Hadap.Kerja

cuti dari menghadirkan diri ke pejabat.


yang betul-betul azil rasa cuti hanya lah pada pagi selasa lepas.

masuk petang hari selasa dan khamis, boss telefon memujuk pendekkan cuti, mintak masuk pejabat hari isnin depan jugak. azil sepatutnya masuk kerja hari selasa. macam banyak sangat beza masuk isnin ke selasa ke.. =/

tapi, permintaan ini, perlu azil tolak.

kalau nak persoalkan komitmen kerja, tak cukup ke azil mengusung laptop balik ke dungun ni, dan membantu operation tasks serba-sedikit, dan melayan call bila masa boss mintak..? ini pun dia mintak jugak support kerja untuk pagi isnin depan.

sabitkan memang takde sape tau kerja tu melainkan azil, gagahkan je la buat. PIC dia berenti kerja arineh. takleh nak kata apa.

nakamura skyped azil petang tadi. terkejut dengan pengumuman kawan yang berenti keje arineh. pada masa yang sama, risau kalau azil pun akan ikut jejak diorang yang lain.. azil jawab,

"tipula kalau saya cakap yang saya ok kat sini. tapi entah mengapa, saya masih lagi nak berusaha di sini.."

nakamura cakap dia dengar azil kena keje walaupun tengah bercuti. dia pesan, rilek-rilek je la.. jangan la hadap kerja je..

hrrmm.. kalau la dia tau betapa azil berharap azil pun boleh "rilek-rilek".

buat masa ni, azil anggap, belum masa nak rilek-rilek. sampai bila, azil tak sure. tapi gagah je la dulu..

kalaulah semua dah cukup dan lengkap, azil harap azil dah tak payah nak hadap bangunan pejabat tuh pun..

=P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Hadap.Kerja"