sejak 2, 3 minggu kebelakangan ini, cik.aira selalu sebut "laamm.. laamm.." dan jari tunjuk ke jalan. mula-mula, kitorang (azil & en.eid) sangatlah tak perasan apa yang dia nak / maksudkan.
pernah jugak sekali masa dalam kerata, dia sebut, "buu.. laamm-laamm bu! lam-lam!", jarik dok point ke jalan raya kat kenderaan yang lalu-lalang.
another time, dia point to tanker minyak tuh dan jerit "lam-lam! lam-lam!" sekuat hati masa azil tengah drive. terkejut sungguh azil!
dan pada suatu hari, mak telefon azil masa azil kat ofis.
"long, ko penah dengar si aira sebut lam-lam tuh?"
"haa.. ada.. nape? dah tau mende apa..?
"udaahh.."
dan mak gelak besar.. belum cerita dah gelak. sangat tak patut.
"isshh.. pemendenye..?"
"ko tau lori yang selalu datang jual tilam..?"
"taauu.."
"itula si aira tuh ngikuutt.. kan apek tuh dok jerit, "tilaaamm! tilaaamm!""
"hek..? bih tu, lam-lam sekarang nih apa?"
"lori laaaaa..!!! hahahahahahahahahaha!!"
ambuih, abih hati gelak orang tua neh.
"laaa...! lori ke lam-lam nye.. ye tak ye jugak.. lori yang dia tengok, lori tilam yang lalu depan umah tuh je la yea.."
"itula pasaaaalll... skang neh mak dah suruh sebut lori."
"pandai ke?"
"sasul jugak.. tapi reti nak betulkan sendiri."
kisahnya..
semalam, dalam keta..
"bu, lam-lam bu! eh, loliiii.."
muahahahahahahaha..!
sangat chumel la ini budak..
to cik.aira : tolong jangan jadi lebih chumel daripada ini. nanti ibu tak dapat menahan perasaan dari menggomol kakak. ia boleh mengundang bahaya.
lastly.. hey, i passed my cima cba02, financial accounting this morning.
congrats me, people!
sangat tak ada keyakinan.
apa sebab?
soalan-soalan yang UTAR dengan CIMA prepare cam lari la dia punye style. nih yang rasa sangat nak menangis nih.
skarang still struggle buat soalan-soalan set dari CIMA. pejam mata je nak review set yang UTAR prepared. afterall, azil akan guna set CIMA pun untuk exam sabtu nih.
tadi a-tai called. bitau yang dia akan tolong azil untuk dapatkan token yang membolehkan azil ambik exam. dia pesan jugak, masa dah diubah ke pukul 9AM. sila datang opis lebih awal. ada briefing kot.
ok la..
baik sungguh hati dan budi a-tai.
kadang-kadang sangat kesian tengok dia struggle nak melayan CIMA nih. sebab, selain academic background (a-tai graduate information science), a-tai kena struggle lebih sebab nak mantapkan english. dia skang dah tahap hapal kamus bahasa CIMA dah.
hahaha..!
gigih! sangat kagum dengan a-tai.
azil on mc ni. 2 hari. ada kesakitan di bawah hidung dan bibir atas. jumpa dokter hari selasa petang lepas balik keje, dokter kata,
"azilah, awak rehat la 2 hari."
yang membawa kepada pemahaman azil, cuti hari rabu dan khamis. tadi, en.eid called suruh confirm tarikh mc. rupa-rupanya tarikh dia 21 - 22, maksudnya selasa - rabu. ari nih kames! azil takpi keje!
errmm.. tapi jangan panik. azil akan pi klinik nih. nak confirm ke dokter, masa bila yang dia maksudkan 2 hari mc tu. azil dah datang selasa petang balik keje, APA PIKIRAN dia nak isu mc masa ari selasa jugak kan? kan? kan?
takkan mc tu, kena kasik majikan azil kat umah a.k.a en.eid?? perlukah??
ok, nak kena mandi..
nak pi klinik.
balik klinik, nak sambung study.
dah buat dalam 3 round test, makin familiar dengan set soalan.
alhamdulillaaahhh..
semoga azil lulus dengan cemerlang!
sila doakan.
tidaklah begitu terkejut dengan kekalahan malam tadi. tengok arsenal main pun, azil dah separuh hati tak yakin boleh menang. arsenal tak turunkan first eleven, kebanyakannya atas sebab-sebab fitness dan kesihatan.
chelsea sangatlah all out! full strength malam tadi. pada azil, diorang memang layak menang.
next time, gunners..
next time..
azil rasa perlu untuk melakukan survey ke atas tadika-tadika yang ada di malaysia ini. januari tahun depan, cik.aira bakal melangkah ke umur 3 tahun. oleh sebab dia pernah menghalau ibu.babah masa umur 2 tahun, azil berkira-kira nak menghantar di ke sekolah yang ada ajar topik "lawan mak bapak, confirm neraka!".
owh, ke terlalu berat topik tuh untuk cik.aira nanti..? trauma pulak dia.
scrolled untuk smart reader dan tadika krista. kedua-dua pra-sekolah ini ada di nilai. tapi, azil tak berjaya jumpa apa silibus yang dia ajar. kalau ambik tajuk nama sekolah, azil buleh expect yang dia akan ajar cik.aira supaya "bijak membaca". azil takut oleh sebab bijak membaca nanti, banyak lagi ayat-ayat derhaka yang cik.aira belajar. alangkah paranoid nya statement ini.
orang (of course la azil tak kenal siapa) ada berkata, "anak-anak adalah cermin ibu bapa."
hrrmm..
serius azil tak ingat masa bila azil pernah halau mak atau arwah ayah keluar dari rumah.
kata kak g, ini umur kanak-kanak yang minta dirinya diiktiraf kehendaknya.
mungkin.
cik.aira hanya akan mengeluarkan statement derhaka bila kehendak tidak dipatuhi. selain dari itu, dia sebenarnya seorang yang sangat manja, pandai mengambil hati, suka berkawan, gedik, penyayang, dan mengada-ngada.
oleh sebab dia baru berumur 2 tahun 3 bulan, sifat-sifat di atas masih chumel di mata ibu babah. melonjak umur 10 tahun dan masih membawa perangai gedik dan mengada-ngada, pasti ibu babah akan bertindak!
berbalik pada soal tadika..
azil scrolled ke pusat asuhan tunas islam (pasti).. hrrmm.. ikutkan hati, rasa nak daftarkan cik.aira kat situ (yuran pun tidaklah setinggi kalau dibandingkan yuran smart reader atau tadika krista). malangnya, tiada tadika pasti di nilai.
mak pernah suruh azil ajar aira sendiri dekat rumah..
oh, tidaakk..
pengalaman bermain flash-card, membuatkan azil serik sedikit nak mengajar dia.
kes 1:
"kakak, ini apa?" (ibu tunjuk gambar jet)
"peyn."
plane
"errmm.. no, kakak. ini jet la."
"no ibu.. peyn, bu. bu ngok ni, peyn kan bu, kan? haa.."
no ibu, plane, bu. bu tengok ni, plane kan bu, kan? haa..
(sambil menunjuk muncung jet yang iras kapal terbang)
kes 2:
"kakak, ni hen." (babah tunjuk gambar ayam betina)
"kan babah. yam aa.."
bukan babah. ayam aa..
"ok. ayam." (babah mengalah)
"kaann.. yaaamm.."
bukaann.. ayaamm..
"yelah, ayam la.."
"kaann!! yaaaammm!!!"
bukaann!! ayaaammm!!!
aiyoh. sudahnya, siapa mengajar siapa?
bulan 6 nih bercita-cita nak survey pra-sekolah. opah cik.aira tak berapa setuju hantar cik.aira ke pra-sekolah awal-awal.
"karang cepat sangat pandai, masuk sekolah betul, dah boring nak belajar."
heh, ada pulak gitu yea?
ada pendapat?
tidak mengira status warganegara dan perkahwinan.
baru balik dari klinik. keje half day je.
kat klinik, hujan turun amat lebat.
kuyup setakat proses bukak pintu kereta dan mengembangkan payung.
tak selesa sungguh.
nih nak pi mandi.
tapi rehat-rehat dulu.
perut lapa..
dah makan tengahari tapi masih menggigit-gigit pedih.
effect selepas hujan ni..
mata mengantuk..
pun effect selepas hujan.
en.eid sedang menghalau pasir masuk ke longkang.
pasir tersadai kat depan umah cam PATI menunggu giliran dihantar pulang ke negara masing-masing.
pasir tinggalan michael yang datang membuat "titi" merentas longkang supaya azil boleh parking kereta di sebelah porch.
hujung minggu nih ada kenduri tahlil arwah ayah, Mohd Yazid Mat Hairan, (19.01.1946 - 24.04.2007).
Dijjemput hadir bagi yang berkelapangan.
majlis di umah mak, selepas maghrib.
Tagged by Yatie.
::Q1:: Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
:: KewLKiDz :: keeping the memories remain
aiyoh.. serius tak ingat nape pilih nama nih. chosen like way baaaaccckkk in 2002 punye citer. sat aa.. 2002 tuh mungkin la jiwa remaja lagi kan. tuh la dok pilih nama nih.
::Q2:: Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://kewlkidz.blogspot.com/
saya pilih nama nih sebab nak sama dengan nama blog. senang.
::Q3:: Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
"method" penulisan?? woi, hape neh..? method = cara-cara? cara-cara penulisan? bleh jawab guna jari taip kibod tak??
::Q4:: Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
errmm.. since 2002 menulis, belom penah datang lagi la perasaan sedemikian rupa.
::Q5:: Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
yatie? masa kenal umur 18-19 dulu, dia budak baik. chumel. easy-going. masa sempat jadik desmet kelas mula-mulaaaaa skali kat aaj, dia sangat la pandai menulis hiragana dengan chanteq sekali!
::Q6:: Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
hahaha..! sape perasan dia antara 5 orang pertama yang baca neh, bleh la buat..
今夜、私は勉強するつもりですが、なぜかドラマの「メイちゃんのしつじ」が頭中に回ってる。
どうしよう?
ドラマ?
勉強?
どっち?
ううん・・・やっぱドラマでしょう?
ハハハ!
ドラマを見ましょう。
勉強は明日からでもいいよ。♯ ♪ ♪
試験はまだ先。(先といってもあと3週間だけだよ、おまえ!)
安心、安心!
だって、勉強しても集中できないもの。
勉強すれば、
「ドラマ~・・・ドラマ~・・・」っていう化け声が耳に聞こえるよ。
仕方ないね。(^O^)v
“Dik, pam no.5, 50.”
“Err.. Kak, pam mana lagi sekali.”
“5.”
“Waja tu?”
“Ha ah. Waja tu.”
“Pam 5 dah bayar kak.”
“Hah?!”
“Err, akak bukan biasa kat pam 1 ke?”
Tinjau keluar pintu kaca Kedai Mesra.
“Eh laa.. Ha aahh.. Keta akak kat pam 1.”
…
..
.
Itulah akibat terlalu mamai. Azil bangun lewat pagi ni. Dari hari Jumaat lepas asyik tak terbangun nak pergi keje. Pagi semalam dengan hari ini, harap mak telefon tolong kejut. Bila bangun terkejut, otak tak tune betul lagi. Buat semua mende ala-ala di bawah sedar. Sebab dah jadi rutin.
Kisah pagi tadi, keluarlah azil dari Kedai Mesra dengan rasa malu. Kena avoid isik minyak kat Petronas TPM untuk 2-3 minggu.