10 tahun tinggal bersama housemate.
Kepala tingtong.
Cuti raya saya berbaki sehari lagi.
Pada satu malam, en.eid sedang melayan hal kerja di laptop. Cik.airis datang menegur,
Dua malam sudah, sejurus selepas menurunkan mak di hadapan surau untuk terawih,
Selepas 2 tahun, saya diminta kembali ke jabatan lama.
Cik.Aira: Ibu, rumah kita ni dimasuki pencuri ke?
Ibu: Huh? Kenapa?
Cik.Aira: Sebab jadual sekolah kakak hilang. Kakak letak atas meja ni semalam, malam ni dah takde pulak.
Ibu: Hah?! Kakak rasa pencuri tu nak buat apa dengan jadual sekolah kakak?
Cik.Aira: Pencuri tu hilangkan jadual sekolah dia, lepas tu dia ambik la jadual kakak supaya dia boleh susun buku untuk jadual esok.
Ibu:...
-__-!
posted from Bloggeroid
Rasa desak menulis itu hilang.
Rutin harian terlalu padat.
Bila ada waktu senggang, hanya mahu duduk, baring, lelap mata.
2014 berlalu dengan pelbagai peristiwa.
Januari, cabaran cik.aira di tahun 1. Hari kedua persekolahan, hari pertama menaiki van sekolah, dia "hilang". Pakcik van kembali ke rumah menyatakan cik.aira tidak ditemui. Bergegas saya, en.eid, mak ke sekolah mencari. Hampir tiba di pintu pagar sekolah, cik.aira berlari menjerit girang.
"Maakk! Kakak tengok ikan dalam kolaaamm! Seronok sangat!"
-__-!
Bulan ini juga, en.aidh dimasukkan ke wad kanak-kanak di Nilai Medical Center. Batuk selsema berpanjangan. 5 malam berkampung di hospital.
Februari, family vacation ke kota kinabalu - kundasang. En.aidh berumur 4 bulan, pertama kali menaiki pesawat. Mujur elok perangai sepanjang hampir 2 jam penerbangan. Bermalam di kaki gunung kinabalu. Pagi bangun awal mengejar melihat puncak gunung sebelum ditutup kabus sepanjang hari.
Malam itu, di buletin utama, tersiar berita wanita warganegara German jatuh dari puncak gunung.
Aiyoo!
Jun, membawa en.aidh pulang kali pertama ke Dungun.
Julai, menyambut Aidilfitri di Dungun. Sekeluarga dengan tema merah - hitam. Kali ini 6 beranak, en.eid bukan satu-satunya berbaju melayu kali ini. =P
Ogos, menyambut ulangtahun kelahiran en.eid di Bukit Fraser.
Oktober, en.aidh injak usia setahun! Tapi gigi baru tumbuh 4 batang, dan tiada tanda-tanda mahu berjalan walaupun sudah boleh memanjat tinggi.
Disember, majlis perkahwinan linda dan reez di Nilai Springs Golf Resort dan Desa Moccis, Sungai Buloh. Mak lega. Selesai semua anak-anak dah kahwin.
Tahun 2014 juga mencatat peningkatan gred saya di pejabat. Juga meningkatnya tanggungjawab. 18 orang direct reports, angka terbesar yang saya perlu ketuai kini.
Cabaran menangani manusia, pelbagai peel dan cara fikir, saya perlu selarikan supaya tidak bertingkah dan bertelagah.
Kesimpulannya, 2014 diisi dengan pertambahan tanggungjawab di rumah dan pejabat. Cabaran berat juga bila saya perlu imbangkan masa antara keduanya. Sehingga hujung tahun pun, saya masih berusaha mengagih masa sebaiknya.
2015, cik.aish pula melangkah ke tahun 1. Tidak kalah juga cabaran saya tahun ini.
Semoga dipermudahkan.
Staf-staf saya di pejabat memang suka memberi cabaran dan membuka peluang saya untuk belajar lebih mengenai "Pengurusan Insan".
Sebelum saya dipindahkan Team, saya menyelia 1 kumpulan yang saya kira mudah. Baik dari kerjasamanya, hubungan sesama ahli, sikap individu kumpulan. Pada saya, baik-baik belaka.
Bertukar kumpulan, "nightmare" saya bermula...
Sepatutnya, kumpulan ini mudah ditangani. 90% baru dalam organisasi. Muda. Teruja memulakan karier samada kerana baru habis belajar ataupun ditawarkan pendapatan yang tinggi di syarikat ini. Biasanya, itu sebab kebanyakan orang yang datang bekerja di sini.
Dan sangkaan saya pun meleset...
Pada bulan kedua "Team" baru ini, anak-anak muda ini mula membentuk satu "packed" di kalangan mereka dan mula berdiskusi mengenai kerja masing-masing. Saya panggil itu "de-stress session" sesama mereka. Kerjanya tidaklah susah, tapi sangat renyah. Bukan semata-mata "data entry" tetapi penuh dengan "validation" dan "clarification". Mereka ajukan kepada saya, "Task ini tidak producktif untuk kami."
Betul. Memang "task" itu bukan "task" yang produktif. Tetapi jenis yang menuntut kesabaran yang tinggi kerana rutin seharian yang sama di samping memerlukan kadar ketepatan yang sangat tinggi, makanya segala jenis "validation" dan "clarification" dimasukkan dalam proses.
Pernah ada yang datang kepada saya berkata, "Ini bukan kerjayang sesuai dengan kelayakan akademik kami."
Atau, "Ini bukan kerja yang sesuai dengan jiwa saya."
Wah! Wah! Wah!
Sekarang saya perlu menyelami jiwa masing-masing lah?
Mereka ini juga bukan golongan yang berhalus bila berkomunikasi dengan orang-orang atasan. Mereka pernah mempersoalkan keputusan yang dibuat Pengurus, pernah menembak-nembak kata pedas bila berbalas-balas e-mail dengan "business partner" di atas satu isu.
Kini, mereka seperti tidak punya "ownership" dalam melaksanakan kerja masing-masing.
Asal buat. Cukup masa, balik.
Mana yang ada kesungguhan, jenis kepala angin.
Mana yang ada kualiti, jenis tiada kesungguhan.
Mana yang tiada kerja, riuh sekampung kata sibuk.
Oh, cabaran saya tahun 2014.
Semoga sahaja Tuhan terus membekalkan saya dengan kekuatan untuk mengharunginya.
Dan pihak atasan jugak telah meununtut pelbagai "deliverables" untuk tahun ini.
Saya minta dipermudahkan segala urusan.
Andai berjaya, saya catat satu-satu dalam "Performance Appraisal" hujung tahun ini.
Biar berbaloi!
=D
























