Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

Challenges



Sedang menunggu di ruang menunggu Bilik X-Ray, Nilai Medical Center. 

En.Eid jatuh longkang pagi tadi. Mengadu sakit belakang, bergegas saya pulang. 35 minit rekod perjalanan dari Petaling Jaya ke Nilai. Agak laju. Semoga tiada yang menyumpah cara pemanduan saya yang menyelit-nyelit tadi. 

Petang ini ada laporan keputusan peperiksaan sekolah KAFA. Perlu ke sekolah pula selepas ini.

Perlu kekal cergas ni! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hb 7.2

Esok akan kembali ke pejabat selepas bercuti sejak Selasa.

Selasa, semasa temujanji di Hospital Putrajaya, selepas menilai bacaan jumlah Hb saya, sudahnya berkeputusan untuk saya dimasukkan ke wad bagi proses kemasukan darah. 2 pint jumlahnya.

3 hari 2 malam di hospital, Khamis saya kembali ke rumah. Cuti sehingga Jumaat.

Perubahannya, saya sudah tidak merasa debar, dan tidak rasa pitam bila berjalan melebihi 20 langkah. =)

Tapi mengah itu tetap ada. Itu saya kira biasa sejajar dengan pembesaran perut yang semakin memberat.

Kali ini, pemidahan darah dilakukan agak awal, iaitu pada minggu ke-26. Sewaktu kehamilan Cik.Aish, saya dimasukkan darah pada minggu kehamilan ke-36. Sewaktu kehamilan Cik.Airis pula, pada minggu kehamilan ke-30. Saya ada bertanya pada Dr. Elynda jika ada kemungkinan saya perlu dimasukkan darah lagi selepas ini. Katanya, bergantung kepada bacaan bilangan Hb selepas ini. Namun katanya, insya Allah saya boleh bertahan hingga ke saat melahirkan. Saya juga harap begitu.

Sepanjang bercuti, waktu tidur saya sering dihadirkan dengan mimpi hal kerja pejabat. Saya tahu saya tidak tenang meninggalkan pejabat dalam jangka waktu yang lama begini. En.Eid bising juga dengan perangai saya tak boleh lepas hal kerja. Tapi nak buat macam mana. Benda dah duduk dalam kepala. (>_<)

Saya mungkin cemas kerana saya akan mula cuti bersalin awal kali ini. Targetnya adalah dalam minggu kedua bulan Oktober, dan hanya mula akan kembali bekerja pada Januari 2014. Saya ada 2 bulan setengah lebih kurang untuk mengurus dan memantapkan kualiti kumpulan saya. Juga, saya perlu pastikan yang mereka akan pergi ke Jepun untuk kesinambungan projek seterusnya. Itu agaknya yang membuatkan saya tertekan sekarang.

Sakit kepala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

8.9

Sepertimana yang telah disampaikan Dr. Sariah sebelum ini,

"Kalau Hb awak jatuh bawah 9, saya refer terus ke hospital tau."

Maka itulah yang terjadi. Keputusan ujian darah Isnin lepas telah diketahui dan dibincangkan. Bacaan saya agak rendah untuk minggu kehamilan ke-22.

Untuk rekod sendiri, sebelum ini pemindahan darah dilakukan pada minggu ke-37 semasa mengandungkan Cik.Aish apabila bacaan jatuh ke 7.7, dan minggu ke-33 semasa mengandungkan Cik.Airis apabila bacaan semasa itu ialah 8.8.

Saya baru di minggu ke-22, tapi bacaan saya hampir menyamai bacaan semasa mengandung Cik.Airis pada minggu ke-33, jadi ada kemungkinan untuk bacaan jatuh lebih lagi pada minggu-minggu mendatang. Makanya Dr. Sariah menyarankan agar saya ke Hospital Putrajaya dan mendapatkan pandangan pakar di sana pula.

En.Eid sudah mengarahkan agar kain baju dikemas. Seandainya doktor di Hospital Putrajaya menasihatkan agar pemindahan darah dilakukan, tidak perlu kami berulang-alik ke rumah lagi untuk menyiapkan kain baju.

Oh, malasnya.

Rasa masih baru lagi berumahtangga di dalam wad. Saya betul-betul keberatan untuk mengabiskan lagi 3-4 hari lagi di dalam wad hospital.

Rasa tak best.

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah.Bulan.Mei

Dah masuk bulan Jun, tapi saya nak cerita kisah-kisah kejadian di bulan Mei.

Sepanjang bulan Mei, ada 5 hari sahaja yang saya bekerja. Minggu awal, saya pulang ke Dungun meraikan PRU13. Ya, saya meraikan sahaja. Tidak membuang undi pun. Ini kerana "timing" PRU13 memang pada masa saya pulang ke Dungun setiap tahun. Pada cuti Golden Week di Jepun. Makanya, rezeki En.Eid yang dapat mengundi tahun ini.

En.Eid pula malam terakhir bulan April, ditimpa kemalangan di depan pintu rumah. Tersadung sehingga menyebabkan jari kecil kaki kirinya patah. MC sepanjang bulan Mei.

Selepas pulang dari kampung, pertengahan bulan Mei, saya dimasukkan ke hospital akibat denggi. Sehari selepas saya didaftar masuk, Cik.Aira turut serta hari berikutnya. Juga kerana disyaki denggi. Platlet saya, walaupun tidak begitu rendah, tetapi ada kuman denggi yang bertindak balas dalam ujian darah. Berbeza dengan Cik.Aira, walaupun tiada kuman denggi yang dikesan, bacaan platletnya sehingga bawah 100,000 mcl (per microliter) menyebabkan doktor mendiagnosnya sebagai demam denggi juga. Seminggu kami anak-beranak berkampung di Nilai Medical Center, dengan tambahan seminggu MC untuk rehat di rumah. Kesan demam denggi, seminggu di rumah itu memang saya tak berdaya buat apa-apa. Untuk bangun berjalan dari ruang tamu ke bilik air dalam 20 tapak pun sudah sangat melelahkan. Kata doktor badan memang akan menjadi sangat letih. Mujur kandungan selamat dan bergerak aktif.

Selesai episod denggi, 27 haribulan baru saya masuk ke pejabat. Itupun sudah masuk minggu terakhir bulan Mei.

Menghadap kerja tertunggak 2 minggu, memang azab dibuatnya. Mana nak menjawab isu-isu projek yang masih dalam "stabilization period" lagi, dan menyediakan staf untuk projek berikutnya pula. Bertindan-tindan "due date" saya untuk menyempurnakan setiap tugasan.

(>_<)

Berkenaan kandungan, alhamdulillah hampir separuh jalan sudah. Rabu ini saya akan masuk minggu ke-20. Terakhir semasa pemeriksaan, dia sihat dan aktif berpusing-pusing. Sehingga sukar doktor mahu mencari sudut sesuai untuk diambil ukuran.

Sepatutnya, pada pemeriksaan lepas saya perlu menjalani beberapa ujian darah untuk pemeriksaan piawai kehamilan. Tapi, oleh kerana saya masih di tahap pemulihan dari denggi, doktor tunda ke bulan ini. Pesan doktor, kalau kiraan Hb saya jatuh bawah dari 9.0 gm/dl, saya akan dirujuk ke hospital untuk pemindahan darah.

Harapnya kiraan 9.0 ini akan kekal sehingga saya melahirkan.

Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Semakin.Sakit.Mulut


Blisters dalam mulut saya semakin menjadi-jadi. Paling banyak saya kena dalam satu-satu masa, biasanya dua.

Ini paling kurang ada lima!

Cakap terkumam-kumam. Saya sendiri sakit hati dengar apa yang saya cuba cakap. :(

Cik.airis demam. Saya terdetik juga yang dia mungkin demam akibat cuaca terlampau panas sekarang ini.

Pagi nanti, kami berdua mahu ke klinik.

Saya tidak ke pejabat hari ini. Esok pula memang hari cuti saya. Wah! Minggu ini hari Rabu baru masuk pejabat!

Sekarang, mahu buka mulut pun payah.

Azab juga penyakit ini.

:(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah.Seharian

Cik.Airis dah dibenarkan keluar dari wad, malam semalam. Hospital bekalkan antibioitik dan Appeton. Pemeriksaan susulan, pada 21 haribulan ini.

Hari ini saya bercuti. Dari pagi, menghantar Cik.Aira ke tabika, dan mak ke Klinik Kesihatan Nilai untuk menjalani rawatan berkalanya, setiap 3 bulan agaknya. Pulang ke rumah, bersarapan pagi, keluar kembali bila mak menelefon meminta menjemputnya semula. Pemeriksaannya selesai dalam masa sejam sahaja kali ini. Cepat!

Selepas menghantar mak pulang, saya keluar bersama En.Eid dan Cik.Aish dalam misi mencari kedai membaiki komputer. Notebook saya, berusia 4 tahun, sudah berbunyi-bunyi bila beroperasi. Kemungkinan besar bunyi dihasilkan oleh kipas. Kami setuju untuk menyerahkan sementara notebook di satu kedai yang agak jauh dari rumah, tapi nampak boleh dipercayai. Selepas itu, ke kedai komputer di Tesco pula untuk membeli keyboard dan mouse untuk kegunaan desktop di rumah. Sementara tiada laptop ini, kami akan menggunakan desktop dahulu.

Keluar dari Tesco, menjemput Cik.Aira pula pulang dari tabika. Terus mencari makan tengahari. Mak pesan dia tak masak hari ini. Jadi, kami perlu membawa Cik.Aira dan Cik.Aish makan sendiri.

Selepas makan tengahari, pulang ke rumah sebentar, sementara menunggu Cik.Aira mandi dan bersiap. Jam 1 tengahari, kami, kecuali En.Eid ke Hospital Putrajaya. Hari ini Cik.Aira akan menerima keputusan darah yang diuji untuk penghidap Beta-Thalassemia. Alhamdulillah, dia bebas. Tetapi doktor menyarankan agar Cik.Aira pergi menjalani lagi satu ujian untuk mengesahkan dia bebas sebagai pembawa Alpha-Thalassemia pula. Cik.Aish turut disarankan mengambil ujian serupa kerana dalam keluarga kami, hanya dia sahaja yang tidak menjalani ujian pengesahan ini. Keputusan akan diterima dalam jangka masa 3 bulan. Bulan 7 nanti, ada lagi satu temujanji untuk memberitakan keputusan darah.

Selesai urusan di Hospital Putrajaya, jam sudah menunjukkan pukul 5. Masih ada urusan lagi. Mak meminta untuk dibawa ke Bangi kerana mahu membeli botol plastik buat isi kuih. Saya tidak ingat apa nama kedai ini walau sudah berkali mengulang beli di sini. Saya cuma ingat lokasinya selang sebuah atau dua buah kedai dari Al-Ikhsan Factory Outlet..Selepas mak selesai berurusan di Bangi, kami ke Pasar Borong Nilai 3. Mak nak beli kelapa parut!

"Hoh?! Apasal beli kelapa sampai Nilai 3?!"
"Murah. Kat kedai biasa, RM 2.20 ke RM 2.50. Kat Nilai 3 tu RM 1.60 je."
"Hiiyy.. Nak beli sampai 100 biji ke yang berkira sangat dengan 60sen tuh??"
"Taklah. Nak beli 4 biji je. Takpe la kedekut pun. Janji tak mengemis."

Adoi! Makan dalam sungguh ayat nasihat. -_-!!

Selesai di Nilai 3, kami menyinggah ke kedai dobi, sebab mak nak hantar comforter untuk dicuci. Dan akhirnya, selepas itu, barulah berjaya sampai ke rumah.

Sebelum turun dari kereta tadi, saya sempat melihat ke meter jarak perjalanan kereta yang baru disetkan pagi tadi selepas saya mengisi minyak.

120.3 km.

Jumlah perjalanan hari ini. Lebih jauh dibandingkan dengan perjalanan pergi balik saya ke pejabat, dalam sekitar 95km. -_-;

Penat menunggu anak discharge semalam tak habis lagi, hari ini seharian keluar. Menjelang Maghrib baru tiba ke rumah.

Saya sangat-sangat keletihan.

Perlu rehat!
Perlu rehat!

Alamak! Esok Jumaat!
Masih perlu ke pejabat..

(>_<)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Seminggu


Ini malam ketujuh, saya tidur di hospital, menemankan Cik.Airis. Ada masa bersama mak, ada masa bersama En.Eid, ada masanya hanya saya.

Sejak berpindah hospital dari Columbia Asia Hospital ke NCI Hospital, banyak urusan dipermudahkan. NCI Hospital hanya 10 minit jauhnya dari rumah. Mudah saya dan En.Eid berulang menguruskan rumah, dan menemankan Cik.Airis.

Terakhir dari doktornya, jika tiada sebarang masalah dari keputusan ujian darah, Cik. Airis masih perlu ditahan sehingga Rabu bagi melengkapkan rawatan antibiotiknya.

Jika sebaliknya, lagi lamalah saya di sini.

Cepatlah sembuh!

Amin.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Teruji


Cik.Airis belum selesai dengan treatment di NCI Hospital, Cik.Aish pula demam dengan suhu 39 darjah. Mujur sedang berada di wad. Terus ke unit ER, dan minta agar dipantau bersama adiknya.

Saya rasa sangat teruji kini.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lagi-lagi.Sakit



Kasihan sungguh anak yang seorang ini. Sejak hujung tahun lepas, setiap bulan dia diserang demam panas.

Kakak-kakanya pula kalau demam, paling kuat suhunya pun pergi ke 38.5. Tapi yang ini, 41 pun pernah!

Malam ini ke Hospital  Putrajaya lagi. Petang tadi Cik.Airis menggigil sehingga kebiruan bibir, dan kuku kaki tangannya. Cemas, saya bawa ke klinik terdekat. Doktor yang mengesyaki dia terkena serangan sawan, terus mengarahkan kami ke hospital untuk dipantau dengan lebih lanjut.

Di wad kecemasan, darah diambil untuk dijalankan ujian. Saya diminta memandikan Cik.Airis. Selepas 15 minit mandi, saya keluarkan juga dari tandas. Cik.Airis dah mengamuk kesejukan. Mujur suhu badan turun ke 35.5. Suhu kekal begitu sehingga keputusan darah keluar sejam setengah kemudian.



Platlet pula kurang. Doktor sampaikan surat rujukan ke klinik kesihatan untuk menjalankan ujian darah khusus untuk mengenal pasti penyakit berkaitan kurang darah. Ada 5 hingga 6 jenis ubat dibekalkan sama.

Sekarang, saya masih berjaga untuk memantau turun naik suhu badan Cik.Airis. pulang dari hospital, suhu badannya kembali tinggi di angka 38.9. Selepas mandi, kami kekalkan badannya dengan kebasahan. Letakkan tuala basah di atas badan dan kepala. Selepas 2 jam, suhu badan kalau turun pun hanya sekitar 37.

Esok bakal menyambung cuti sakit. Saya sudah tidak ke pejabat sejak Rabu. Ada sakit yang mengekang pergerakan tangan kanan saya. Sehingga hari ini, walaupun sudah boleh digerakkan, masih tidak begitu selesa. Ditambah dengan keadaan anak yang sakit ini, wajar untuk saya duduk di rumah sahaja.

Mana tahu. Mungkin ada keperluan untuk ke hospital lagi. Mak saya dah beri amaran yang dia mungkin akan diserang panik kalau sungguh Cik.Airis diserang sawan. -_-!!

Hati tidak senang sungguh jadinya.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Klinik


Sejak seminggu lepas saya diserang kegatalan satu badan. Tak tentu masa. Kadang tengah duduk baring tengok tv, kadang sedang memandu. Biasanya lepas mandi. Merah berpeta dan naik bintik besar-besar.

Akhir-akhir ini juga saya sering rasa gelap mata. Seringkali saya perlu menggapai bucu meja atau dinding terdekat supaya tak jatuh. Beberapa ketika bila mata sudah terang semula, kepala akan sakit berdenyut-denyut. 

Pagi tadi saya jatuh akibat sakan melumur bedak di badan sehingga lantai menjadi terlalu licin. Sedikit langkah yang salah, saya terjelepuk ke lantai. Mungkin mencederakan bahagian buku lali kaki kanan saya. Sya gagahkan ke pejabat, tapi sakit semakin melarat sampai rasa kebas-kebas di betis.

Untuk semua di atas, saya berada di klinik sekarang bagi mendapatkan rawatan. Saya blog mengenainya kerana takut terlupa apa yang perlu saya beritahu doktor nanti.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Masih.Demam



Current body temp: 37.8.

:-(

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Demam



Sejak penghujung tahun lepas sehingga sekarang, keluarga saya tak sudah dengan ahli yang sakit.

Bergilir-gilir.

Pernah sampai ketiga-tiga Cik di rumah ini, demam serentak dan bila sembuh, saya pula yang demam panas.

Cik.Aira masih belum sembuh dari batuk berkahak. Cik.Airis pula mula demam. Saya serahkan ke tangan mak pagi tadi sebelum pergi ke pejabat pada suhu 39℃.

Pulang tadi dengan suhu 38.9℃. En.Eid pesan supaya jaramkan air beras. 20 minit dijaram, suhu turun ke 37 ℃. Biarkan Cik.Airis bermain dalam 15 minit. Bila suhu disukat lagi, kembali ke angka 38.

Jaramkan lagi sehingga dia tertidur.

Ah, belum bersihkan diri lagi sejak pulang tadi. Jiwa rasa serabut dan letih.

Perlu bersih diri sementara sempat.

Bacaan suhu terakhir : 37.3 ℃.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kembali.Sakit


Baru awal tahun ni sakit, dan sekarang saya kembali sakit.

Hidung saya berhingus lebat sehingga menyukarkan pernafasan. Tidur perlu dalam keadaan separa baring-duduk. Sebentar tadi, baru sudah menelek lubang hidung sendiri. Bersarang hingus!

Mujur hari ini saya cuti. Mahu ke pejabat imigresen di Sungai Pelek, Sepang. Ada urusan pembaharuan pasport En.Eid. Dia perlu ke Singapura bulan ini atas urusan kerja.

Harap-harap urusannya mudah dan cepat selesai. Saya kalau dijangkiti selesema, memang tidak boleh bertahan lama. Mesti mahu banyak tidur. Agaknya bila sukar nak bernafas, oksigen kurang masuk ke dalam otak, itu yang membuatkan mata pun mudah sangat mengantuk.

Alamak!

Kembali mengantuk. Jangan saya tidak sedar untuk menghantar Cik.Aira ke sekolah nanti, sudah.

Tidur kembali.

Zzz.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Final.Physio

.. hopefully..

Hari ini menghadiri sesi terakhir dalam siri 3-sesi fisioterapi di Unit Rehabilitasi Hospital Putrajaya. Apabila tiba sahaja giliran dipanggil, doktor bertanya,

"Ada kurang tak sakit belakang?"
"Hum.. Kurang tahap saya tak mahu complaint apa-apa dah."
"Aa, kira last lah hari ni, ok? Kita buat hot pad sahaja lah."
"Ok."

Makanya, tadi hanya menjalani sesi hot pad sahaja. 20 minit. Selesai.

Senyum.

Semenjak bulan Ogos tahun lepas saya "menderita" sakit belakang yang agak teruk. .

Duduk lama, sakit.
Berdiri, sakit.
Duduk kembali, sakit.
Baring mengiring, sakit.
Terlentang pun sakit.

Sakitnya menyucuk-nyucuk ke tulang. Awal sangkaan,saya meneka mungkin masalah tulang belakang. Bila asyik mengadu sakit, dan berulang cuti sakit disebabkan masalah ini, selepas dibebel mak dan En.Eid, saya dapatkan surat rujukan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan di Unit Ortopedik.

Oktober, saya ke Hospital Putrajaya dan diminta untuk menjalani ujian imbasan X-Ray. Keputusan menunjukkan tulang belakang saya "terlalu lurus" berbanding "piawai". Puncanya, kerana otot-otot di sekitar tulang belakang yang mengeras sehingga memaksa barisan tulang saya "melurus".

3 kali sesi fisio yang doktor sarankan di samping beberapa perubahan yang saya perlu tukar dalam kebiasaan postur saya seperti cara duduk, berdiri, juga berbaring.

Hari ini, selesai ketiga-tiga sesi tersebut dan 16 Februari nanti saya akan kembali ke hospital untuk satu lagi ujian imbasan X-Ray. Sakit, walaupun on-off, tapi tidaklah sekerap dan seperit dahulu. Diharapkan bentuk tulang belakang saya akan kembali ke "piawai".

...

Oh, Cik.Aira baru bercerita petang ini. Dia menangis di tabika hari ini kerana seorang kawan sekelas lelakinya mencabut getah rambut dan mencekik (?) leher Cik.Aira.

"Kenapa dia buat macam tu?!"
"Dia nak jadi Ultraman, Ibu."

Hrrmm.. Budak-budak bermain dan bergaduh. Perkara biasa sepatutnya. Tapi saya tidak senang hati takut-takut kalau Cik.Aira nanti membiarkan sahaja perkara jahat orang lakukan ke atasnya. Jadi saya ajarkan satu perkara,

"Kakak, kalau orang kacau kakak, tolong tolak dia macam ni." sambil tolak bahu Cik.Aira. Dia terdorong ke belakang.
"Ibu, nanti kalau dia jatuh, luka, macam mana? Dia buat kakak, kakak dah menangis. Kalau kakak tolak dia, dia pulak menangis. Nanti bising sekolah tu, Cikgu Siti marah."

Ah, sudah.

Orang nak mengajar dia mempertahankan diri dari pembuli, dia pula sibuk nak mempertahankan pembulinya.

"Ok, kakak jangan buat kuat-kuat. Kakak tolak dia supaya dia jauh dari kakak. Lepas tu, kakak cari Cikgu Siti ye."
"Oo.. Tak bagi dia jatuh, kan? OK!"

Phew.

Harapnya budak lelaki itu akan behave selepas ini. Saya takut mak yang kecoh pergi serang mak ayah budak itu nanti kalau Cik.Aira mengadu lagi.

=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Satu.Lepas.Satu.

2 minggu sudah, kakak kena chicken pox. habis menggerutu satu badan. macam tak nampak kulit asal. nasib baik la dah nak pulih, lekas pulak parut-parut cacar tuh hilang. tapi still ada bahagian-bahagian yang parutnya ambik masa agak lama jugak, still remain.

kesian kakak, sebab bila healing time nih, memang azab menganggung gatal je la.

"mama, badan kakak geli-geli la. mama garukkan la.."
"eehh, jangan! jangan! nanti berdarah."
"berdawah? habis tu kakak nak buat macam mana?"
"kakak baca je doa banyak-banyak.. Allah.. Allah.."

dan beratib la budak tuh menadah tangan, dan kadang-kadang terlepas jugak tangan menggaruk cuba nak capai belakang badan..

dua hari lepas, baby dikesan dengan bintik-bintik kecil berair di atas bahu kanan.

aisehman!

lepas sorang, sorang.

tapi azil memang menjangka untuk baby terjangkit. dah makan minum tidur sekali dengan kakak, harusla kan.. malam ni, dah malam ketiga. baru nak bawak jumpa dokter. tapi, beza dengan kakak, baby punya bintik-bintik tak la lebat satu badan, hujung rambut sampai hujung kaki. dan bintik-bintik baby, kecik je. kakak punye besar-besar!

malam ni, baby meragam sikit. merengek serba tak kena. gatal-gatal kot.

kakak cuba pujuk.

"baby geli ye?"
"lii.."
"baby jangan gawuk tau, nanti berdawaahh.." sambil tepis-tepis tangan baby nak cuba mengupas salah satu bintik-bintik berair.
"noooo!" baby marah. air liur meleleh bila khusyuk sangat nak mengupas bintik dia tuh.
"baby jangan gawuukk.. baby baca doa, Allah.. Allah.." kakak start beratib.
"Woo.. Woo.." baby hayun badan kiri kanan, ikut ratib bersama. tapi tangan tak diam dengan cubaan mengupas bintik.

aiyo!

lepas ni, turn sape pulak eik?

hihihi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Demam

budak-budak demam.
mula-mula cik.aish, lepas tu berjangkit ke cik.aira.
diorang ni kalau demam, pe'el lain-lain.

cik.aira akan panas berterusan.
cik.aish akan on-off.

meragam tu, standard!

cik.aira asyik mintak air limau.
cik.aish asyik mintak berdukung.

cik.aira cuba nak berlagak macho. bila nak pegang rasa dahi panas ke tak, dia sound,

"DON'T TOUCH!"

ewah-ewah. bila sakit, cakap orang putih pulak. =P

cik.aish tak boleh cakap apa-apa. menangis merengek-rengek.

kesian..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aira.Demam.Panas.!.Part.II

menyambung kisah cik.aira demam panas.

malam selepas azil apdet entry sebelum ni, cik.aira mula mengigau-ngigau dalam tedo. kejap menjerit, kejap menangis. kadang-kadang badan dia tersentak-sentak cam terkejut.

isskk.. sangat tak boleh jadik. azil kejut dia suruh bangun. peluk, untuk tenangkan dia. tapi tak sampai 10 saat peluk, azil dah tak tahan.

ya ampun, berbahang panas!

cik.aira pulak, sebab tekak kering sangat agaknye, dok mintak,

"buu, kakak nom shong.." (ibu, kakak nak minum air kosong..)
"susu tak mau?"
"no, no.. nom shong lah." (no, no.. air kosong lah..)

dah kasik "nom shong" dia, azil tedokan dia semula. tapi tak lama, sebab dia menangis-nangis tak buleh nak tedo sangat. sakit kepala ke agaknye? panas sanat ke agaknye? azil pun tak sure. kadang-kadang masa menangis, dia mengadu sakit gigi. pun, pelik jugak tuh..

jam 2:45 pagi isnin, azil dah tak larat tengok cik.aira. panas, menangis-nangis.

called en.eid,
"azil nak bawak kakak pi spital. sudah sangat panas!"
"ok."

called mak,
"kakak panas! nak pi putrajaya."
"tunggu mak siap kejap."

kejut iza, adik en.eid,
"akak nak bawak aira pi hospital."
"ikut!"

3:30 pagi, sampai ER hospital putrajaya. en.eid terus uruskan registration cik.aira dengan cik.aish.

sampai turn cik.aira, doktor cakap,

"demam panas waktu malam sahaja ye?"
"ha ah."
"dah 3 hari?"
"ha ah."
"ok, kita buat ikut prosedur, saya akan ambik darah anak puan ye. in case kalau denggi atau ada kuman."
"ok."

meraung-raung cik.aira tangan kena cucuk masa nak ambik darah. azil buat muka kering je, tapi dalam hati dah nak meraung sama.

lepas ambik darah, masuk lagi ubat demam kat bun*ut tuh. meraung lagi budak tuh. =(

sementara tunggu result darah, cik.aira masuk wad ER. susah hati muka dia. kejap-kejap peluk azil. takmo duduk / baring atas katil wad tu. kenala azil pangku dia kat kerusi.

"buu.. jumlaa." (ibu.. jomla..) nak mengajak balik.

pastu, dok bertanya,
"mama nne?" (mama mana?)
"bibi nne?" (baby mana?)
"babah nne?" (babah mana?)

kat katil seberang, ada sorang lelaki terbaring, muka rabak. mangsa kemalangan kot. kat kerusi sebelah katil dia, ada macik tua tengah tedo. mak dia mungkin. bila cik aira tengok,

"buu.. momok bu?" (ibu, momok ke ibu?)
"bukan laa.. abang jatuh.."
"jotoo??" (jatuh?)
"aa.. naik broom-broom, jatuh.." (aa.. naik moto, jatuh..)
"oo.. bumbum jotoo.." (oo.. broom-broom jatuuhh..)
"aa.."
"akit bu ye?" (sakit ibu ye?)
"akit laaa.." (sakit laa..)
"oo.. akiitt.."

usaha dia nak bersembang jugak.. tapi oleh sebab pala azil dah tingtong-tingtong, dan masa tuh dah pukul 4 pagi, azil pujuk jugak cik.aira tedo kat katil. boleh azil menumpang sekali. masa tu, en.eid pulak dah masuk, cik.aira pun rasa selamat sikit sebab babah dia ada. baru dia nak tedo kat katil wad tu.

pukul 5.30 pagi, nurse datang ambik suhu badan cik.aira. 38 darjah celcius. tahap demam lagi. dia kata, result darah dah ready, jumpa doktor kat kaunter.

pi la kaunter, doktor suruh ambik ubat kat farmasi.

"ubat demam, sihat atau sakit, kasi je setiap 6 jam. antibiotik saya kasik untuk 5 hari ye."

itu je. kuar dari wad ER, ambik ubat kat farmasi, check sama ubat cik.aish, bayar 2 hengget kat registration counter, kitorang pun balik.

pukul 7 lebih sampai umah. pala dah weng sangat!

cik.aira dengan cik.aish tinggal kat umah mak, azil balik umah dengan iza. tedo sampai la pukul 9:30pagi. itupun sebab telefon berbunyik,

"azil kat mana? abang dah tunggu kat depan maybank."

alamak!

lupa nak kena pi repair ekon en.waja!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aira.Demam.Panas!

hujung minggu agak hingar.

family en.eid datang dari dungun sejak khamis. pagi tadi, berangkat pulang.

sorang adik en.eid tinggal kat nilai sebab nak daftar pengajian master hari selasa nih.

ingat kisah cik.aira demam?

hari sabtu pagi, dia macam lemah balik. tapi lepas mandi, boleh main-main semula. so, sabtu tu berjalan macam biasa. sampailah pukul 6:30pm, bila mak en.eid beritahu badan cik.aira panas semula. kata mak en.eid, "demam malam". ayah en.eid kata, biasanya budak kecacingan akan ada masalah begini. badan cik.aira makin panas. terasa berbahang.

mak azil yang merancang nak tedo umah boboy, balik ke rumah bila azil info cik.aira demam panas balik. bila mak balik, bincang-bincang, pakat bawak ke klinik salak. mintak doktor tengok kalau-kalau suspected denggi ke. bila pergi klinik, doktor on-duty ialah doktor charles. oh, azil sangat tak suka la doktor sorang neh.

5 minit selepas mendaftar kat klinik, kitorang pun dipanggil masuk ke bilik doktor. azil suruh mak masuk sekali dengar apa doktor.

suhu cik.aira 39 darjah. doktor suruh misi masukkan ubat demam yang masuk kut bun*ut. sian cik.aira meraung-raung. doktor bekalkan antibiotik, ubat demam, tahan muntah dengan pil sumbat bun*ut tuh lagi 2 bijik. balik rumah, azil tedokan cik.aira. kalau demam, reti pulak nak menepek je kat azil. cuba sihat, mencarik gaduh je dengan ibu dia. =P

sepanjang malam semalam, masa tedo pun panas cik.aira tak surut. berbahang-bahang la azil tedo sebelah dia. bangun pagi tadi, en.eid pun kabar mende serupa,

"anak panas lagi.."

hrrmm.. biasanya, satu dos sumbat dalam bun*ut tuh, panas cepat surut. kali ni tak menjadik pulak. azil cuba umpan minum ubat. demam kali ni, entah kenapa, cik aira penakut minum ubat! menangis-nangis tengok azil bawak set ubat dia, mintak neneknya dukung. azil teringat pasal mak suruh umpan, bitahu doktor telefon.

"eh, kakak.. ibu pun takmo kasik ubat nih. tapi tadi dokter tipon suh makan ubat.."
"nanaaakk..!"
"takpelah, ibu tipon dokter la. cakap kakak takmo makan ubat."

melungsur dia turun dari dokongan neneknya, terus duduk depan azil, teresak-esak, tadah tangan baca doa, amin,

"huk, huk.. kakak.. am baatt.." (huk, huk.. kakak.. makan ubat..)
"hah?"
"am baatt.." (makan ubaatt..)

azil pulak terpegun tetiba dia makan umpan.! terus pancut ubat demam dengan tahan muntah. selesai pancut ubat tahan muntah, cik.aira pun MUNTAH! aiyoyo! dia menangis-nangis, tapi insist nak makan antibiotik jugak. dah masuk antibiotik pun, MUNTAH jugak! bertambah-tambahla kuat raungan dia, agaknya takutkan doktor charles datang rumah sebab dia muntah ubat.

sudahnya, adik en.eid mandikan cik.aira. lebih pada basahkan badan. nak hilangkan bau muntah ubat. dah sudah mandi. azil cakap lagi,

"kakak, doktor suruh masuk ubat kat bun*ut la."
"ok."

terus dia tonggeng depan azil. huih?! kuatnya fobia dia kat doktor tuh. takpelah, menyenangkan keje azil. azil sumbat la ubat, dia pun meraung la sekejap. 3 minit, setel menangis semua.

demam surut sekejap sampai tengahari tadi. lepas tu cik.aira pergi umah mak azil.

pukul 4 petang kot, mak called, beritahu cik.aira demam semula. isskk.. sakit kepala dah.. tak lama lepas tuh, adik en.eid beritahu badan cik.aish pun panas. azil rasa cik.aish. SUNGGUH!

kepala dah berdenyut. sorang tak setel, sorang dah nak down. azil bawak cik.aish ke umah mak. bagi makan ubat, kebetulan cik.aira nampak cik.aish makan ubat, dia pun nak juga. azil sumbatkan sekali.

dan malam ni, alhamdulillah, dua-dua tak panas. tapi dua-dua "pengsan" agak awal malam ni. memang bukan timing tedo la.takpe la, azil pantau je tengok kalau-kalau demam dia nak kembali. setakat nih, badan sejuk lagi dua beradik tu.

esok azil ambik emergency leave. en.waja agak tenat tanpa ekon. kena antar wokshop esok pagi. harap-harap dipermudahkan segala urusan esok neh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pain.In.The.Chest

It was raining cats and dogs.

Both times when I was driving to and back from work.

The whole day, my chest felt so tight I hardly could breath air in and out.

Thank god, job nature doesn’t recquire me to move that much.

Or, things could get pretty worse.

On my way back home, I was in a rush for a dose of nebulizer.

It was a real relief that the attack doesn’t put me on hard time driving myself back home.

An MC for tomorrow was issued by the doctor.

If I’m qualified enough, I would issued myself an MC too.

Never I see myself in that bad condition like I did this evening.

Pity me, I have taken myself for granted.

Now that I’m taken away bit by bit, I realised how important it is to me.

I need myself back, in one piece.

I’m pulling myself together.

God, please give me one more chance.

Another one will do.

I shall make it worth, really..


“Pain in the chest, please go.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sick.Again

Sakit..

Masuk hari ke-2 medical leave. Ari ahad lepas, mata cam sakit. Mata kiri azil memang ada cam ketulan kat kelopak dia. Dah 2-3 minggu jugak neh. Tak surut-surut. Ada pi jumpa doc. Kasik ubat. Tapi takmo pun.

So, dah decide nak cuti semalam (senin). Bila ahad malam, azil selsema dengan agak teruk. Tekak pun sakit tahap nak minum air pun rasa menderita sangat. Aih, cam kronik je.. (dan menambah sebab-musabab nak cuti).

Senin pagi pi jupe doc.faziah. tonsil bengkak katanya. Again? 2hb arituh dah bengkak. Nih bengkak lagi..?? hrrmm.. mention ke dia pasal condition mata, dia kata kena potong untuk buang, sebab dalam ketulan tuh ada nanah.

Heh?

Potong?! Series??!

Aiyoh!

Tapi doc.faziah kasik antibioutik untuk selsema dan mata tuh sekali.

Malam tadi, somehow things got pretty worse. Tetiba azil menggigil sejuk-mejuk cam kena rendam dengan ais. Kaki tangan agak kebiruan la jugak. Pi umah mak mandi air panas, tapi tak cukup panas nampaknya. Kuar bilik air still menggigil sejuk. Pinjam la hair dryer linda plak. Kasik panaskan kepala.

Pastu linda bagi pemende ntah, cam pemanas dia beli kat osim, letak kat mana-mana bahagaian badan yang sejuk-sejuk. Barulah terasa panas sikit. Itupun kalau letak kat tapak kaki, kat betis gigil. Letak kat betis, kat tapak kaki menggeletar.

Azab.. azab..

Pagi tadi, bangun.. lepas mandi, dada rasa sempit.

Alaa..

Semput la pulaakk..!

Memang nak pi klinik nak tambah mc. Tapi nak kena duduk sana lama la. Sure doc suh amek nebulizer neh.

Pi kilinik, confirmed!

“meh sini..” doc.faziah kata.

Kena masuk bilik amek nebulizer.

Dah abih ambik dalam 10 menet. Abih menggigil satu badan. Jantung rasa laju je.

“Side effect nebulizer. Dia kencangkan degupan jantung. Tuh kamu akan menggigil tuh.”

Nampak cam parkinson sangat kot. Azil tak tanya pun, doc.faziah terangkan jugak.

Skang masih rasa gigil. Tapi tak kuat mana la. Jantung pun cam rasa degup laju. Susah hati plak kalau dia degup laju out-of-control nanti.

Sonna koto ha nai youni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS