Saya.Memang.Tak.Boleh.Pergi..


.. dengan orang yang suka merampus!

err.. merampus tu macam mana?

erm.. macam kalau orang tu tengah marah, dia lepaskan kemarahan dia dengan perbuatan yang agak melampau.

contoh perbuatan :

. hentak-hentak keyboard pc.
. hempas pintu
. campak kertas yang tengah bersepah atas meja.

ok, kalau kat rumah buat perangai merampus, itu saya kira sebagai "your own domestic issue". tapi saya sangat tak gemar kalau kat pejabat nak buat / bawa perangai merampus ni.

serius, saya benci!

bukan tak boleh marah. tapi perlulah ada kawalan diri sendiri. ini macam "perempuan gila tengah histeria" buat kerja menghentak-hentak sambil mulut nak memaki-hamun, apa hal?

dalam hal kerja, nak-nak dalam menangani perubahan ni, memang banyak ketidakpuasan hati. tapi tolonglah ada pemikiran, "if i cannot go against it, i go with it." sebab syarikat tu dibina bukan atas titik peluh awak seorang. tak payahlah beria-ia nak mengamuk macamlah saham syarikat akan jatuh menjunam andai kata awak melepaskan jawatan.

tak, ok!

isskk..

menulis dengan harapan nak melepaskan rasa. tapi sendiri pulak rasa nak merampus.

"ter"tekan kibod kuat-kuat sampai cik.aish tegur,

"ibu kenapa internet kuat-kuat?"

hihihi..

stop! stop!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TGI.Friday's



Naahh..

Belom friday lagi.

Saje nak spend wednesday like its friday.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nak.Masuk.Sekolah


Perlukan motivasi untuk terus bekerja.

Takde masalah pun. Tapi hari-hari takde semangat nak pi opis. Bila punch card masuk opis, menggelupur rasa nak punch card balik.

Cerita lain.

Dah hujung bulan 10. Lagi 2 bulan, bakal menghantar cik.aira ke sekolah tadika. Oleh sebab pilihan yang sangat terhad, mungkin cik.aira akan ke KEMAS sahaja. Berfikir juga untuk ke tadika lain, tapi lokasi sering menjadi isu yang membantutlan hasrat. Dan kami ibu babah cik.aira tak cukup berani nak lepaskan dia naik van / bas sekolah. 

Ah, rasa baru sahaja beranakkan dia. Dah nak masuk sekolah dah.

...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Boom.Boom.Cak!



Bangun dari tidur petang.

Bergolek-golek main boom.boom.cak!

Ini budak sangat suka dengan kamera.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bukit.Beruntung



Menghadiri majlis kahwin kawan En.eid.

Lauk daging sedap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menanti.



Hujan malam.

Mencurah sudah sejam.

Langit kadang terang.

Ada kilat melintang.

Lihat hujan.

Lihat langit.

Duduk di sini.

Tunggu encik suami.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Balik.Kampung




Unplanned weekend trip.

Ada keperluan mendesak kena balik dungun.

Petang semalam, bawak budak-budak main kat pantai sura hujung.

=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS