Argh!


Squeezing my way at fed hiway in the rain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

New

saya perlukan sesuatu yang baru.

apa la agak-agaknye tu, eik..?

(^_-)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Wake.Up


Baby just woke up after snoozed off for about an hour. Currently at hospital visiting onyang, but couldnt made to see her because no baby visitor is allowed after 7pm. :-(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Merdeka.


"Ibu, tingginya!"
"Haa laa.. Apa tu?"
"Merdeka!"
"Hahaha! Bukanla.. Bendera la.."
"Bendera?"
"Aa.."
"Bukanla, ibu. Itu Malaysia! Merdeka! Malaysia! Merdeka!"

Kakak tengah mode patriotik?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

A.Long.Day


Waiting for my dinner after a long and exhausting day.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Back.Home

i am home. reached malaysia ground safely approximately at 8:10pm last night.

first, i met en.eid at B carousel, waiting to pick up my luggage. next, the kids, mak and linda, waiting at a corner of the arrival hall.

baby ran happily for me shouting, "ibuu! ibuu!"
kakak just said, "eh, ibu laa.. terkejut kakak.." (heh?)

got my hands on wheel in no time. really miss en.waja.

we went for dinner. thinking myself that i might craving for some malaysian cuisine, i ordered nasi goreng daging merah. only to know that 15 minutes later it was a bad start. a little too oily for my "perut-yang-manja". uurrkk..

luckily iced milo save the night. sangat enak! yummy!

this morning, woke up quite early. kakak's repetitive request, "ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu.." penetrated my dream where i watched myself driving en.waja under water, and there was a huge monster-look fish came towards en.waja and i (in en.waja) didn't realise that. i (whose watching) was shouting like crazy trying to warn me (in the car) but i only heard,
"ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu. ibu, kakak nak susu..". ("-_-)

went for groceries shopping, and home to deal with laundries. stayed home until night. it was too hot to move around, so being stationary is my best option. (-_-;;)

tomorrow, i'll be back to the office. yeay!

perut geli-geli. ihik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

気まずい

bila kita terlalu berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara,
tapi tetap tersilap langkah,
perasaan menjadi sangat tak elok.

=/

***

another story..

azil called umah, mak jawab.

"panggil kakak."
"kakaakk, ibu telepoonn..!!"
"elo, kak jilah!"

ooii..! baru 2 minggu tak jumpa title ibu dah jadik kakak ke??

p(>_<)q

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sayonara.Ebi.Ba-ga-

tahun-tahun awal di jepun dulu, bila nak makan fast food, ini antara option yang ada. shrimp burger of lotteria.

dan ke jepun kali ini, terjumpa dengan poster di atas.

"Goodbye, Shrimp Burger."

aa.. terasa sedih pulak..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Harajuku

siang tadi pegi harajuku. berjalan-jalan. boleh pulak jumpa kumpulan berpiket ni. ada 2 kumpulan. sangat terkawal diorang berpiket. tak ganas langsung.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Seminggu.

seminggu dah bertapak kat shinagawa neh, tak berkesempatan lagi nak cerita apa-apa. shinagawa sejuk. hari ni suhu 6 darjah.

tengah online dari lobi hotel, sambil cuba menengok-nengok ke luar dinding cermin ni kalau ada snow yang nak turun. hrrmm.. takde la pulak. =/ tadi masa balik dari breakfast, ada la snow turun dengan segan-segan.

khamis lepas en.eid called. bitau nenek gadong meninggal dunia. nenek gadong, ialah mak tiri arwah ayah azil. mak inform malam tu pulak, nenek meninggal sebab kanser paru-paru.

isskk.. sejuk-sejuk neh, otak beku la nak memikir cerita. nak-nak dah seminggu tak apdet. mende ntah nak cerita pun tatau.

pastu plak, either maxis atau blogger tak kasik azil apdet dari henset. kalau tak, senang cerita..

isskk..

ok lah.. nak membaca paper. dah seminggu duduk sini, tak tau langsung berita mesia.

2 weeks to go..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@HQ

huhuhu..

kembali ke shinagawa, selepas 2 bulan setengah.

tengah lunch.

takmo tulis banyak.

sebab lunch sangat sedap.

nak menikmati..

lalalala..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kakak.Malas

di suatu petang, di umah mak. cik.aira bertanya kepada mak,

"mama, adik mana?"

"adik pergi jumpa dokter. dia sakit. nak kena injek."

"kakak nak adik la, mama.."

"kakak rindu adik ke?"

"taklah.. kakak nak suruh adik bawak susu kakak. kakak nak baring je tengok tv."

"OOII! BANGUNLAH AMBIK SENDIRIIII!!"

"Takmolah. Kakak malas.."

Oh, kakak.. Kenapa la begini jadinya?? (T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila.Cik.Aira.Menyanyi

"Satu, satuu..
Sayang Ibu Gomoookk..

Dua, duaa..

Sayang Babah Jahaatt..

Tiga, tiga..

Sayang Kakak Shanteeqq..

Satu, dua, tiga..

Sayang Sume-sume.."


kalau orang lain, takde yang elok pada dia.

(-_-")


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aish.Is.Two!


Ok, turn aish pulak..

Aish,

Dah 2 tahun ye, busyuk ibu..

kakak dah agak "grown-up" masa age awak ni.

tapi awak.. hrrmm..

forever baby..

so, lepas-lepas ni bolehlah belajar "say-no-to-diapers" yea.

banyak membantu ekonomi ibu dan babah nanti.

dan jugak, tolonglah berehenti atau kurangkan consuming on baby food nestle / cerelac step 2 tuh.

mula-mula sebab aish dah sangat-sangat overage. makanan bayi step 2 tu sesuai untuk dimakan oleh bayi berumur 6 bulan ke atas. aish dah tak bayi tau lepas ni. naik level "kanak-kanak". dan kanak-kanak tak sepatutnya makan makanan bayi. dah la ratio susu dengan makanan bayi tuh sekarang menjadi 2:3. aih! banyak makanan dari susu pulak. tolongla consume makanan-makanan lain sama ye. Tuhan dah turunkan macam-macam jenis makanan dalam dunia ni, tapi aish cuma nak susu+cerelac, nasik+kicap, nasik+sup. rugi aish kalau hidup camni.

lepas tu, tolong berhenti dari menggaruk-garuk tangan dan kaki yang gatal. kulit aish kan sensitif. kalau dah luka, parut dia susah nak baik. aisk pulak, kalau menggaruk, tahap leleh air liur. tak sopan betul. budak perempuan umur 2 tahun yang ada skin macam budak laki 10 tahun yang hari-hari main atas tanah, berkudis sini-sana, isskk.. tak berapa elok,tau..

oh, ibu mintak berlembut sikit bila bercakap atau berinteraksi dengan orang terutamanya dengan kakak. ibu tau kakak selalu sakat aish, tapi janganlah balas dendam tahap cakar badan / tangan / muka / perut kakak sampai terbit darah. kesian kakak meraung-raung. aish tak sayang kakak ke?

harap ibu, aish akan membesar dengan sihat (walau tak sesihat kakak), dipenuhi riang-ria dan gelak ketawa.

mwah!


Sayang Aish,
Ibu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Miracle.. (edited post)

.. did not happened.

i flunk my management accounting paper, needing another 7 points to safe line.

frustrated, of course i am!

this is the ONLY paper that i somehow have the confidence to pass.

and i'm going to be poorer by £40 to re-sit the paper. company will decide on where and when.

aarrgghh!

still, lets not give up on this, ok..

good luck!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Las.Menet

owh, this can't be good.

less than 8 hours to sit my paper and i keep failing my trials.

need a miracle here!

help!

help!

(-_-")

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Good.Morning.Cik.Aish

no flash, please!

ok, ok.. i'm awake..


huaarrgghh..!

ok, now i'm fully awake. yeay!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Copying.Job


Need to prepare 15 sets of each stacks to accommodate the newbies in their training next monday. And these are for ONLY for monday. More to come, so newbies,

"nangisla sampai nak muntah hadap mende-mende ni semua ye."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dinner@Nasi.Lemak.Antarabangsa


Oishii!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aira.Is.Three!


10.01.2010

Kakak,


Happy Birthday, Sayang Ibu.

Dah sampai 3 tahun umur awak.

Tolonglah dengar cakap Ibu lepas ni.

Ibu letihlah nak marah-marah awak dah.

Awak kan budak pandai.

Kalau lagu-lagu final AJL awak boleh absorb, takkan la ibu cakap 3 ayat ni awak tak boleh dengar,


"Kakak, kemas mainaaann..!"

"Kakak, pakai bajuuu..!"

"Kakak, jangan pukul adiikk..!"


Ibu harap yang baik-baik untuk awak sepanjang hidup ini.


Semoga kita boleh terus "get-along" together forever, ok.


Sayang Awak,

Ibu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Demam

budak-budak demam.
mula-mula cik.aish, lepas tu berjangkit ke cik.aira.
diorang ni kalau demam, pe'el lain-lain.

cik.aira akan panas berterusan.
cik.aish akan on-off.

meragam tu, standard!

cik.aira asyik mintak air limau.
cik.aish asyik mintak berdukung.

cik.aira cuba nak berlagak macho. bila nak pegang rasa dahi panas ke tak, dia sound,

"DON'T TOUCH!"

ewah-ewah. bila sakit, cakap orang putih pulak. =P

cik.aish tak boleh cakap apa-apa. menangis merengek-rengek.

kesian..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Double.Joy!

alhamdulillah..

yatie selamat melahirkan jam 1 lebih pagi tadi.
bayi lelaki.
normal delivery.
3.5kg.

sume sihat belaka.

lagi satu, happy birthday, kak kam..
=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Puncak.Athenium


Menghabiskan cuti hujung minggu di rumah boboy, sambil melayan anak-anak "mandi kolam". B-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2010

H a p p y 2 0 1 0 !



*fireworks* *fireworks* *fireworks*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perempuan.Gila.

.. anak saudagar penipu?

owh, tidak.. ini perempuan gila lain. begini kisahnya..

bila tiba hujung bulan, pekerja-pekerja di opis Pusat Khidmat Sarekat Pengangkutan Jereman (apa punya nama la..) akan menjadi sangat-sangat sibuk bekerja sehingga tidak sedar bila siang menjadi malam, dan begitulah sebaliknya. Ini kerana, sebagai syarikat yang menawarkan servis berkaitan akaun dan kewangan, hujung bulan adalah masa di mana sagala transaksi sepanjang bulan akan "ditutup", dan dijana laporannya.

Cik Milu, salah seorang yang tak menang kaki dan tangan bila menangani hujung bulan. Dia baru diterima bekerja sejak di Pusat Khidmat Sarekat Pengangkutan Jereman sejak 4 bulan lepas. Berwajah lembut nampak ayu, kadang kala serius, pernah juga melepas gelak besar bila bergurau. Tiada yang istimewa sangat.

Hari ini hari hujung bulan. Kerja Cik Milu telah bertimbun-timbun sejak awal minggu. Tertekan, sudah pasti. Semua kerja, perlu diselesaikan pada akhir hari ini juga. Inbois berkotak-kotak perlu dimasukkan data. Datang Cik Wati,

"Eh, Cik Milu. Banyak nampaknya inbois. Biarlah saya bantu sedikit. Saya pula dah selesaikan kerja semuanya semalam."

Niatnya membantu. Tanpa memandang muka Cik Wati, Cik Milu menyerahkan sebeban inbois kepada Cik Wati.

Cik Wati memulakan tugas-tugas membantu. Tetapi terbantut bila dia mula ingat-ingat lupa akan tatacara sistem.

"Cik Milu, Cik Milu. Tolong la kejap ni ha.. Refreshkan saya balik. Kalau dah bukak sistem sampai sini, lepas tu key in data cenggini je kan?"

Tegak Cik Milu, melangkah ke tempat Cik Wati, tak berkata sepatah, diambil semula inbois sebeban, kembali ke tempat,

"Baik aku buat sendirilah!"

Amboi! Hilang lembut muka ayu semua!

Cik Wati diam. Cik Jelin, penyelia Cik Milu yang duduk sebelah Cik Wati diam. Hatta Cik Can, ketua penyelia pun jadi diam.

Tak lama lepas itu, Makcik Cleaner datang membunyikan vacuum cleaner, memulakan rutin mingguan sebelum bercuti panjang pada Tahun Baru. Keadaan ofis jadi hingar dengan bunyi vacuum cleaner.

Tiba-tiba bunyi motor vacuum cleaner terdengar bercampur-campur dengan bunyi lagu. Mungkin dering telefon. Lama berbunyi, masih tak berjawab. Pelik. Beberapa orang telah bangun mencari arah bunyi lagu.

Telefon atas meja Cik Milu menyala, skrin berkelip-kelip.

"Apasal Cik Milu tak jawab telefon?" tanya Cik Zela.
"Saya tak tau la dia." jawab Cik Aili.

Cik Jelin pergi bertanya.

"Kenapa pasang lagu kuat-kuat?"
"Korang semua sangat bising la! Aku nak buat kerja pun tak boleh! Dah lah! Aku nak balik!"

Huik? Cantiknya perangai!

Cik Jelin yang sarat membawa anak dalam perut, duduk kembali ke tempatnya. Dibiarkan dulu "perempuan gila" Milu menjerit-jerit histeria tak tentu punca.

"Kau tak boleh la buat perangai macam ni. Kerja kau banyak, semua orang faham. Tapi bila orang nak tolong, kau taknak kasi. Bila kau tak faham buat kerja, bukan kau nak bertanya. Bila dah tak tahan stress, kau suka-suka nak jadi gila macam ni. Aku tak suka. Perangai kau seorang, menjejaskan semua yang ada nanti. Aku kerja sini dah 3 tahun, tak pernah aku jumpa orang macam kau ni lagi." nasihat Cik Jelin panjang lebar sambil tangan mengusap perut.

"Oi! Kau kerja baru 3 tahun tau! Aku ni dah kerja merata-rata, lebih banyak tahun dari kau, tau!Tapi tak pernah aku jumpa tempat kerja hingar macam ni! Bising! Aku nak buat kerja pun tak senang!" "perempuan gila" Milu sambung jerit histeria dalam bahasa yang difahami umum.

Owh, "perempuan gila" Milu ini memang gila glamer. Satu ofis bangun tengok drama dia. Lepas habis sawan histeria dia, dia duduk balik tempat dia, sambung kerja macam biasa.

"Hek eleh, tadi kata mau balik. Lagi duduk bikin kerja, apa macam?" Cik Zel bisik perlahan ke Cik Aili.

"Ya lor, sangat tak malu punya perempuan gila." balas Cik Aili makin perlahan bila sebut "perempuan gila".

Dan mereka gelak berbisik-bisik. Mereka tahu kisah "perempuan gila" ini akan dipanjangkan ke tahun-tahun mendatang. Hihihi..

Itulah kisah di hari akhir tahun 2009.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Breakfast.


Nothing special. I take the same thing everyday.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Takde.Keje

ohoho..!

ini mungkin akan jadik entry sepanjang hari. saya takde keje. eh, silap statement. of course la saya ada keje. cuma arinih, saya tak ada perkara yang nak diselesaikan / follow-up berkaitan keje saya. dan perkara ini telah bermula sejak isnin lepas dan bakal berlarutan sehingga tengahari esok, hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2009. wuhuu!

nasib baik jugak esok, bos saya mintak tolong saya untuk interview seorang candidate. ada jugaklah makna saya swipe kad matrik opis nih. kalau tak, harus saya paksa kawan-kawan saya mengadap pc masing-masing untuk bersembang dengan saya.

oh, janganlah ingat takde keje nak dibuat itu, adalah satu perkara yang menyeronokkan. tak payah satu hari. laluilah separuh hari tanpa berbuat apa-apa, dah cukup nak buat otak saya terencat! kalau sungguh takde keje, boleh berjalan-jalan dan berpoya-poya mengiburkan hati ke midvalley atau klcc, takpela jugak. ini paling hebat tempat saya boleh pergi selain tandas, ialah ke pantry. habis happening la kot. boleh tengok tv plasma sony yang hitam legam tak pernah switched on, sebab nak jimat letrik (duh!).. nak tunjuk kaya tapi kedekut?

eh, lagu kechentaan sedang ke udara. "saat kau tak di sisi" by jikustik. eh lagi.. sesuai sungguh lagu ini untuk ditujukan kepada "keje saya". semoga cepat-cepat la get on track semula.

alamak! dah pukul 10:28.. last mail dari kawan2 saya, pukul 10:24! tak boleh jadik.. mereka harus diingatkan untuk kekal aktif sepanjang minggu ini (untuk melayan saya yang takde keje nih). baguslah mereka itu kawan-kawan yang sangat baik. layan je saya. tapi sekarang, mereka macam nak menjadi kurang baik je.. dah 4 menet senyap! grr..

---

aa.. 4 jam since saya off ke pantry tadi. hihihi.. boss saya datang "sedekah" laptop dia ke saya. saya telah meng"komplen" akan prestasi "buruk dan busuk" laptop yang dipinjamkan kepada saya sebelum ini.

"ok, takpe. awak ambik notebook saya. kompeni dah belikan semua managers laptop baru."

huiyo..! cenggitu je. so, saya tengah guna laptop "baru" la nih. sebijik model yang sebelum nih, tapi hurop-hurop kibod nye tak pudar lagi. yang sebelum nih punye, agak ampun.. memang dibeli untuk dilenjan kot.. dah berbelas-belas tangan guna, abih pudar hurop-hurop sume..

owh, lagi 49 menet boleh balik. tak macam semalam, keadaan federal highway petang ini agak lancar sehingga ke menara tm. lepas-lepas tu, saya tak tau. sebab mata rabun-hampir-buta saya cuma boleh tengok limited sampai menara tm tu saje.

ay! telefon saya ada masalah la ini hari!

dari pagi, tiada sebarang call atau sms yang dibenarkan menerobos masuk ke telefon saya. apa punye sekatan neh?? saya boleh call / sms out, tapi receiving tidak boleh langsung. called maxis customer service. dia kata sume line di bawah nama saya takde sebarang masalah. ok. so, kenapa saya tak boleh terima sms / call?

"cik dah keluarkan sim card dan masuk semula?"
"dah."
"dah keluarkan sim card dan cuba di tekefon lain?"
"hah? saya nak kena beli telefon lain pulak ke? saya ada satu je telefon."
"aa.. kita takut ini masalah telefon sebab semua line cik nih, ok je."
"isskk.. aa.. nantilah saya carik telefon lain.."

hiiyy.. apa kes la telefon saya neh. balik karang saya kena switch henpon dengan en.eid la. tengok ok ke tak.

tadi en.eid info saya, bahawasanya technician astro telah selamat sampai ke rumah dan membaiki sambungan astro di rumah kami. semoga kami akan berpuas hati dengan tahap siaran selepas ini. astro kat rumah tuh sengal sikit. angin takde, ribut takde, suka-suki je kuar mesej,

"service currently not available."

biasanya time tengahari buta panas terik! piring tuh silau ke hape??

orang baya neh 72hengget tetiap bulan! sibbaik tak ambik pakej mahal-mahal. cam dynasty ke.. takde makna sungguh ..

erm, nak dinner apa hek malam ni? i'm far from cooking, so lets think of something goreng-goreng to buy..

saya rasa macam teringin nak menikmati kueytiaw kungfu di "restoran khairul makanan islam". macam melampau tak nak tambah statement "makanan islam" tu? saya tak tau apa semangat yang meresap owner kedai sampai kena letak nama restoran cenggitu. mungkin sebab location wise. kedai dia seberang jalan dengan masjid. =)

dan ye.. first time saya tried kueytiaw kungfu dia, agak enak. boleh diterima tekak saya tak berapa nak memilih nih. nasik goreng daging merah dia pun saya dah tried. pun menarik selera. yang tak berapa enak, saya rasa mi hailam dia la. tapi, bila difikir-fikirkan, tak pernah saya makan mi hailam yang saya rasa sedap. ke, mi hailam memang tak sedap?

eh, ok lah. letih tau menaip nak apdet blog. saya taip laju-laju sampai kawan opis saya pelik.

"u buat keje apa?"
"err.. mana ada keje.."
"yang u taip laju-laju tuh?"
"oh, i saje nak prektis typing kat laptop baru. nak biasakan diri."

saya sengih-sengih. dia kerut dahi. lantaklah ko.

ok, ok.. dah eik..

esok lusa plak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hoih!


Saya perlukan helikopter untuk pulang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Erm.



Ini budak still in cameron highlands mode. Benda yang tersarung di tangan tu, sebenarnya socks dia. Aiyo!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Wonwonpet.

Wonwonpet! Wowonpet!
Kamiiii datang!
Wonwonpet! Wowonpet!
Kamiiii datang!
Apa yang penting?!
Kejeee shame!

kakak's version of wonderpet's
theme song.
couldn't catch the "der" of wonder, makes her sing it "
sukasuki je tukar lirik..

hoh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cameron.Highlands

was up there yesterday, after a long-long time. just want to share some shots of the kids.


the girls patiently waiting for lunch to be served at KFC, Brinchang.


kakak..


and baby..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shhtt..


Nak ambik test.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kemalangan.

melepak-lepak di rumah..

en.waja masuk workshop. at least for 2 weeks. selama itu patahlah kaki azil nak kemana-mana. selama itu jugak kena mengharap pada en.eid dengan linda untuk hantar dan pick-up azil kat stesen komuter. kembali ke zaman berkomuter la lepas ni.

apa yang terjadi..?

pagi jumaat lepas, hujan turun sangat lebat. azil bagun pukul 5:45 pagi. dah mandi, bersiap, azil kejut en.eid. oleh sebab hujan sangat lebat, azil offered untuk hantar en.eid ke opis pagi tu. iza, adik en.eid pun ada sekali. dia nak tumpang kereta sampai opis azil, dan naik lrt ke rumah kawan dia. dia planned nak balik kampung hari tu.

lepas dropped en.eid kat opis dia, azil tengok jam dah pukul 7:00 pagi. azil mesej melody.

"morning.. i'm going to be late. heavy rain & traffic."

dan azil drive la pergi ke opis lalu route yang biasa. tiba di lebuhraya hubungan timur-barat di kawasan seputeh, kereta-kereta menjadi sangat banyak dan trafik sangat-sangat la perlahan. biasa pun time tu memang trafik berat. kereta slow sampai la azil nak menyusur masuk ke lebuhraya persekutuan. tengah berkira-kira nak masuk lorong lebuhraya persekutuan, tiba-tiba

"bang!"
"chhrrpp.."

boleh berdecit pulak. azil tengok cermin sisi. kereta perodua kancil putih. azil pandu en.waja ke tepi jalan, dan berhenti. turun dari en.waja, azil ambik payung. kembangkan payung, azil berdiri mengadap kereta perodua kancil. perhatikan pemandu.

perempuan.
melayu.
cam budak je dari azil.

ok. tak perlu senjata apa-apa. hehehe.. in case, ok.. ;)

azil pergi ke belakang en.waja. cermin lampu belakang sebelah kanan pecah. bumper bawah kemek dan ada bahagian yang pecah. bahagian kereta tu, secara keseluruhan, kemek ke dalam di sebelah kanan. agak menyedihkan. =(

azil perhati ke dalam kereta kancil. pemandu kancil buat isyarat tangan meminta azil menunggu. dari tadi, dia masih di talian. entah siapa la yang dia called. muka agak cuak dan cemas. so, azil maintain cool je la. lalala..

azil tinjau kesan rosak kat kereta perodua kancil tu pulak. bonnet kemek dan terangkat, lampu depan sebelah kiri pecah, bumper bawah kemek. hrrmm.. azil buat calculation sendiri dalam kepala,

"aku punya, harus 7-800 jugak neh. budak tu pun harus 6-700. azab.."

azil called en.eid. bitahu azil eksiden.
azil called boss. bitahu azil eksiden, mungkin masuk lambat.
azil called abah, mummy. bitahu azil eksiden, tanya balai mana nak buat repot.

tak lama lepas azil called semua orang yang perlu, budak perempuan tu keluar kereta kancil. tak berpayung.

"kak, kita repot polis eik?"
"aa.. kasik akak nama dengan phone number."
"aa.. ok ok.. akak kasik orang number akak, orang miss called. nama orang sam."

maaf?? hrrmm.. dia terlupa kot.

azil tak tahu jalan ke balai polis. sam tunjukkan jalan dengan kancil dia. azil follow dari belakang.

mula-mula kami ke balai polis pantai. tapi polis kat situ bitahu tak boleh buat repot kemalangan kat situ. kena pergi ke balai polis jalan bandar.

iza turun kat balai polis pantai, dan terus ke rumah kawan dia naik teksi. azil terus ikut sam ke balai polis jalan bandar.

20 minit, kami tiba ke balai polis traffik jalan tun hs lee. mana jalan bandar nya? tukar nama kot.

azil buat repot. repot kat balai tu kena taip sendiri. dah ada template. follow je. lepas buat repot, kena pi jumpa pegawai lain pulak. kat situ pegawai tu akan interview kita pasal eksiden, dan catat pihak-pihak terlibat, serta melukis rajah kawasan kemalangan. setel situ, kena bawak en.waja pi ambik gambar pulak. sementara itu, en.eid bitahu kata akan datang ke balai. dia nak tengok dan nilai sendiri kerosakan en.waja.

azil tunggu en.eid kat kedai makan. order mi hailam dengan milo ais. serius enak! err.. sebab tengah hujan kot masa tu. dan azil belum breakfast lagi. tapi, tak dan 5 suap mi, en.eid called kata dia dah tunggu kat balai. azil mintak tuan punya kedai tolong tengokkan mi bandung dengan milo ais azil. azil pick-up en.eid, bawak dia jumpa sam, pi semula kedai makan sebab en.eid nak berbincang pasal kos repair en.waja, dan azil mendengar sambil makan.

"kalau bayar cash. tak boleh ke?"
"susah bang. saya nak kena cover kereta abang lagi, kereta saya, lepas tu saman kena 300. banyak tu bang."
(tu pasal lenkali jangan langgar keta orang..) azil cakap dalam hati.

tapi cam tak patut pulak rasa gitu. kot dia tengah terbersin ke masa bawak keta tadi, tengah ada habuk saje timing baik nak masuk dalam mata dia, kita mana tau kan..

"ok la.. insurans je la."
"ok ye bang.."

dah setel cakap-cakap few things lagi, sam pun mengundur diri. azil habiskan mi hailam. bersama en.eid, kitorang balik semula ke nilai. pi bengkel biasa.

"oo.. teruk jugak ni, bang. saya ingat nak kena ketuk-ketuk je. takpe-takpe, abang pergi bengkel kitowang lagi satu, abang cakap dengan wati. pasal insurans semua, dia akan terangkan kat abang."

jepp, pomen kitorang explained.

azil dengan en.eid pun pergi la ke bengkel lagi satu tu. dokumen-dokumen yang diperlukan, en.eid dah sediakan semua kecuali "keputusan kes". itu azil kena collect sendiri dekat balai polis trafik jalan tun hs lee tu. dan tak boleh pi collect buta-buta. ada yang kena sound kang. pi dulu isi borang untuk booking ambik "keputusan kes", lepas 2 minggu, called balai untuk tanya "keputusan kes" dah siap ke belum. kalau belum, arrange date baru dengan polis. kalau dah, baru boleh datang collect.

lepas setel hal en.waja, kitowang pun balik ke rumah. keluar semula naik 125z pi lunch. lapar balik la!

dah sudah makan, balik ke rumah, dan melepak-lepak la. dah 48 jam lepak kat umah.

arrgghh!

bosan..

cepat la en.waja pulih semula.

amiinn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bang!


Got hit this morning at federal highway. I escaped with no injuries, but not my waja. Sad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2nd.Cousin


kids with their 2nd cousin, aiman. aiman is en.eid's cousin's first born. he's cik.aira's age. this pic was taken yesterday when we visited cik ngoh, en.eid's aunt at chendering. B-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Gambang


Balik kampung!
Wo-oo-oo balik kampung!
Wo-oo-oo balik kampung!
Hati girang!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Otsukaresamadeshita!

finally.

it has come to an end.

though it's like "korekara" thing..

but to know that i'm going to fly home tomorrow, is the only thing i can think of now.

i'm going back. to the home, to the family.

these 14 days has been like hell.

never thought that i would hate coming to japan, for it is like what i've longed for..

still, a few good memories is to be remembered:

thank you to sugeno-san, ishijima-san, and umehara-san for treating lunch on the november 12th.

thank you to tani-san and takano-san for treating lunch on november 19th.

thank you to nakamura-san, nishimura-san and hamanaka-san for treating lunch, today.

thank you to all HQ's Local Billing Team for all the "tunjuk-ajar" while i was there.

thank you to my teammates (read: boss, melody, fahmi, khalil, diana and ken) for believing in me when i've lost all confidence.

=)

will be back in the office on tuesday.

.. and wednesday too..

but off to dungun on thursday for eidul-adha for 1 week..

yess..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keje.Aeroplane

"ibu pegi mana?"
"keje la.."
"ibu keje aeroplane ke?"
"ye la.. ibu keje aeroplane.."
"ibu balik lambat ke?"
"aa.. ibu balik lambat.."

senyap..

"helo?"
"kakak takmo cakap. merajuk.."

laa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selepas.10.Tahun

.. pitt berubah menjadik perempuan yang sangat cantik dan bergaya. =)

berjaya jumpa pitt. pergi ke shibuya. minum dan sembang-sembang kat cafe yang mengadap lautan manusia berjalan-jalan kat shibuya tuh. serius melaut, ok!


sembang macam-macam.. apdet cerita 10 tahun neh.. sedar tak sedar, dah kul 6 petang. time to go.


azil kena balik hotel, pitt nak pi celebrate a friend's birthday.


errmm.. ada insiden.. masa nak balik, azil sepatutnya kena ambik train dari shibuya sampai osaki, dan switch to rinkai line, naik sampai shinagawa seaside. punye la nak mengejar masa, azil bila sampai kat osaki, nampak tarin tengah tunggu, azil terus je naik. rupa-rupanya tuh bukan train rinkai line. shonan hape line ntah.. isskk.. turun kat next station, nishi ooi kot. pastu patah balik. bila turun kat osaki semula, ada train dah tunggu. confirmed rinkai line punya train, baru naik.


fuh fuh.. sibbaik tak menyesat jauh-jauh..


hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari.Kelima

akhirnya, jumaat pun tiba.

dah pukul 10:30 malam, tapi kerja tak siap lagi.

nak sambung, dah tak larat.

arrkkhh..

tedo je la.

esok la pulak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari.Keempat

tak sihat hari ni.

Sakit kepala dari malam semalam.

Balik awal dari biasa.

"Make sure you can finish your work."

Heh?

Zalimnya ayat..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Awal.Sikit

arineh boleh balik awal sket.

tapi kerja tak abih lagi.

kena sambung kat bilik.

isskk..

nak tengok SP neh..

grr..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari.Pertama

keluar jam 8 pagi.

pulang jam 9 malam.

letih.

sangat letih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Arrived.Safely

selamat tiba.

esok keje..

debar..

debar..

debar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Guess.


Where am i?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Free.Flow.Friday

heh, cam segmen petang jumaat kat Mix.fm. =)

azil agak rilek dari segi aktiviti harineh. DiaNa takde, so takde la nak terjah-terjah ke meja azil. nevertherless, dia bleh tinggalkan homework plak.

chiss..

ahad nih, azil out-station. 2 minggu. tinggal la en.eid, cik.aira, cik.aish. owh, kesian nye azil. sebab takleh sama-sama dengan diowang 2 minggu akan datang neh.

harap-harap semua yang dirancang selama 2 minggu itu, berjalan lancar.

amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Senget


Pokok-pokok kelapa di tepi rumah senget dihentam angin ribut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Alamanda.Putrajaya


Busy reading alamanda guide.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aish.Kena.Marah

baru sudah menyelesaikan "process map" untuk diana esok. dia nak azil practice untuk lukis process map, so dia "assign" azil lukis 2 process map untuk ujung minggu ni.

harap-harap dia berpuas hati la besok. azil buat betul-betul in rush. macam tak boleh nak pikir straight. :/

cik.aish baru tedo. azab betul nak melayan macik neh arinih. meragam saje. nak berdukung, berpeluk. nak kata demam, tak pulak.

dah la siang tadi, masa buat progressive test, cik.aish tengah tedo. sekali ada la hantu mana pi bawak moto bising-bising lalu depan umah, terkejut cik.aish, terussssss melalak histeria.!
adoilaa..
memang la berbakul-bakul jugak sumpah seranah azil sedekah ke hantu moto tadi..!

cik.aish nih senang terkejut. dia sensitif dengan segala bunyik-bunyik, nak-nak bunyik moto menderum la, kereta hon depan umah tuh la, hatta bunyik lori sampah tengah kaut sampah pun dia boleh meloncat terkejut tau. susah nak berenggang nanti kalau dia dah start menepek ke kita.

sudahnya, azil menyiapkan prog.test sambil memangku cik.aish, dan menggoyang-goyang kaki nak dodoikan dia semula. sangatlah ketara kegigihan ibu ini. huhuhu..

errmm.. malam ni, banyak kali cik.aish kena marah. manakan tidak, azil dah la ala-ala desperate tak cukup masa nak menyiapkan process map tuh. dia pulak boleh tak bagi kerjasama, sibuk nak berpangku, sambil menekan-nekan space bar tiap kali azil menaip..

hangin histeria azil dah naik pala la kan..
"aish! takmo laaa..!"
"ooii..!! babaapp kaangg.."
"hep! aa.. buat lagi! buat lagi!"
dan untuk semua di atas, aish cuma jawab,

"huk, huk.. uuuwwwwaaaaaaaa....!"

hiiyy.. itu je la dia reti tau..sangat manja dan mengada-ngada laa..

=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ars.



ini adalah komen page azil kat Nat's Blog. azil komen pasal andrei arshavin of arsenal, dan word verification dia is ARSERIZ.

sangat banyak ars-- kat situ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kakak.Takut.Mandi

azil tengah melepak-lepak kat hall umah sembang dengan en.eid. tiba-tiba cik.aira cakap,

"kakak takut mandi la.."

uiks? angin takde, ribut takde. apa kes?

"apa kak?"

"kakaaakk.. takuutt.. mandii.."

"nape?"

"nanti basah.."

hah?!

en.eid dah tergelak-gelak. azil gelak jugak.

entah apape je cik.aira neh.

kakak dry cleaning je la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gatal


Cik.Aish didapati menggaruk kaki yang digigit semut sampai luka. Alamak! Air liur pun melimpah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aira.Says.NO.To.Diapers

cik.aira telah mula berlatih meninggalkan lampin pakai buang. sepatutnya dah dilatih seawal tahun ini lagi, semasa usia injak 2 tahun, tapi baik azil mahupun en.eid, macam tak yakin je dengan cik.aira.

keadaan menjadi agak terdesak sekarang apabila, saiz lampin pakai buang cik.aira dah sampai tahap terakhir, XXL of mamypoko. brand lain takde XXL yang sebesar mamypoko.

red alert neh!

beberapa bulan dahulu, mak ada menegur,

"cucu aci, si kishen baya si aira dah tak pakai lampin dah."

hrrmm.. beberapa minggu mutakhir ini, cik.aira pun mulakanlah latihan. dilatih mak azil, tentunya. =)

"mamaa.. kakak 'ncing .." pandai beritahu! tapi bila dah basah "air hangat" lalu celah kaki.

aiyak!

tapi sejak hujung minggu baru ni, cik.aira dah pandai!

"ibuu!! kakak nak kencing! kakak nak kencing!" melompat-lampat panik!

azil pun ikut panik, lari mendukung jisim 15kg tu ke bilik air, cabut semua baju seluar, cik.aira cangkung dalam bilik air, dan sshhhhhh..

fuh, selamaaatt..!

dah basuh membasahkan separuh badan cik.aira, keringkan dengan tuala, pakai semula baju seluar, tanpa lampin pakai buang.

"kakak mandai kencing kan, ibu?"
"ha aahh.. pandaaaii sangat..!"

hip hip, hooray!

p/s: oh yea, kalau keluar berjalan-jalan, perlu ditampung lampin lagi. dibuatnya dalam kereta cik.aira nak terkencing, kan ke naya nak mencarik tempat tabur.. tedo malam pun still in need of diapers. sedang memikir untuk mencarik plastik alas semasa tidur. boleh dilatih tidur tanpa diapers jugak.

*mandai = pandai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Idle

sedang berehat-rehat..

di masa-masa mail banyak bertimbun, masih boleh berehat-rehat. sehingga waktu ini, sudah menjangkau 45 minit, azil idle dari kerja.

sangat tak produktif.

cik.chia sedang training task yang dia kena back-up esok sehingga jumaat ni. hrrmm.. terkejut jugak dia pi back-up task orang. task sendiri pun tengah short-handed neh. nak marah-marah, rasa tak patut la pulak kan. macam anti tolong-menolong lak azil neh.

takpe lah. asalkan mail semua boleh attend on time, azil tak banyak cerita..

=)

arinih ada kelas. bermalam-malam la azil balik. sibbaik iza ada, nak balik sekali. takde la memecut sorang-sorang malam kang. sabishii jek pecut keta sorang-sorang..

isskk.. dah sejam idle neh.. apasal tak info apape lagi pasal sistem. mail banyak weh!

dah aa..

nak tanya cik.chan pulak.. follow up skek..

"saya takde masa nak OT lama-lama.."

;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Semut


Terakam di atas tunggul pokok betik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Bagan.Lalang



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aish.Injured


Budak nakal memang gitu.. B-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Office.Matter

tengah stayback kat opis neh. kul 6 kang ada kelas.

letih jugak dok berjoget mail sejak minggu lepas. sekarang pi mana-mana kena standby ammeltz yoko-yoko. nanti senang-senang je teragak urat nak lenguh-lenguh, boleh palit terus! opismet azil kata macam macik-macik. muda-muda dah lenguh-lenguh badan. lepas tuh dia akan bukak ceramah "kepentingan berpantang selepas bersalin dan akibat-akibat melanggar pantang." tak pernah kawen tapi ngalahkan mak bidan kalau bercerabih.. =/

2 bulan nih agak kesunyian. kak.g dah off to maternity leave. to date, lum beranak lagi tapinya. lusa, 2 orang new member akan report duty. hrrmm.. sorang laki, sorang pompuan. yang laki tu, sempai kak.g. kak.g tuh sempai azil batch ke 10, sempai dia tuh batch ke 9. azil batch 16 dakke.. aiyo.! jauhnye beza.. kena panggil abang ke? arrkk! macam kuang hajo tak panggil nama je? hrrmm.. kat team azil, laki yang lagi tua dari azil cuma fahmy je. setakat tua setahun, azil panggil nama je. takde keje nak berabang-abang..

takpe la. tengok la lusa, budak-budak ni nak panggil apa.. =)

tadi boss offer untuk tak charge team azil. err.. team yang buat sama task dengan azil neh la. bukan team besar 20 orang neh.. sebab senior azil akan join project team. serba-salah nak accept tanggungjawab ni sebab azil dah bitau bos intention nak transfer task. tapi azil accept la jugak mengenangkan, belum ada opening yang sesuai untuk azil di bahagian-bahagian lain di samping memberi pendedahan untuk azil step up.

"sampai bila-bila ke nak jadik AE?"
"eh, tak.."
"haa.. tau pun.."

hrrmm.. ok je la kan.. kalau ada rezeki, bleh naik pangkat.. =D

tapi perut geli-geli dah nih.. role baru effective 1 oktober.

bila mengenangkan akan menggalas tanggungjawab dalam tugas yang azil sekarang pun rasa nak lari, memang sakit kepala ni.

mengharap yang baik-baik akan berpihak pada azil.

amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Alaa!

dah mula kerja semula selepas cuti raya yang tak berapa nak panjang..
sangat tidak menyeronokkan.
kebelakangan ini, keje nih rasa sangat menyusahkan.
banyak sangat salah silap yang tak sepatutnya berlaku.
mengalahkan first timer yang buat keje nih.
tak suka.. tak suka...

pagi nih masuk lagi dua kes salah handle.
isskk..ni, tanda-tanda azil kena cabut dari sini ke?
ke? ke?

tatau apa masalah sebenar azil, samada dengan keje atau dengan orang?
hrrmm..

malasnye laa nak job hunting time-time gini.
nak digagahkan hati ikhlas keje kat sini pun, cam seksa sangat rasanya..
adoilaa..

eh laa..
apa kes nak pikir job hunting pun..
nak taknak kena gak tunggu sampai end 2010.
takde makna la blah tetengah enroll cima neh..
rugi jek..

maksudnye..
kena keje lagi sini sampai 2010?!

alaaa..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Currently.Here


Pi ziarah daja di hari raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CBA04 - Passed!

fundamental of business economics.

alhamdulillah.

lulus.

paras-paras jek.

takpe.

janji lepas.

2 down, 3 more to go!

congratulations, azil.

keep up the spirit.

yeay!

(^O^)/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tatau

tatau nak tulih mende pun..

cima business economics punye paper, postponed lagi seminggu. isskk.. makin lama postpone, makin takde rasa nak study. arinih pun dok mengulang 2 helai textbook tuh. menjelang exam, besar kuman jugak ilmu yang ada nih kang.. tabley jadik!

baru lepas berbuka. makan roti telur sekeping. itupun boleh memenuhkan perut. cam jammed gille neh..!

tatau nak sahur pemende karang neh. suh iza masak ayam sweet sour, cam menarik. dia kata dia pernah masak, cam sedap jek. bagus, bagus..

cik.aish tedo. seharian bermain, tak tedo langsung. senja tadi battery weak, terus padam. dah sejam lebih tu, siap berdengkur.. hahaha..! bagus.. buleh mentelaah pelajaran dengan aman damai.

cik.aira telah dihantar ke umah mak. boboy dengan midah balik, so boleh sangat la melayan dia.

tv tengah on astro ria, jangan lupa lirik 2. aiyo, tak bestnye lelaki yang nyanyi lagu MUH, untukmu neh. hilang idea langsung azil nak tulih apa dalam nih.

isskk..

mandi la plak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aira.Ice.Cream.Time!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aish.Ice.Cream.Time!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sape.Gomok.Angkat.Tangan!

azil tengah main-main dengan budak-budak..

"sape sayang ibu, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish angkat tangan.
"kakak!" cik.aira pun ikut.

"sape sayang babah, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish julang 2 tangan.
"kakaaakk laaa..!" cik.aira menjerit.

"sape shanteq, angkat tangan!"

"teekk..!!" cik.aish mengaku.
"kakak shanteq!" cik.aira angkat tangan sebelah, sebelah lagi, turunkan tangan cik.aish.

"sape gomok, angkat tangan!!"

"mookkk..!" cik.aish dengan suka hatinya.
"kakak gomok!" cik.aira penuh rasa bangga.

"hah? gomok ke??" azil uji.

"haa.. kakak gomok, baby gomok, ibu gomok, babah gomok.."

aiseh, cis cis cis..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Watching.Tv



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kempen.Berjimat

25hb..

hari gaji. bulan ni, terpaksa shopping groceries sorang-sorang. shift kerja en.eid tak matching pulak dengan timing nak beli barang. balik kerja tadi, terus pergi ke Giant Nilai, beli keperluan rumah dan anak-anak. sekarang ni, Giant dok distribute "raya coupons savers!". berderet-deret la segala barang yang dijual dalam Giant tu, dijual less RM0.50 ~ RM2.00. azil memang dalam kempen berjimat-cermat sekarang nih. so, terasa pulak nak belek-belek buku kupon tuh, dan collect kupon barang-barang yang berkenaan dengan rumah azil. ada dalam 20 keping azil perlukan. kalau ikutkan 20 keping kupon, barang-barangnya semua ada kat Giant Nilai tu, harus jugak ada deduction dalam RM20.00. Wow!

bila tiba ke Giant tadi, ya ampun ramainya umat manusia bersesak-sesak kat dalam tu. semua orang pakat nak abihkan gaji kot. azil mulakan misi mencari barang-barang yang ada dalam kupon tu dulu. isskk.. ada separuh je dari yang azil mula-mula nak. ada yang barangnya memang takde, dan ada barang yang dioffer tu, tak menepati keperluan. contoh, dia sale kan febreeze 800ml, harga asal rm16.70, discount rm1.00, so jadik la rm15.70. tapi azil cuma perlukan febreeze 400ml, pada harga rm7.90. so, tak jadik la nak guna kupon tuh.

sudahnya, total bill azil yang berjumlah rm350.00, berjaya dikurangkan kepada rm340.00. penjimatan rm10.00! serius azil rasa besh. tak sia-sia la menonggeng-nonggeng menilik, memilih kupon malam semalam. berbaloi la jugak.

kalau kowang shopping kat Giant, dapatkan la buku kupon nih cepat. offer sampai 31 oktober 2009. oleh sebab azil spent lebih rm50.00 tadi, azil entitle untuk satu lagi buku kupon. yeay! bulan depan buleh guna lagi.

=)

oh, yea.. bila dah beli barang-barang tadi, baru azil perasan yang azil "terlebih" beli dynamo, downy, dan sabun dettol. mende-mende tuh dah ada stok kat umah, tapi lupa nak check sebelum pergi shopping tadi. kurang pandai planning lagi aa.. =/

takpe.. next month, try lagi!

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Fragile



Lyrics | Every Little Thing - Fragile lyrics

tak tahu kenapa.
teringat lagu ini.
tahun 2000.
shizuoka, japan.
ada yang terimbas kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Ramadhan.1430

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

IKHLAS,

CIK.AIRA & CIK.AISH

=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shaket.Bunt*t


Cik.aira has been struggling to uk-uk since yesterday but to no success. Today, the needs to uk-uk causes her crying in pain. Currently, at salak clinic seeking for cure.

"kakak kenapa?"
"shaket bunt*t.."

:'(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kok!


Cik.aish's version of saying "keropok". She's 1 year, 6 months, 17 days old, to date.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shenyam!


Cik.aira's version of saying "senyum". :-) she's 2 years, 7 months, 3 days old to date.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Air.Pashang.Mayam

..shuyut yima yima
nyonya bawon payee
shiyam unge toloo

pokok unge toloo
nanam pi owam
chitek toloo
chayam toloo lagii..

cik baba jatoo peyiitt
cik mimiyaa jeyiiitt
naik tapitapi shapai tupoo
ada ini chatek, dok dapooo..

korang buleh teka lagu apa kan?
ini lagu terbaru cik.aira.
perdengarkan sekali dua, dia dah boleh nyanyi, lanyakla lirik apape pun..

tapi, azil tak faham..

apasal dalam banyak-banyak bunga, bunga telur menjadi kegemaran cik.aira.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tak.Sempat

baru sudah selesaikan mail-mail untuk hari ini. agak gembira sebab berjaya selesai sebelum pukul 3 petang, sebab pukul 3 karang azil ada training. so, berusaha la supaya tak membebankan teammates yang tinggal. mulianya azil.. =D

menyedihkan betul bila anniversay semalam tak dapat disambut bersama sebab azil jumpa en.eid dalam 5 minit je masa nak pergi keje. semalam en.eid double shift. dah balik keje pagi, masuk keje malam. azil pulak, balik rumah lambat sebab lepas habis waktu pejabat, ke rumah mummy, pick up mak dengan cik.aira dan cik.aish. seharian diorang kat situ, sebab mak nak pergi tengok linda di hospital mata kebangsaan tun hussein onn.

mata linda kena jangkitan kuman serius yang mengakibatkan matanya bengkak, kemerahan dan berair. dia admitted dari hari rabu lagi. doktor mengagak, mungkin berpunca dari pemakaian contact lense. semalam pagi, azil kena hantar contact lense, bekas dia dengan solution ke hospital. doktor nak run lab test untuk sahkan andaian dia.

masa balik, jalan dari federal highway, seputeh, seremban-kl highway sangat packed dengan kenderaan! memang mencarik kesabaran nak pandu kereta dengan kelajuan terhegeh-hegeh. cuba nak memecut di plus highway, tapi tak ke mana. kereta banyak tahap tak boleh nak pergi 100km/h pun. 90 je la sudahnya. makanya, tak sempat la nak menyampai ke rumah by maghrib.

singgah rnr nilai, berbuka puasa dulu. lepas tu baru sambung perjalanan balik rumah yang 5 minit je lagi.

sampai rumah, motor en.eid tak ada.

dah pergi kerja.

tak sempat..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keempat

arigatou...

... kerana sudi bersama, dan bertahan hingga injak tahun keempat.

omedetou...
... kerana masih gagah menangani perangai tidak-tidak saya.

isshouni ganbarou...
... untuk tahun-tahun mendatang.

mwah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS