Showing posts with label Daylife. Show all posts
Showing posts with label Daylife. Show all posts

Ibu.Baliklah.Dulu

Saya bersyukur sebab Cik.Aira tak menangis sewaktu ditinggalkan di tabika, tapi untuk mendengar dia berkata, 

"Ibu, baliklah dulu."

telah membuatkan saya "sedih hati" sikit.

Mungkin saya tak jangkakan yang dia boleh survive tanpa mak, En.Eid, mahupun saya. Cik.Aira, walaupun sulung, manjanya mengalahkan adik-adik yang lain. Jadi disebabkan kemanjaan itu, kami semua menjangkakan drama airmata di hari-hari pertama persekolahannya. 

Ternyata meleset. =P

Antara kisahnya di awal-awal ini:

"Nama cikgu kakak, Cikgu Siti."
"Huiyo! Siti Nurhaliza ke?'
"No, Ibu. Cikgu Siti je. Dia pakai tudung hitam, baju biru."
"Oo.. Dia ajar kakak apa?'
"Hrrmm.. Ajar Up, Down, Shake-shake-shake.." sambil membuat aksi angkat tangan, turun tangan, dan menggelek-gelek tangannya.
Tengok aksi Cik.Aira, mak mencelah, "Eh, kalau macam tu je, biar mak ajar kat rumah je la."
"No-no-no.. Mak kan dah tua. Nanti patah pulak tangan buat macam budak-budak ni."
Dan dia terus melompat-lompat menyanyi, 

Up!
Down!
Shake, Shake, Shake.


 Boleh buat Peace! Kawan sebelah standby tissue sebab dah soksek-soksek kena tinggal. =P
Cik.Aira menonggeng-nonggeng pakai kasut.

Sehingga Isnin depan, menjadi rutin saya untuk menghantar dan menjemput Cik.Aira. Bila kereta saya sampai depan pintu pagar sekolah, nanti akan dengar Cikgu Siti jerit,

"Aira Amniya! Ibu dah sampai!"

Lepas itu baru nampak kelibat Cik.Aira dibenarkan keluar dari sekatan yang dikawal Cikgu Siti dan pembantunya di pintu tabika.

Kagum dengan Cikgu Siti. Baru 2 hari dah cam mak ayah budak-budak ni. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bahagia.

bergolek-golek di pagi ahad memang sangat membahagiakan.

:-)

Published with Blogger-droid v1.6.8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1/2 Day

half day hari ni.

sepatutnye cuti pun. sebab nihon public holiday. sambut national day. tapi cuti ni adalah antara 3 hari cuti nihon yang diberi pilihan samada nak cuti atau pun tidak. kalau azil pilih untuk tidak bercuti, dapat la azil offset kan dengan mana-mana public holiday malaysia. kalau pilih untuk bercuti, err.. cuti je la..

half day sebab mak demam. mak demam dari semalam lagi. kata en. eid, masa dia ambik jemput cik aira dengan cik aish balik, mak tergolek kat ruang tamu. umah cam tongkang pecah la jugak. masa azil nak pi keje pagi tadi, tanya mak dah ok ke lum, mak jawab ok jek. tapi suara dia lemah la sebenarnye. tapi azil pi jugak ke opis.. cam tak terpikir pun nak cuti jaga anak sebab mak sakit.

bila en. eid called pagi ni tanya condition mak ke azil, azil jawab ok je. tapi en. eid tak confident dengan condition mak, suh azil consider balik tengahari..

berpikir-pikir jugak neh.. kul 11 pagi, menetapkan hati untuk balik la jugak. kata en. eid betul la jugak.

"biar la mak rehat sampai sembuh betul. sebab esok lusa nak menjaga anak-anak kita lagi.."

dipendekkan cerita, nih dah kat umah la neh.. tengah berkira-kira nak study la pulak.

semalam kelas. abih kul 9:30 malam.. sengah jam terakhir tuh, memang macam tak redha je nak belajar. sebab sepatutnye kelas abih kul 9:00 malam. walaupun menghargai kesungguhan lecturer sanggup stayback nak mengajar, tapi azil ada isu yang kena balik seawal mungkin.

Seriously, kalau umah azil menapak 5 menet dari opis, mungkin tak jadik isu sangat balik lambat. Tapi nih, dah lain negeri tau. Jarak 50km dari umah ke opis, kalau ikut law fizik, untuk sampai dalam masa sengah jam, azil kena bawak 100km/jam. Tak la nampak laju sangat, tapi bukannya kuar je perut opis tuh azil dah nampak plus highway. Harus la masuk ke federal higway dulu, susur ke seputih pulak, susur masuk ke kl-seremban highway, baru la buleh masuk plus highway.

Dan kalau setiap jalan yang azil kuar-masuk tuh takde sebarang betuk fizikal kenderaan lain yang menyusur melintang, takpe lagi. Ini tidaaakk.. federal highway hanya boleh bawak 50km/jam. Aih! Satu petaling jaya ke amek kelas cima kuar kul 9:30 malam cam azil??

Dipendekkan cerita, azil sampai umah atas 5 minit dari kul 10;00 malam. 35 minit je drive?? Jangan ditanya berapa azil bawak bila masuk plus highway tuh. Lalalala..

Hujan turun lebat kat luar. En.eid tengah on the way balik neh. Harap-harap dia bawak la raincoat. Kot tak, harus kuyup tuh. Dengar gaya lebat (dengar dari dalam umah je nih), cam boleh banjir kilat KL nih.

Ok aa.. cik aira nak “guna” notebook. Nak nyanyi old mekdonel has a farm, ee-ai-ee-ai-oo!

Tapi azil takmo bagi. Nak suh dia tedo. Kalau tak tedo, macam-macam onar dia buat nanti.

Sorejya, mata..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS