Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Ibu.Baliklah.Dulu

Saya bersyukur sebab Cik.Aira tak menangis sewaktu ditinggalkan di tabika, tapi untuk mendengar dia berkata, 

"Ibu, baliklah dulu."

telah membuatkan saya "sedih hati" sikit.

Mungkin saya tak jangkakan yang dia boleh survive tanpa mak, En.Eid, mahupun saya. Cik.Aira, walaupun sulung, manjanya mengalahkan adik-adik yang lain. Jadi disebabkan kemanjaan itu, kami semua menjangkakan drama airmata di hari-hari pertama persekolahannya. 

Ternyata meleset. =P

Antara kisahnya di awal-awal ini:

"Nama cikgu kakak, Cikgu Siti."
"Huiyo! Siti Nurhaliza ke?'
"No, Ibu. Cikgu Siti je. Dia pakai tudung hitam, baju biru."
"Oo.. Dia ajar kakak apa?'
"Hrrmm.. Ajar Up, Down, Shake-shake-shake.." sambil membuat aksi angkat tangan, turun tangan, dan menggelek-gelek tangannya.
Tengok aksi Cik.Aira, mak mencelah, "Eh, kalau macam tu je, biar mak ajar kat rumah je la."
"No-no-no.. Mak kan dah tua. Nanti patah pulak tangan buat macam budak-budak ni."
Dan dia terus melompat-lompat menyanyi, 

Up!
Down!
Shake, Shake, Shake.


 Boleh buat Peace! Kawan sebelah standby tissue sebab dah soksek-soksek kena tinggal. =P
Cik.Aira menonggeng-nonggeng pakai kasut.

Sehingga Isnin depan, menjadi rutin saya untuk menghantar dan menjemput Cik.Aira. Bila kereta saya sampai depan pintu pagar sekolah, nanti akan dengar Cikgu Siti jerit,

"Aira Amniya! Ibu dah sampai!"

Lepas itu baru nampak kelibat Cik.Aira dibenarkan keluar dari sekatan yang dikawal Cikgu Siti dan pembantunya di pintu tabika.

Kagum dengan Cikgu Siti. Baru 2 hari dah cam mak ayah budak-budak ni. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Aidilfitri

raya pertama di nilai saja.


esok baru balik ke kampung mak di temoh, perak.

lusa pulak ke dungun, terengganu kampung en.eid.

ahad baru balik semula ke nilai.

jauh perjalanan raya kali ini.

semoga dipermudahkan.

amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mamai

“Dik, pam no.5, 50.”

“Err.. Kak, pam mana lagi sekali.”

“5.”

“Waja tu?”

“Ha ah. Waja tu.”

“Pam 5 dah bayar kak.”

“Hah?!”

“Err, akak bukan biasa kat pam 1 ke?”

Tinjau keluar pintu kaca Kedai Mesra.

“Eh laa.. Ha aahh.. Keta akak kat pam 1.”

..

.

Itulah akibat terlalu mamai. Azil bangun lewat pagi ni. Dari hari Jumaat lepas asyik tak terbangun nak pergi keje. Pagi semalam dengan hari ini, harap mak telefon tolong kejut. Bila bangun terkejut, otak tak tune betul lagi. Buat semua mende ala-ala di bawah sedar. Sebab dah jadi rutin.

Kisah pagi tadi, keluarlah azil dari Kedai Mesra dengan rasa malu. Kena avoid isik minyak kat Petronas TPM untuk 2-3 minggu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS