Blisters dalam mulut saya semakin menjadi-jadi. Paling banyak saya kena dalam satu-satu masa, biasanya dua.
Ini paling kurang ada lima!
Cakap terkumam-kumam. Saya sendiri sakit hati dengar apa yang saya cuba cakap. :(
Cik.airis demam. Saya terdetik juga yang dia mungkin demam akibat cuaca terlampau panas sekarang ini.
Pagi nanti, kami berdua mahu ke klinik.
Saya tidak ke pejabat hari ini. Esok pula memang hari cuti saya. Wah! Minggu ini hari Rabu baru masuk pejabat!
Sekarang, mahu buka mulut pun payah.
Azab juga penyakit ini.
:(
'Ibu, kenapa ibu tak pandai cakap elok-elok?'
'Ibu sakit mulut.'
'Oh. Itulah pasal! Selalu sangat marah kami. Kan kakak dah cakap, ibubapa yang baik tak memarahi anak-anak dia. Kalau marah-marah jugak, nanti sakit mulut macam ibu ni lah.'
Bersungguh dia 'ceramah' kan saya. Nasib baik saya sakit mulut. Tidak kuasa mahu melayan debatnya.
Berfikir juga, benarkah ibubapa yang baik memang tidak marahkan anak?
Di simpang berlampu isyarat, di salah satu jalan utama masuk ke kawasan taman perumahan saya, ada satu kemalangan berlaku. (banyak pula kemalangan di kejiranan saya akhir-akhir ini).
Kali ini, ada ambulans juga!
Serpihan-serpihan dari bahagian motosikal bertaburan atas jalan. Tapi saya tidak nampak kesan tompok darah. Harapnya mangsa kemalangan baik-baik sahaja.
Sampai di rumah, cik.aira terus mencapai papan putih dan pen marker jingga.
Selesai melukis,
"Okay, semua dah selamat. Orang sakit tu kakak dah masukkan dalam hospital ni!"
Amboi!
Kalaulah semua perkara semudah itu.
-_-!
Bapanya bekerja syif petang di kilang sekitar sini.
Ibunya berada di kampung, dalam pantang selepas melahirkan.
Dia mengambil kunci kereta yang ditinggal bapa di rumah, dan mula memandu keluar.
Nasibnya kurang baik.
Di salah satu simpang kawasan perumahan kami, dia melanggar sebuah motosikal sehingga jatuh penunggangnya. Mujur tidak digilis kenderaan lain.
Panik mungkin, dia mengundur laju keretanya tanpa mengambil kira kemungkinan ada kenderaan di belakang.
Pada masa itulah kereta kami dilanggar bahagian belakang keretanya.
Panik berganda!
Dia memecut laju kereta meninggalkan kawasan kemalangan.
Beberapa orang penunggang motor mula mengejar. Saya tidak tahu bagaimana, tapi mereka berjaya membawanya kembali ke kawasan kemalangan.
En.Eid sudah sangat marah. Untuk melanggar kereta kami, mungkin ada ampun lagi. Tapi, untuk lari dari tempat kejadian?! Itu mengguris sabar. Dan untuk tahu kemudiannya yang pelaku merupakan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun?! Oh, naik angin!!
Di bahagian yang dilanggarnya itu, adalah tempat biasa cik.aira duduk. Mujur tadi dia duduk di bahagian tengah. Itupun, bila saya berhentikan kereta di tepi jalan, dia berkata,
"Ibu, kakak takutlah. Rasa macam nak menangis sikit."
Kasihan saya mendengar. Pada masa itu, seluruh tubuh saya menggigil terkejut dan menahan marah.
Mujur tidak lama dia begitu. Saya tunjukkan budak yang melanggar kereta kami, pada masa itu dikerumuni orang ramai.
"Oh, kalau budak tu, takpelah. Janganlah marah dia lagi. Dia kan budak kecik. Kesian kakak tengok dia. Biar je la dia ye?"
Mudah sungguh anak saya memaafkan. Tapi saya masih berkeras hati. Walau ada raut serik di mukanya, hati saya belum sejuk lagi.
Hati mencari untuk menyalahkan orang lain sahaja.
Oh, dia cuma 13 tahun.
Maaf yang sebaik-baiknya?
My Manager is away until next week's Monday.
It was a "Yeay! Yeay! Yeay!" at first but not anymore when she started delegating her to-do list while she is not around.
Among all, are the monthly service review sessions!
Not good. Not good.
We have BPs who are quite mean who will use the session to shoot you on ALL issues, as if you can die ten times, they'll shoot to kill you as many.
No more "Yeay!"
(>_<)
Menambah umur hari ini.
Semoga tidak leka dengan nikmat.
Semoga tidak kalah dengan ujian.
Amin.
Minggu pertama sunyi.
3 orang rakan 'supervisor' dan 'team leader' berkampung di Cyberjaya bermula hari ini selama 2 minggu.
Seorang lagi bercuti selama seminggu.
Tinggal Bos dan saya.
Sunyi.
Ada ujian di penghujung sesi hari ini.
Ujian wajib lulus demi sekeping sijil.
Sijil pula bakal ditanda tangani oleh 'big shots' syarikat yang beribu pejabat di German sana.
Saya tidak tahu apa gunanya untuk saya sekarang.
Entah kenapa saya rasa kurang yakin semula dengan perjalanan karier saya di sini.
Tapi, saya juga kurang pandai menilai kualiti diri untuk 'dijual' di pasaran luar.
Hrm..
Tidur sebentar di dalam kereta di padang parkir berbayar di hadapan bangunan pejabat.
Terlalu mengantuk.
Walaupun training di PJ Hilton akan bermula jam 10, sengaja saya tiba awal.
Boleh masuk pejabat dahulu, dan selesaikan mana-mana kerja tertunggak.
Oh, sambung tidur 'sepam' lagi.
Terlalu mengantuk.
Hari ini jadual kerja saya penuh.
Walau serapi mana perancangan saya di awal hari, mesti lari bilamana pengurus bahagian suka bagi kerja-kerja ASAP. Kadang-kadang, disuruhnya saya follow-up escalations dari luar. Ada pula masa menggantikan dirinya dalam mesyuarat-mesyuarat yang dia kira cukup jika sekadar menghantar penyelia sahaja. Ada juga masa, dia skype saya, "Leng Loi. Can you mari sini sekejap?", sekadar untuk bertanya, "Daily Productivity Report has been done aa??". Macamlah soalan itu tidak boleh di skype sekali tadi. Menangani perangainya yang satu ini, memang saya perlu tanam sabar dalam-dalam.
Hari ini, pagi-pagi lagi diberinya kerja ASAP meminta saya menyediakan phone mapping dan seating arrangement untuk bahagian kami yang akan berpindah tingkat minggu hadapan. Jam sudah pukul 10. Dia mahukan sebelum rehat tengahari. Saya yakin masih boleh mencelah waktu.
Setengah jam kemudian, ditariknya tangan saya bangkit dari tempat duduk.
"Ke mana?"
"Interview. You free or not? Nevermind. A while only."
Saya diam menurut. Tidak sempat pun jawab apa-apa.
Sesi seramai 6 orang, selesai dalam masa 2 jam. "A while" sungguh!
Entah kenapa, 2 daripada calon yang hadir, ada kisah yang hampir serupa. Kedua-duanya immediate availability. Masing-masing berhenti kerja di syarikat sebelum ini kerana seorang mahu menumpukan perhatian untuk menjaga ibu yang sakit dan lagi seorang, menjaga bapa yang sakit. Kesudahannya, kedua ibu dan bapa mereka ini meninggal dunia. Hanya setelah meninggal dunia, baru mereka kembali mencari kerja yang baru.
Kedua-dua ini betul-betul membuat saya berfikir.Tiba-tiba saya rasa malu dengan diri saya sendiri. Saya tahu yang saya akan berkira-kira mahu berhenti kerja andai kata kadar kesihatan mak merudum sehingga perlu saya untuk menjaga hal ehwal segala. Sungguh rasa kecut hati bila memikirkan, bagaimana mahu melunaskan komitmen-komitmen bulanan saya yang meluakkan lebih separuh gaji bulanan saya.
Saya sangat kagum dengan kedua mereka. Memberi tamparan dan pengajaran untuk saya di Sayyibul Ayyam ini.
Untuk sekali ini, saya bersyukur Tuhan gerakkan hati pengurus saya untuk menarik tangan saya bagi menyertainya dalam sesi temuduga kali ini.
Kedua mereka tadi telah disenarai pendek. InsyaAllah, salah seorang darinya akan ditawarkan untuk bertugas di bahagian saya minggu hadapan. Lagi seorang, kami letak status Highly Recommended agar kekosongan yang ada di mana-mana bahagian lain akan membuka rezeki untuknya.
Terima Kasih!
(dari kiri)
"Ini Aish, ini Kakak, ini Ibu, ini Airis, dan ini Babah. Ini pula rumah kita." kata cik.aira bagi penjelasan pada hasil lukisannya.
"Ini awan apa dekat sangat dengan rumah?" saya menduga.
"Ini asaplah!"
"Eh! Rumah kita terbakar?! Bahaya ni!!"
"Ibu ni! Kakak konon-konon je lah nak ada rumah ada keluar asap macam dalam tv tu."
"Owh, ingatkan terbakar tadi."
Tarik muka merajuk.
Hahaha!
Baru perasan.
Game terakhir EPL akan berlangsung serentak pada 13 Mei, jam 10 malam.
Jahanam juga remote control sebab nak alih-alih siaran nanti.
-_-!






