semalam, ahli terakhir yang tinggal in servicing JP, meletakkan jawatan. dengar cerita boss, kawan tu dapat tawaran ke tempat x-boss azil. dan berita menyakitkan, dia behenti dengan notis seminggu!
azil dan boss dah jangka dia akan berhenti, cuma menunggu tawaran sahaja. tapi notis seminggu?! syarikat baru sanggup membayar 2 bulan gaji, dengarnya.
adoi..
boss cakap, kali ini, svp kami akan bertemu orang yang bertanggungjawab "membeli" kawan azil nih. orang tu, x-vp tempat keje azil sekarang pun. so, they keep in touch even x-vp tu dah tak keje situ lagi. svp azil nak mintak at least bagi la masa sebulan supaya kitorang sempat hire, train orang baru.
until today, tatau la apa outcome dari perbincangan tu.
x-boss pernah called azil dan tanya, "awak tak nak move out ke?"
dan azil penah jawab, "kesian kat sw kalau saya blah, boss.."
dan bila sw dah finally tendered, azil masih lagi keberatan nak blah.
sebab rasa bersalah dan bertanggungjawab pulak kat team sekarang. team baru nih, walaupun ada segala macam masalah, tapi azil percaya boleh dijayakan.
kami ada masalah orang yang berhenti keje, ada masalah orang yang nak diberhentikan keje, ada masalah orang yang mc setiap isnin, ada masalah orang yang asek nak pass keje dia ke orang lain..
tapi, semakin lama we are building trust in each other. walaupun telah "dipaksa" berpecah dari team lama dan bersatu dalam team baru yang entah sape-sape je dalam tu. mereka ini, dalam keterpaksaan itu, mampu untuk terbuka hati menerima perubahan, dan gap antara kami semakin kecil untuk mendapatkan keserasian.
mungkin kesatuan itu belum cukup kuat, tapi azil harap azil dan ahli-ahli yang lain, akan cukup kuat untuk menguatkan team yang baru ni.
it's not going to be easy, but i don't expect it to be. =)
pertama kali ditinggalkan, rasa sedih dan tertekan. tapi bila dah berlaku dengan agak kerap, azil jadik immuned dan hati pun jadik kering.
bukan tak sedih, tapi mula nak percaya, hidup ini atas masing-masing untuk tentukan jalan hidup mereka demi diri mereka sendiri. apa hal plak diowang nak stay just because azil akan rasa sedih kalau diowang blah kan? =P
so, people who left, and will leave,
"all the best!"
0 Response to "Last.Man.Standing"
Post a Comment