sungai sahaja. Saya tak berani nak berjalan masuk kerana menurut En.Eid batu-batu sungainya agak licin. Bimbang saya tersalah langkah.

Ada sejam setengah memerhati, sehingga budak-budak menggigil kesejukan. Cik.Airis sampai biru bibir! Cik.Aish pula,masuk sekejap, dah mengadu lapar.


Selesai mandi sungai, berehat-rehat di bilik sehingga malam. Saya, Mak, En.Eid dan Cik.Aish keluar semula mencari makan malam. Kami ke Santap Restaurant dan "tapau" bawa balik bilik. Bila ramai anak-anak kecil ini, rasa tak sesuai nak mengangkut semua untuk makan di luar. Tambahan hari hujan, walau sekadar rebas.

Esok paginya, menggigil juga bagun tidur. Walaupun tidur hanya berkipas. Untuk seketika, "resort" rasa aman. Kembali meriah apabila keluarga besar semalam meneruskan aktiviti hari keluarga mereka pada hari itu. Saya, Mak dan Linda keluar mencari sarapan pagi. Kami memilih untuk berhenti di mana-mana kedai / gerai terdekat. Ada sebuah di simpang berhampiran jambatan batu, dalam 5 minit memandu dari Pondok Impian.

Mak dan Linda berkira-kira, "Sedap ke tak? Sedap ke tak?"
Sudahnya saya mencadangkan, "Makan sini dulu sepinggan. Nasi lemak ke, Pulut ke. Kalau sedap, kita beli. Kalau tak, kita cari kedai lain."

Mak dan Linda setuju.

Kami ambil nasi lemak, pulut inti kelapa, kuih kacang, kuih karipap dan apam pisang. Saya pesan teh panas, Linda minum kopi o panas.

Mujur kesemua yang dicuba menepati selera kami. Saya punya sukakan teh panasnya, terus pesan ke Mak untuk "order" bungkus bawa balik bilik. Mak tak perlu bancuh air teh lagi.

Selepas sarapan, kami keluar "menjelajah" Janda Baik. Pusing-pusing lihat kampung orang. Tapi tak ramai orang, mungkin kerana pagi hari Ahad, tak ramai yang beraktiviti di luar rumah. En.Eid keluar dengan misi mencari "Batu Janda Baik Nombor 1". Berjaya jumpa, terus berhenti ambil gambar. En.Eid mahu teruskan misi kalau keluar bercuti kemana-mana, mahu cari "Batu Nombor 1".

Sebelum pulang ke bilik, En.Eid membawa anak-anak ke sungai berendam lagi. Kali ini, di lokasi betul-betul hanya menyeberang jalan Pondok Impian. Dalam seminit dua berjalan kaki. Tak lama berendam kali ini, kerana sudah mahu bersedia untuk "check out". Itupun Mak sudah minta untuk keluar lambat dalam pukul 2:00 PM.

Selepas keluar, kami mencari makan tengahari pula sebelum masing-masing pulang. Makan tengahari di Warung Minang Sri Selera. Nasi putih, berlaukkan sup tulang, telur dadar, ulam-ulam dan ikan masin. sup tulang yang memang sedap! Banyak rempah agaknya, keruh betul air supnya.

Tiba di rumah, dalam jam 5:00 PM.

Letih, tapi puas kerana berjaya ke tempat baru. Mungkin ini akan menjadi satu-satunya trip keluarga tahun ini, kerana saya tak rasa akan berjalan jauh kemana-mana lagi sepanjang kehamilan ini. Perlu bersedia untuk ujian-ujian darah yang akan memungkinkan saya ditahan di wad untuk urusan pemindahan darah pula. Sejarah lepas, dalam kehamilan minggu ke-30.

Masih menaruh harapan agar saya tidak melalui itu semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Progress.


Lama juga menghadap ketidakselesaan pada awal kehamilan kali ini. Namun begitu, seminggu kebelakangan ini badan rasa lebih kuat berbanding sebulan lepas. Sekarang, cuma perlu melayan rasa mual dan perut berangin yang tak sudah-sudah.

Selasa lepas, berjaya juga membuka buku rekod kehamilan. Sewaktu imbasan, nampak budak yang tak diam. Tangan kaki yang baru nak panjang terkapai-kapai. Jenuh juga Dr. Sariah menunggu waktu sesuai untuk dipegunkan gambar, supaya dapat ditentukan saiz. Hasilnya, terkini tarikh jangkaan bersalin dianjakkan awal seminggu dari tarikh jangkaan asal. Dari hujung bulan 10 ke minggu ketiganya.

Pemeriksaan seterusnya, pertengahan bulan hadapan. Perlu ambil darah segala. Perlu cutilah saya. Tapi tidak mengapa. Memang banyak pun cuti berbaki. Pengurus bahagian sudah pesan, habiskan sehingga sebelum bersalin.

Mak meneka-neka. Yang keempat ini perempuan kerana Cik.Airis suka membuat perangai. Biasanya, kalau begitu, adik dalam kandungan itu sama jantina dengan kakaknya. Saya kira mak tak mahu saya menaruh harapan tinggi untuk seorang lelaki selepas 3 perempuan. Ataupun, mak sebenarnya menyedapkan hati sendiri? Mengharapkan cucu lelaki sementelah kesemua cucu-cucunya perempuan belaka! Mungkin...

Kerja semakin bertenang. Saya tidak lagi pulang lewat ke rumah. Tapi kalau dah mula hari pun lambat, waktu maghrib juga baru tiba ke rumah. Saya berazam untuk masuk pejabat seawal 7:30 pagi selepas ini!

Hal lain, Cik.Aira sudah memulakan kelas mengajinya hujung minggu lepas. Kelas 2 hari seminggu, 2 jam setiap kali. Hantar bersama-sama Cik.Aish. Tapi, kami belum pastikan samada Cik.Aish akan mengikut kelas ini. Namanya belum didaftarkan, tetapi pengurus program beri dia ruang mencuba. Saya akan tunggu penilaian ustaz pengajar. Kalau nyata dia boleh mengikut sebagaimana kakaknya, akan kami kekalkan. Sebaliknya, tahun depan sahaja kami daftarkan pula.

Saya banyak tidur. Tidur kerana keletihan. Berpunca dari kehamilan, mungkin. Muka dan mata kelihatan sembap.

Tidak mengapa. Asal sahaja semuanya OK!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lapar.

tengah menunggu kat nissan service center. dari pukul 9:00 pagi tadi. sampai sekarang keta tak sudah lagi.


isskk.. sangatlah lapar!

selang masa lapar semakin pendek dari masa ke masa. sekarang, kalau boleh, janganlah berhenti mengunyah. kunyahlah hatta buntut pen sekali pun (azil sanitizes all my pens. =P). janji mulut tuh bergerak-gerak.

dan craving terhadap junk food pun meningkat dengan mendadak!

pendek kata, asal ada benda yang tergolong dalam kategori makananan, azil on je nak kunyah dan telan.

berbahaya??

harap-harap "penyakit" ni akan surut la nanti. makan tu seronok, tapi nak menguyah tuh letih tau.

=|

"confirmed laki la kali neehh..!"

suka suki je buat spekulasi. =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS