Cik.Aira.Demam.Panas!

hujung minggu agak hingar.

family en.eid datang dari dungun sejak khamis. pagi tadi, berangkat pulang.

sorang adik en.eid tinggal kat nilai sebab nak daftar pengajian master hari selasa nih.

ingat kisah cik.aira demam?

hari sabtu pagi, dia macam lemah balik. tapi lepas mandi, boleh main-main semula. so, sabtu tu berjalan macam biasa. sampailah pukul 6:30pm, bila mak en.eid beritahu badan cik.aira panas semula. kata mak en.eid, "demam malam". ayah en.eid kata, biasanya budak kecacingan akan ada masalah begini. badan cik.aira makin panas. terasa berbahang.

mak azil yang merancang nak tedo umah boboy, balik ke rumah bila azil info cik.aira demam panas balik. bila mak balik, bincang-bincang, pakat bawak ke klinik salak. mintak doktor tengok kalau-kalau suspected denggi ke. bila pergi klinik, doktor on-duty ialah doktor charles. oh, azil sangat tak suka la doktor sorang neh.

5 minit selepas mendaftar kat klinik, kitorang pun dipanggil masuk ke bilik doktor. azil suruh mak masuk sekali dengar apa doktor.

suhu cik.aira 39 darjah. doktor suruh misi masukkan ubat demam yang masuk kut bun*ut. sian cik.aira meraung-raung. doktor bekalkan antibiotik, ubat demam, tahan muntah dengan pil sumbat bun*ut tuh lagi 2 bijik. balik rumah, azil tedokan cik.aira. kalau demam, reti pulak nak menepek je kat azil. cuba sihat, mencarik gaduh je dengan ibu dia. =P

sepanjang malam semalam, masa tedo pun panas cik.aira tak surut. berbahang-bahang la azil tedo sebelah dia. bangun pagi tadi, en.eid pun kabar mende serupa,

"anak panas lagi.."

hrrmm.. biasanya, satu dos sumbat dalam bun*ut tuh, panas cepat surut. kali ni tak menjadik pulak. azil cuba umpan minum ubat. demam kali ni, entah kenapa, cik aira penakut minum ubat! menangis-nangis tengok azil bawak set ubat dia, mintak neneknya dukung. azil teringat pasal mak suruh umpan, bitahu doktor telefon.

"eh, kakak.. ibu pun takmo kasik ubat nih. tapi tadi dokter tipon suh makan ubat.."
"nanaaakk..!"
"takpelah, ibu tipon dokter la. cakap kakak takmo makan ubat."

melungsur dia turun dari dokongan neneknya, terus duduk depan azil, teresak-esak, tadah tangan baca doa, amin,

"huk, huk.. kakak.. am baatt.." (huk, huk.. kakak.. makan ubat..)
"hah?"
"am baatt.." (makan ubaatt..)

azil pulak terpegun tetiba dia makan umpan.! terus pancut ubat demam dengan tahan muntah. selesai pancut ubat tahan muntah, cik.aira pun MUNTAH! aiyoyo! dia menangis-nangis, tapi insist nak makan antibiotik jugak. dah masuk antibiotik pun, MUNTAH jugak! bertambah-tambahla kuat raungan dia, agaknya takutkan doktor charles datang rumah sebab dia muntah ubat.

sudahnya, adik en.eid mandikan cik.aira. lebih pada basahkan badan. nak hilangkan bau muntah ubat. dah sudah mandi. azil cakap lagi,

"kakak, doktor suruh masuk ubat kat bun*ut la."
"ok."

terus dia tonggeng depan azil. huih?! kuatnya fobia dia kat doktor tuh. takpelah, menyenangkan keje azil. azil sumbat la ubat, dia pun meraung la sekejap. 3 minit, setel menangis semua.

demam surut sekejap sampai tengahari tadi. lepas tu cik.aira pergi umah mak azil.

pukul 4 petang kot, mak called, beritahu cik.aira demam semula. isskk.. sakit kepala dah.. tak lama lepas tuh, adik en.eid beritahu badan cik.aish pun panas. azil rasa cik.aish. SUNGGUH!

kepala dah berdenyut. sorang tak setel, sorang dah nak down. azil bawak cik.aish ke umah mak. bagi makan ubat, kebetulan cik.aira nampak cik.aish makan ubat, dia pun nak juga. azil sumbatkan sekali.

dan malam ni, alhamdulillah, dua-dua tak panas. tapi dua-dua "pengsan" agak awal malam ni. memang bukan timing tedo la.takpe la, azil pantau je tengok kalau-kalau demam dia nak kembali. setakat nih, badan sejuk lagi dua beradik tu.

esok azil ambik emergency leave. en.waja agak tenat tanpa ekon. kena antar wokshop esok pagi. harap-harap dipermudahkan segala urusan esok neh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kakak.Akit

pagi tadi dalam lebih kurang pukul 10:30am masa kat opis, azil dapat call dari en.eid kat umah.

"kakak muntah-muntah."
"apasal?"
"tatau. dia cam lembik, pastu muntah-muntah."

azil mintak en.eid bawak kakak pi klinik. sepanjang hari dekat opis, berkali-kali jugak en.eid update condition kakak.

takde demam.
mungkin keracunan makanan.

alamak!

apa pulak yang ditelan budak neh..?!

kakak @ cik.aira bukan jenis mengutip barang sebarang masuk mulut. dan sepanjang hari semalam, dia makan apa yang azil makan. sebab azil yang jaga dia.

memang pelik la tetiba doc buleh diagnose dia keracunan makanan.

balik dari klinik, mak yang attend dia sampai azil balik keje petang.

kata mak, lembik tak bangun-bangun. merengek kadang-kadang, meraung bila nak makan ubat.

hrrmm..

bila azil bawak balik umah petang tadi, dah nampak sihat sikit.

"kakak butah, bu.." (kakak muntah, ibu)
"butah banyak?"
"nyaakk.. ukk.. ukk.." (banyaakk.. uwek.. uwek..) sambil aksi memuntah.
"ubat dah makan?"
"nanak" (tak nak) geleng kepala.
"kenapa?"
"nanaaaakkk!!" (taknaaakkk!!) tekap muka dekat bahu azil.
"susah la nak sihat.."
"kakak akiitt.." (kakak sakiitt..) tekap muka dekat bahu azil lagi.

lebih kurang pukul 6.30pm, badan dia panas sikit cam demam. dia lembik semula. tergolek je.

azil umpankan air limau (tambah ubat demam). habis separuh botol. ok la kot.

sekarang nih, dah kembali membuli orang-orang dalam umah.

eh, tadi kata,

"kakak akiitt.."

azil pulak geleng-geleng kepala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1.Rejab

en.eid - azil, bersama.. 4 tahun.

huhuhu..


berjaya setel cik.aira dengan cik.aish dalam masa 4 tahun tu.

tahniah!

eh, ni tahun hijrah punya kira tau. tahun gregorian, ogos nanti.

sebagai hadiah ulangtahun pernikahan, azil belikan en.eid ini:

dan belikan diri azil sendiri:

hati berbunga-bunga..

dah lama sejak kali terakhir membeli buku. terakhir, NAMA BETA SULTAN ALAUDDIN kot.

cik-cik semua dah pengsan. azil nak tukar diapers dengan baju tedo, lepas tu nak "menganyam" ketupat cinta.

hahahaha..!

apsal azil berbunyik gatal neh?

isk isk isk..

p/s: syud! tegar-tegarnya ko pakai sandal pink pegi keje? hontouni, nani kangaeteru no kai, omae??!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Zara.Erina.Azizul.binti.Ahmad.Azizul

lebih sedikit maklumat mengenai baby chumel che'na dengan ayu. azil baru menziarah che'na, ayu dan baby.zara petang tadi. kuar je opis pukul 4:30pm, terus pi umah che'na kat ss12. tak sampai 5 minit dah tiba depan pintu pagar umah dia.

waahh..! kalau azil tinggal kat area umah che'na pun bagus. 5 minit je pegi balik keje. puas hati sungguh..!

tiba depan pagar, ayu sambut. dengan t-shirt hijau basah peluh, track bottom dan boot getah tinggi penuh bercalit rumput. rupa-rupanya sibuk memesin rumput di sekitar rumah. patutla che'na cakap naik beli mesin sendiri dari upah orang mesin rumput. punya la luas amat kawasan berumput umah dia! sekali upah, harus pergi RM80-100..!

melangkah masuk umah, che'na tengah menyusukan baby.zara. mak che'na sambut azil. azil masuk terus je duduk kat kerusi meja makan. baby.zara baru je lepas menyusu.

tengok-tengok baby.zara, ya ampun chumeeell..!! mata terang neehh..! macam pandai sangat tengok. tapi baru nampak 4 jengkal je (baby.zara pada masa ini baru berumur 4 hari). melilau-lilau mata hitam dia. bukak mata pun besar buntang. oh yea.. cam zara anak daja. (zara anak daja? cam nama orang asli pulak. hihihi..). haa.. agaknya orang nama zara nih, mata besor kot.. muka kecik coet jek.

sengah jam lepak umah che'na, azil pun gerak balik nilai. lambat sket kang, jammed pulak federal highway tu kang.

sampai nilai, singgah cuci en.waja dulu. lama berminggu tak mandi kereta tuh. lepas cuci, pi topup tank kat shell pulak.

lepas tu, azil pi juriah. nak beli makanan berbuka. tekak sangat haus, meminta-minta dilalukan air tembikai. tapi juriah punya air tembikai, tak menarik langsung. air nye saje yang lebih. buat rasa dukacita je. so, azil beli carrot susu. makan nasik goreng thai. nasik goreng thai kedai juriah nih agak superb. agak je la.. time sedap, memang menjilat jari, tapi kadang, time ngokngek dia, mula la udang goreng masin tahap nak mencetus tekanan darah tinggi..!

balik umah, ambik cik.aira + cik.aish dari umah mak. meloncat-loncat tengok azil balik. cam tak pernah tengok azil. hiiyy..

nih tengah rasa sangat mengantuk..

tiba-tiba terbau benda yang sangat busuk..

isskk..

"sape berak niiiihh??!!"
"yaakk.. yaakk.."

cik.aish jawab.

bagus!

si tertuduh dah mengaku!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Breaking.News

Alhamdulillah..

Che'Na telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan lebih kurang jam 2 petang tadi.

Details on baby, azil tunggu ida update. dia pi ziarah kat SALAM dengan pendy.

Cheers!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ke.Mon

keletihan..

baru balik dari wedding PapaJim at langkap, perak. last minute decission sungguh! pukul 11:30am baru nak gerak dari nilai. pukul 2:00pm tiba kat langkap. sepanjang jalan on-off ujan.

PapaJim ialah sepupu mak azil. ayah PapaJim a.k.a nenekKamal ialah adik pada opah azil.

azil sebenarnya tatau pun camne nak pi umah NenekKamal kat langkap tu. memang gamble je. linda cuma info thru sms,

"exit bidor, carik signboard langkap"

heh? ingatkan senang la. nasib baik la instinct tinggi nak bertanya arah jalan pada pump attendant shell kat bidor. dengan baik hatinya budak tu terang dengan lebih detail cara nak menyampai ke langkap.

dari exit bidor tu ada 20-30 menet lagi la on the road sebelum tiba ke destinasi. bila sampai rumah NenekKamal, orang memang sangat ramai. azil makan sikit lebih kurang je. kalau pegi rumah orang kawen, memang tak boleh makan beria. perut lembik. kang salah sikit je, mengulang tandas la jawabnya.

sebenarnya, sebelum pi majlis kahwin ni, ada menyelit plan, macam nak landing semalam di felda residence hot spring, trolak. dah called hotel pagi tadi, ada availability lagi. ok la. sekali bila call to confirm, rupa-rupanya salah hotel! azil called felda residence trolak.

leerrhh..!!

bila azil called felda residence hot spring untuk walk in check in, dia dah fully booked plaaakkk.. aiyoo..! keciwa sungguh..

hrrmm.. tapikan, kalau ada room availability pun, takleh nak ber hot spring sangat. sebab ujan masa tu.

cik.aira pulak dah mengamuk-ngamuk nakkan mama dia. serius pening kepala tau.!

so, en.eid bagi kata putus,

"balik!"

there goes.. balik la kitowang semula ke nilai. takde rezeki nak berendam air panas. next time la pulak.. =/

by now, en.eid dah k.o. cik.aira dengan cik.aish tengah tengok jackie chan adventure. cik.aira dok bersilat-berkuntau meniru katun jackie chan tuh.

tadi masa iklan, cik,aira datang jumpa azil bawak buku animals a-b-c. dia tanya,

"bu, ni..?" (tunjuk gambar cheetah)
"cheetah."
"umm.. gong-gong bu.." (gong-gong = anjing)
"no la kakak. cheetah."
"oo.. ciitaaa.."
"aa.. cheetah."
"bu, ni..?" (tunjuk gambar camel)
"aa.. camel.."
"kemon?"
"ca-mel"
"kee-moonn.."
"bukaaann.. caaaa.. meeelll.."
"keeeee-moooonn.."

dia sangat confident dengan apa yang dia sebut. so,

"oklah, kemon la.."
"aa.. andaaaaiii..!"
"siapa pandai?"
"kakak aa.."

heh??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Birthday.Gift


i was eyeing for something else, but something better came to me.

clarks pancake syrup.

thank you en.eid for your ever understanding on my needs.

(yes, i need this, desperately).

One thing with en.eid, he won't let you get away with things you want to buy, NOT without you reason to him why do you need this and that.

but he sure will come up with something better if he disallow you on something.

mwah ! mwah ! mwah !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Happy.30.Hacchum!

happy belated birthday, azil.

heh, sendiri nak wish pun bleh belated kan..? errmm, kat blog nih je la.

30 tahun, ok.. sambut dalam keadaan tak berapa sihat. lepas en.eid flatted dengan demam selsema, both cik.aira & cik.aish, pi mewarisi penyakit babah dia plak. and last but not least, azil pun kena ikut turn jugak. selsema je la. tak dan nak demam.

conclusion dari perenggan di atas, arinih azil MC.

yeay!

hahaha..! sangat suka kalau tak payah pergi keje tuh. teruk betul ada employee cam azil neh. maa... tak sihat neh, kalau pi kang, sure colleague sume pakat menjauhkan diri. dah bersin pada tahap selang 12 saat. sampai sakit dada. kat umah neh, cik.aira suka ajuk azil bersin. buruk perangai betul.

arinih spent almost all day, sleeping. ubat yang doc.faziah bekalkan, tak la sepatutnya mendatangkan rasa mengantuk. tapi kalau dah selsema, idung blocked, oksigen kurang dalam otak, result dia ialah rasa mengantuk.

bangun pukul 4 petang. rasa ok sket. bersin dah kurang, selsema pun cam cair (tapi tak suka jugak, sebab geli-geli dalam idung).

minggu nih, progressive test 2 untuk module business economics. sangat perlu mentelaah pelajaran, tetapi asyik takde kekuatan je. malam ni, ada kot (sebab ciks dah tergolek dedua orang).

tv skang kat channel 106 oasis. indahnya iman kot sekarang neh. suh cik.aira tengok, 5 menet je bertahan, terus krohh-krohh.. tapi cuba tukar 611 ceria, ambuih bukan main lagi dia buleh bulat-bulat mata menonton. siap hafal dah citer yamin (ultraman), gengkokoah (geng bas sekolah), alan (hikayat putera shazlan), awu (hagemaru), tengmama (mustang mama), pepet (postman pat), cucubak (tom-tom-bak) dan banyak lagi.

see? vocab dia kat nama program tv je.. rosak betul..

beside ceria, ada satu series kat channel 104 ria yang dia suka tengok. that would be jishshushi.. hahaa! tolonglah teka pemende tuh.. lawak gille..

azil berkira-kira nak buat SALE kat Gerobok Batik. tengah nak calculate baper buleh turunkan price. by tomorrow buleh start SALE kot. apa lagi?! kowang shooping la baju raya, CEPAT!!

ok aa.. nak mandi. tak makan lagi neh.. makan biskut je la. orang sakit, selera tak berapa nak ada.. malas makan berat..

mata ne..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Yang.Mana.Satu

sangat lapang dada arinih. keje opis tak banyak. berjaya shut down pc 5 menet sebelum 4:30pm. dah berbulan tak merasa keadaan macam arinih. sangat membahagiakan..

arinih en.eid demam. apan la jugak. suhu badan 39 darjah celcius. dia dah knocked-out kul 9 malam tadi.

tinggal la azil berkungfu-bersilat-kuntau nak melayan budak-budak neh. kejap-kejap kena jadik raksasa la sebab main YAMIN (ultraman) dengan cik.aira. kejap kena jadik tukang urut la bila cik.aish golek-golek tunjuk kaki. dia sebenarnya mintak garuk kaki dia, tapi saje azil urut. sebab kaki dia dah nak jahanam berparut-parut bahana dia garuk sampai sebaldi mencurah air liur.

nih, dedua pun sudah tombang!

malam ni pulak ujan. nak tengok astro dah tak buleh. mendarat awal la masing-masing.

aman betul rasa nak menulis sini.

berkira-kira la nak pergi majlis kahwin papajim next weekend.. bukan takmo pergi. tapi cam.. errmm.. malas kot. bleh tak jawab gitu..? rasa nak berehat, bergolek-golek dari ruang tamu sampai ke dapur, dan kembali ke ruang tamu. macam menarik sungguh aktiviti tu. hehehe..

azil tengah decide nak mintak hadiah birthday dari en.eid. the item would be kasut / sneakers. masalahnya,

"yang mana saaatuuu, idaman kalbuuu.."

azil sangat suka satu kasut camel active neh. sangat smart la pada azil. sesuai dengan jiwa la, orang kata..

errmm.. nanti la azil letak gambar kasut tuh, kalau jumpa la..

skang neh, nak pi usha la mana satu kasut azil nak pow.

yeiha!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS