Saya.Memang.Tak.Boleh.Pergi..


.. dengan orang yang suka merampus!

err.. merampus tu macam mana?

erm.. macam kalau orang tu tengah marah, dia lepaskan kemarahan dia dengan perbuatan yang agak melampau.

contoh perbuatan :

. hentak-hentak keyboard pc.
. hempas pintu
. campak kertas yang tengah bersepah atas meja.

ok, kalau kat rumah buat perangai merampus, itu saya kira sebagai "your own domestic issue". tapi saya sangat tak gemar kalau kat pejabat nak buat / bawa perangai merampus ni.

serius, saya benci!

bukan tak boleh marah. tapi perlulah ada kawalan diri sendiri. ini macam "perempuan gila tengah histeria" buat kerja menghentak-hentak sambil mulut nak memaki-hamun, apa hal?

dalam hal kerja, nak-nak dalam menangani perubahan ni, memang banyak ketidakpuasan hati. tapi tolonglah ada pemikiran, "if i cannot go against it, i go with it." sebab syarikat tu dibina bukan atas titik peluh awak seorang. tak payahlah beria-ia nak mengamuk macamlah saham syarikat akan jatuh menjunam andai kata awak melepaskan jawatan.

tak, ok!

isskk..

menulis dengan harapan nak melepaskan rasa. tapi sendiri pulak rasa nak merampus.

"ter"tekan kibod kuat-kuat sampai cik.aish tegur,

"ibu kenapa internet kuat-kuat?"

hihihi..

stop! stop!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TGI.Friday's



Naahh..

Belom friday lagi.

Saje nak spend wednesday like its friday.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nak.Masuk.Sekolah


Perlukan motivasi untuk terus bekerja.

Takde masalah pun. Tapi hari-hari takde semangat nak pi opis. Bila punch card masuk opis, menggelupur rasa nak punch card balik.

Cerita lain.

Dah hujung bulan 10. Lagi 2 bulan, bakal menghantar cik.aira ke sekolah tadika. Oleh sebab pilihan yang sangat terhad, mungkin cik.aira akan ke KEMAS sahaja. Berfikir juga untuk ke tadika lain, tapi lokasi sering menjadi isu yang membantutlan hasrat. Dan kami ibu babah cik.aira tak cukup berani nak lepaskan dia naik van / bas sekolah. 

Ah, rasa baru sahaja beranakkan dia. Dah nak masuk sekolah dah.

...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Boom.Boom.Cak!



Bangun dari tidur petang.

Bergolek-golek main boom.boom.cak!

Ini budak sangat suka dengan kamera.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bukit.Beruntung



Menghadiri majlis kahwin kawan En.eid.

Lauk daging sedap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menanti.



Hujan malam.

Mencurah sudah sejam.

Langit kadang terang.

Ada kilat melintang.

Lihat hujan.

Lihat langit.

Duduk di sini.

Tunggu encik suami.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Balik.Kampung




Unplanned weekend trip.

Ada keperluan mendesak kena balik dungun.

Petang semalam, bawak budak-budak main kat pantai sura hujung.

=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Serabut.


Kepala sakit.

Rasa serabut.

Isk.. Sepatutnya kena pi check mata.

Tapi tak terbuat lagi.

Aa..

Kepala sakit.

..

..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Arineh.Cuti

menulis dari tan chong service center kat seremban.

arinih cuti lagi. minggu nih ada 2.5 hari je keje. syok sungguh perasaan. punye la pemalas.

hahahaha!!

secara tak langsung, sedang melatih budak-budak kat opis tu untuk survive tanpa azil jugak. mana tau kalau ada rezeki kat tempat lain, takde la teruk sangat team nak survive tanpa azil.

sekarang dah buleh declare masa-masa getir kat team baru nih dah berlalu. cuma tinggal nak mengadap isu-isu kecuaian je. so, lepas nih kalau ada isu, boleh start marah budak-budak neh. sebelum nih berkira-kira jugak. sebab diowang baru lagi. jenih buat keje for the sake of completing it. bukan paham sangat pun.

ada sorang budak semalam dah buat azil hangin. bila LEAN TEAM nak interbiu dia pasal task dia buat, dia bleh jawab,

"i'm still new! i don't know anythinng!!"

aih, dah 3 kali dapat gaji nak claim new lagi ke?? serius rasa nak hold confirmation dia. supaya dia sentiasa rasa "new". =P

budak ni susah nak tune skek sebab dah kena "racun" dengan orang lama. orang lama yang sebelum berhenti, jenih suka nak cucuk,

"keje kat sini susah."
"the management is so teruk now."
"this task is difficult, you won't able to understand."
"this JP counterpart aa, so jahat one! always want to bully you one.."
...

owh, tak sanggup nak list down semua. orang lama tu baik dengan azil, tapi itu je satu sikap yang azil tak boleh nak pergi dengan dia. pessimist, dan dia pengaruh orang lain to accept kata-kata dia.

so, since dia blah, memang azil ada sedikit masalah handling budak baru yang sorang neh. bila buat error, merengek-rengek suruh azil jawab ke JP sedangkan JP would always prefer PIC untuk terangkan sendiri. bila azil suruh jawab sendiri, mula la merengek,

"i don't know how to reply.." dengan muncung-muncung mulut, bajet manja la tuh. =P

hiiyy..

eh, melarat-larat lak mengumpat.

keh keh keh..

kena stop! kena stop!

nak sambung baca buku.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

"Ibu, Balik!"

"mak sakit. dia muntah-muntah. busuk!"

itu dialog cik.aira pagi tadi. gesaan suruh pulang segera sebab mak sakit.

mak tengah tergolek sekarang ni. demam, cirit-birit, muntah-muntah.

tetiba je kena keracunan. sorang dia pulak tu. sedangkan semalam sampai hari ini, apa sahaja yang dia makan, dimakan sama oleh cik.aira atau cik.aish. tapi mak sorang yang keracunan.

hrrmm..

so, arinih azil kena emergency leave half day.
ada closing pulak tuh.
harap-harap semua ok.

oh yea. tadi diperkenalkan dengan budak baru yang akan handle JP.
isk.. 1st impression, sangat tak meyakinkan!
tapi 1st impression azil memang semedang takleh nak diharap. f(^-^;
so, semoga semuanya baik-baik saja.

amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ampun.Tuanku!


dan pada satu hari, azil ada terdengar seorang pakar motivasi beritahu untuk beri galakan dari kecil atas apa yang dia suka.

kalau anak nak jadi cikgu, panggil dia "cikgu!".
kalau dia nak jadi doktor, panggil dia "doktor".

so, azil pun nak la jugak bagi galakan ke budak-budak nih.
cuba la tanya ke cik.aira.

"kakak dah besar esok nak jadik apa?"
"errmm.. permaisuri." sambil membetul-betul cekak rambut berbunga besar atas kepala.

ah, sudah!
bihtu nak panggil apa??

"ampun tuanku!"

=O

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lunch.



Kat kfc, reatoran jejantas sg. buloh. On the way balik ke nilai selepas ziarah nenek kt hospital sg. buloh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Demam.



cik.aira dah seminggu batuk-batuk. Kadang-kadang demam bila tedo malam ke pagi.

Hari ni, cik.airis mula panas badan. Kadang-kadang dia batuk berselang batuk cik.aira. Kesian budak kecik nih.

cik.aish??

"aish ok je. " kata dia.


=P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lepak.



Tengah melepak dalam keta dengan full blast ekon. La neh ada kat wedding kazen en.eid kat paka. Sangat panas, so cik.airis jadik kurang selesa. Tuh bawak lari masuk keta. Skang dok layan dia main-main wet tissue pulak. =)

Esok balik nilai. Camne la trafik esok nih, agaknya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Aidilfitri

raya pertama di nilai saja.


esok baru balik ke kampung mak di temoh, perak.

lusa pulak ke dungun, terengganu kampung en.eid.

ahad baru balik semula ke nilai.

jauh perjalanan raya kali ini.

semoga dipermudahkan.

amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bahagia.


Finally..

Last working day sebelum raya.

Pegi balik keje dalam keadaan trafik yang aman, sangat membahagiakan.

Workload yang tak berapa membebankan pun, membahagiakan.

Yang paling bahagia, untuk tau akan kembali ke pejabat pada isnin depan.

Yeay!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gatal.Mata

sejak awal minggu, mata kiri sakit.


bermula dengan rasa tak selesa dalam mata. macam ada pasir. bila makin pedih, azil balik awal petang tuh dari opis.

pegi klenet, doc cakap ada infection. mungkin masuk habuk atau azil genyeh kuat sangat. part genyeh tuh memang ada lojik. sebab mata selalu gatal-gatal, so memang selalu genyeh.

doc kasik mc until selasa.

so, selasa cuti.

rabu, keadaan tak semakin baik pun. malahan, mata kiri tuh bengkak pulak! kat sebelah kelopak mata. pi jumpa doc lagi. kali nih ada tambahan ubat. ubat "surut bengkak" kata doc.

rabu mc lagi!

khamis bangun pagi, bengkak tak surut pun?

tapi takmo pi doc dulu. makan je ubat surut bengkak dan pegi pejabat macam biasa. tapi tak tahan lama. setengah hari. dah cabut balik. gatal-gatal, sakit bila gerakkan bola mata.

klenet lagi.

"makin teruk ye. start makan antibiotik lah. mc sampai esok."

so, khamis mc.

jumaat pun mc.

duduklah di rumah. kena banyakkan pejam mata. dan kurangkan menggenyeh.

tapi isskk..

serius tak tahan.

gataall..

p(>o<)q

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Happy.31st

untuk en.eid.


semoga apa yang datang dalam hidup ini akan sentiasa dipandang dari indahnya.

=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tolong.Blah


Sekarang ada kat parking alamanda, putrajaya. Tengah tunggu linda pi buat reservation untuk berbuka puasa kat jm bariani next week.

Tadi masa tengah load barang dan cik.airis dalam keta, ada beberapa driver yang samada memperlahan kereta atau hon chumel-chumel untuk tanya kalau azil nak keluar.

Geleng kepala.

Dan diorang macam paham sebab diorang blah tanpa banyak cerita.

Sekali ada satu driver, terus berhentikan kereta kat depan kereta sebelah. Kasik signal kiri. Dan driver lintangkan tangan kiri ke belakang seat sebelah dia macam nak buat reverse parking dah ni. Azil buat tatau je.

Dah sudah load barang dalam keta, azil masuk kereta main henset. Sekali kereta tu mengundur ke depan kereta azil sampai sisi driver tu setentang dengan azil.

Azil pandang. Dia buat isyarat tangan keluar. Azil geleng, dia buat muka tak puas hati, angkat tangan yang azil terjemahkan sendiri sebagai, "apa aa penat orang tunggu lama tapi tak kuaaarr..", pastu dia blah laju-laju.

Hek eleeehh.. Sape kata azil nak kuar entah.

Blah la weih!

:-P

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jammed.Jugak!


Pi keje pagi ni, sengaja kuar lambat sebab bajet jalan clear sebab nuzul al-quran. Tapi tak jugak. Jammed cam biasa kat lebuhraya kl-seremban tu. Baru teringat.

"kl tak cutiii.."

Sibbaik situ je jammed. Masuk seputeh, jalan clear. Masuk fed hiway, jammed sekejap sebab banyak kereta nak masuk bangsar, pastu sangat-sangat clear tahap nak lalu lintang-pukang dalam 2 lane pun takde hal.

Hrrmm.. Nape ntah nak bawak keta cam orang mabuk minum todi tuh..

-_-;

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS