Yeay!
Made it here.
Sekarang tengah tunggu dinner.
Ordered ikan bakar set.
Menu macam yummy!
=D
Posted via Blogaway
Check in sini malam ni.
Jalan-jalan hujung minggu.
Harap-harap malam ni dapat ke danga bay.
Posted via Blogaway
Perjalanan tak dirancang.
Selepas makan tengahari, kami pakat pergi berjalan sebab kalau balik rumah dalam keadaan perut kenyang, mesti tiada aktiviti lain selain tidur.
En.eid ajak ke banting. Ok!
Tak lama pun masa diambil dari nilai ke banting, menyebabkan kami teruskan perjalanan sehinggalah kami tiba di sini.
Pantai Kelanang.
Pertama kali tahu.
Sebahagian pemandangan penuh kapal kargo.
Pasir pantai penuh selut.
Air laut tenang tak berombak.
Kami dihiburkan kanak-kanak berlarian bermain selut diiringi dendangan lagu dangdut.
Priceless, kan??
=P
Posted via Blogaway
rumah penuh di hujung minggu.
selalu berada dalam keadaan serba-salah bila situasi kita macam third wheel.
bukan semestinya antara orang bercinta.
dalam sebarang perhubungan pun.
nak-nak kalau ada perbahasan / perdebatan antara dua pihak tadi.
susah hati betul bila diminta pendapat kita.
haish!
nak lari, macam tak patut.
tapi, untuk kekal dalam perbahasan tu, merunsingkan.
=/
hari ni saya berniat tak makan tengahari.
sebab baju yang saya sarung hari ni, yang pada hari-hari sebelum ini longgar, hari ni dia macam muat-muat sahaja.
bila orang tanya, "kenapa tak makan?"
saya jawab, "tak selera makan. sebab dah gemuk."
sekali seorang teammate mencelah, "eh, i gemuk. i sangat berselera makan!"
oh, ryan..
that's not inspiring at all.
-_-"
Posted via Blogaway
Hari ini cuti separuh hari.
Hari isnin pula cuti sepenuh hari (dan sepenuh hati) :)
Makin lama makin hilang perasaan nak kerja.
Sangat tidak bagus.
Haaahh..
Posted via Blogaway
Main-main dalam bilik gelap. Cik.airis cuba detect dari mana arah cahaya flash datang.
Hihihi.
Posted via Blogaway
Selepas beberapa kali disangka lelaki, saya cuba kepitkan sepit rambut di atas kepala cik.airis.
Nampak macam perempuan??
saya dihon semasa berhenti pada lampu isyarat merah. Malaysia dah tukar undang - undang jalan raya ke?
.. dengan orang yang suka merampus!
err.. merampus tu macam mana?
erm.. macam kalau orang tu tengah marah, dia lepaskan kemarahan dia dengan perbuatan yang agak melampau.
contoh perbuatan :
. hentak-hentak keyboard pc.
. hempas pintu
. campak kertas yang tengah bersepah atas meja.
ok, kalau kat rumah buat perangai merampus, itu saya kira sebagai "your own domestic issue". tapi saya sangat tak gemar kalau kat pejabat nak buat / bawa perangai merampus ni.
serius, saya benci!
bukan tak boleh marah. tapi perlulah ada kawalan diri sendiri. ini macam "perempuan gila tengah histeria" buat kerja menghentak-hentak sambil mulut nak memaki-hamun, apa hal?
dalam hal kerja, nak-nak dalam menangani perubahan ni, memang banyak ketidakpuasan hati. tapi tolonglah ada pemikiran, "if i cannot go against it, i go with it." sebab syarikat tu dibina bukan atas titik peluh awak seorang. tak payahlah beria-ia nak mengamuk macamlah saham syarikat akan jatuh menjunam andai kata awak melepaskan jawatan.
tak, ok!
isskk..
menulis dengan harapan nak melepaskan rasa. tapi sendiri pulak rasa nak merampus.
"ter"tekan kibod kuat-kuat sampai cik.aish tegur,
"ibu kenapa internet kuat-kuat?"
hihihi..
stop! stop!
Perlukan motivasi untuk terus bekerja.
Takde masalah pun. Tapi hari-hari takde semangat nak pi opis. Bila punch card masuk opis, menggelupur rasa nak punch card balik.
Cerita lain.
Dah hujung bulan 10. Lagi 2 bulan, bakal menghantar cik.aira ke sekolah tadika. Oleh sebab pilihan yang sangat terhad, mungkin cik.aira akan ke KEMAS sahaja. Berfikir juga untuk ke tadika lain, tapi lokasi sering menjadi isu yang membantutlan hasrat. Dan kami ibu babah cik.aira tak cukup berani nak lepaskan dia naik van / bas sekolah.
Ah, rasa baru sahaja beranakkan dia. Dah nak masuk sekolah dah.
...







