Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Esok.Tak.Sekolah


obviously.

Cik.Aira sampaikan itu kepada saya semasa menjemputnya pulang tengahari tadi. Pura-pura terkejut, saya tanyakan sebabnya.

"Esok, Cikgu Siti nak balik kampung. Nak tolong mak dia masak dekat kampung dia."

Saya gelak-gelak. Dia belum kenal lagi phrase

Thank God It's Friday!

=P

Happy Weekend, People!

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ibu.Baliklah.Dulu

Saya bersyukur sebab Cik.Aira tak menangis sewaktu ditinggalkan di tabika, tapi untuk mendengar dia berkata, 

"Ibu, baliklah dulu."

telah membuatkan saya "sedih hati" sikit.

Mungkin saya tak jangkakan yang dia boleh survive tanpa mak, En.Eid, mahupun saya. Cik.Aira, walaupun sulung, manjanya mengalahkan adik-adik yang lain. Jadi disebabkan kemanjaan itu, kami semua menjangkakan drama airmata di hari-hari pertama persekolahannya. 

Ternyata meleset. =P

Antara kisahnya di awal-awal ini:

"Nama cikgu kakak, Cikgu Siti."
"Huiyo! Siti Nurhaliza ke?'
"No, Ibu. Cikgu Siti je. Dia pakai tudung hitam, baju biru."
"Oo.. Dia ajar kakak apa?'
"Hrrmm.. Ajar Up, Down, Shake-shake-shake.." sambil membuat aksi angkat tangan, turun tangan, dan menggelek-gelek tangannya.
Tengok aksi Cik.Aira, mak mencelah, "Eh, kalau macam tu je, biar mak ajar kat rumah je la."
"No-no-no.. Mak kan dah tua. Nanti patah pulak tangan buat macam budak-budak ni."
Dan dia terus melompat-lompat menyanyi, 

Up!
Down!
Shake, Shake, Shake.


 Boleh buat Peace! Kawan sebelah standby tissue sebab dah soksek-soksek kena tinggal. =P
Cik.Aira menonggeng-nonggeng pakai kasut.

Sehingga Isnin depan, menjadi rutin saya untuk menghantar dan menjemput Cik.Aira. Bila kereta saya sampai depan pintu pagar sekolah, nanti akan dengar Cikgu Siti jerit,

"Aira Amniya! Ibu dah sampai!"

Lepas itu baru nampak kelibat Cik.Aira dibenarkan keluar dari sekatan yang dikawal Cikgu Siti dan pembantunya di pintu tabika.

Kagum dengan Cikgu Siti. Baru 2 hari dah cam mak ayah budak-budak ni. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2012.

Selamat 2012!
Saya bercuti dari 2 sehingga 9 Januari!
Yeay!

Tak banyak yang berlaku semasa peralihan tahun.

Tapi untuk pertama kali (dan akan menjadi trend seandainya terus bekerja di syarikat sama), saya perlu bekerja pada tarikh tahun baru. macam tak menarik, kan? Tapi baru-baru ini, bekerja pun dalam 3-4 jam sahaja.

Masuk sahaja tahun baru, masa nak pergi ke pejabat, kereta saya tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya bateri conked. Pandai pilih masa betul. nasib baik ada kedai bateri kereta yang beroperasi hari itu. Terbang RM225.00 (tapi selepas itu dapat refund RM30.00 sebab pulangkan bateri lama). =D

Semalam pula menjelajah usha kedai tayar, sebab tayar kereta pun due tahun ini jugak. Bulan 3 nanti, kereta dah nak masuk 2 tahun. Bateri dengan tayar adalah antara dua perkara yang memang nak diganti tahun ini. Tapi tak sangka sungguh bateri akan mati dulu. Jadi, untuk mengelakkan tayar-tayar kereta itu teragak nak berperangai seperti bateri, baiklah kami segerakan sebarang penggantian yang perlu. -_-"

Hari ini akak meneruskan pencarian kedai tayar. En.Eid spesifik mengenai tayarnya. Mahu yang Continental juga. Bila sudah puas memusing, dalam perjalan pulang ke rumah, baru perasan ada satu kedai tayar Continental, yang nampak macam baru tapi sudah tutup. Pukul 6:30 petang waktu itu, seperti terlalu awal untuk tutup operasi tetapi mungkin juga kedai belum mula beroperasi lagi. Kalau tidak jumpa juga, hari ini kami akan ke Senawang sahaja. Memang ada sebuah kedai tayar Continental besar di situ. =)

Esok..

Hrrmm..

Esok, Cik.Aira mula bersekolah tadika 5 tahun. Debar itu di atas saya. Bersekolah di Tabika Kemas, terletak selang 3 jalan dari rumah, So, kecuali bila hujan, urusan pergi dan pulang sekolah memang bukan masalah. Waktu persekolahan bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

"Lambat, saya kunci gate."

En.Eid menyampaikan pesanan cikgu Cik.Aira. Amboi, garang! Tapi bila difikir semula, mungkin bertujuan nak menerapkan disiplin, dan mengelakkan terganggu sesi pembelajaran kanak-kanak yang lain pula.

Saya tidak membayangkan Cik.Aira lambat, malahan mungkin terlalu awal untuk sekolah itu. En.Eid, mak dan saya akan bergilir membawanya ke sekolah. Tapi kalau sekolah boleh menerima murid seawal jam 7:00 pagi, mungkin mak tidak perlu terlibat dalam proses penghantaran. Cuma masa balik nanti mak pergi menjemput. Esok, perlu bertanya dengan cikgunya. Saya belum pernah bertemu dengan mana-mana cikgu Cik.Aira. Urusan-urusan sebelum ini diselesaikan oleh En.Eid, dari mengambil borang pendaftaran, menghantarnya, dan mendaftarkan Cik.Aira.

Urusan awal minggu persekolahan ini, saya akan ambil alih sementelah cuti seminggu ini.

Oh, program cuti seminggu?

Tak banyak di fikiran. Mendaftarkan Cik.Aira, membawa mak ke pemeriksaan berkala di Klinik Kesihatan Nilai, menguruskan parti hari jadi Cik.Aira di sekolah, dan menetapkan tempat sambutan majlis harijadi anak-anak. Tahun ini Cik.Airis akan sambut ulangtahun pertama! Jadi ketiga-tiganya akan disambut dalam satu majlis. =D

Alamak., banyak tulis. Sepatutnya dah nak kena mandi ni!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS