raya pertama di nilai saja.
Finally..
Last working day sebelum raya.
Pegi balik keje dalam keadaan trafik yang aman, sangat membahagiakan.
Workload yang tak berapa membebankan pun, membahagiakan.
Yang paling bahagia, untuk tau akan kembali ke pejabat pada isnin depan.
Yeay!
sejak awal minggu, mata kiri sakit.
untuk en.eid.
Sekarang ada kat parking alamanda, putrajaya. Tengah tunggu linda pi buat reservation untuk berbuka puasa kat jm bariani next week.
Tadi masa tengah load barang dan cik.airis dalam keta, ada beberapa driver yang samada memperlahan kereta atau hon chumel-chumel untuk tanya kalau azil nak keluar.
Geleng kepala.
Dan diorang macam paham sebab diorang blah tanpa banyak cerita.
Sekali ada satu driver, terus berhentikan kereta kat depan kereta sebelah. Kasik signal kiri. Dan driver lintangkan tangan kiri ke belakang seat sebelah dia macam nak buat reverse parking dah ni. Azil buat tatau je.
Dah sudah load barang dalam keta, azil masuk kereta main henset. Sekali kereta tu mengundur ke depan kereta azil sampai sisi driver tu setentang dengan azil.
Azil pandang. Dia buat isyarat tangan keluar. Azil geleng, dia buat muka tak puas hati, angkat tangan yang azil terjemahkan sendiri sebagai, "apa aa penat orang tunggu lama tapi tak kuaaarr..", pastu dia blah laju-laju.
Hek eleeehh.. Sape kata azil nak kuar entah.
Blah la weih!
:-P
Posted via Blogaway
Pi keje pagi ni, sengaja kuar lambat sebab bajet jalan clear sebab nuzul al-quran. Tapi tak jugak. Jammed cam biasa kat lebuhraya kl-seremban tu. Baru teringat.
"kl tak cutiii.."
Sibbaik situ je jammed. Masuk seputeh, jalan clear. Masuk fed hiway, jammed sekejap sebab banyak kereta nak masuk bangsar, pastu sangat-sangat clear tahap nak lalu lintang-pukang dalam 2 lane pun takde hal.
Hrrmm.. Nape ntah nak bawak keta cam orang mabuk minum todi tuh..
-_-;
Posted via Blogaway
Marked!
Kalau boleh disimbolkan dengan sebatang pokok, azil akan toreh kat batang pokok:
"azil n en.eid wuz ere"
Hahaha!
Ala-ala zaman high school.
=P
P/s: eh, tolong jangan toreh batang pokok ye. Tak baik.
Lepak kat umah. On medical leave. Perut mulas-mulas cam nak uk-uk tapi bila lari pi toilet, takde hasil.
Mengecewakan.
Jumpa doktor.
"taknah lak saya puasa jadik camni."
"laa.. Umur meningkat, perut pun bukan selamanya sihat."
Duh!
Nak kata azil dah tua??
=/
cik.aira: ibu, kakak nak rabbit la.
kisahnya..
Tolonglah percaya. Yang cenonet tetengah gambar neh..
Its him.
For real.
Location : Kuala Lumpur - Putrajaya Hwy, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway
This is what i'm here for.
Location : Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway
First time masuk, terus berjaya pijak padang!
Hensem sungguh jiwa ini.
=)
Location : Jalan Merah Cagar, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway
Tak pernah tau cik.aira dah buleh melukis. Baru je tau dari mak cik.aira dah mula mengaji "Alif di atas aa.. Alif di bawah ii.. Alif di depan uu.. Aa.. Ii.. Uu.."
Balik keje malam ni, en.eid cakap, "kakak dah pandai lukis bunga."
Uiks?!
Last hasil lukisan dia, muka orang yang matanya atas dan bawah, hidung dan mulut di sisi. To know short after, dia tengah lukis orang yang tengah baring. =p
So, bila dia buleh mekukis camni, terasa sangatlah bangganya..!!
Cam nak jerit,
"Biar benar anak aku dah pandai lukis bunga setaman walaupun ada bunga yang takde kelopak langsung!"
Tapi, dia selalu je ada alasan atas semua tindakan. Untuk malam ini, azil takmo bertanya lanjut. Next time, maybe.
=)
Posted via Blogaway
5:15pm kuar dari opis.
Pukul 6 pagi hari rabu dah start road block?!
Dah start "cleaning session" ke?
=p
Posted via Blogaway
Emergency leave arineh. Mak demam, bersaing dengan cik.airis. Mak demam sebab makan durian ke agaknya? Lately memang dia banyak makan durian. Cik.airis pulak demam susulan kena injek semalam kot.
Esok ada con-call dengan jp.
Esok ada orang baru onboard.
Esok akan pergi keje dengan harapan semua akan kembali pulih.
Amin.
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway






