Cik.Aish.Kena.Marah

baru sudah menyelesaikan "process map" untuk diana esok. dia nak azil practice untuk lukis process map, so dia "assign" azil lukis 2 process map untuk ujung minggu ni.

harap-harap dia berpuas hati la besok. azil buat betul-betul in rush. macam tak boleh nak pikir straight. :/

cik.aish baru tedo. azab betul nak melayan macik neh arinih. meragam saje. nak berdukung, berpeluk. nak kata demam, tak pulak.

dah la siang tadi, masa buat progressive test, cik.aish tengah tedo. sekali ada la hantu mana pi bawak moto bising-bising lalu depan umah, terkejut cik.aish, terussssss melalak histeria.!
adoilaa..
memang la berbakul-bakul jugak sumpah seranah azil sedekah ke hantu moto tadi..!

cik.aish nih senang terkejut. dia sensitif dengan segala bunyik-bunyik, nak-nak bunyik moto menderum la, kereta hon depan umah tuh la, hatta bunyik lori sampah tengah kaut sampah pun dia boleh meloncat terkejut tau. susah nak berenggang nanti kalau dia dah start menepek ke kita.

sudahnya, azil menyiapkan prog.test sambil memangku cik.aish, dan menggoyang-goyang kaki nak dodoikan dia semula. sangatlah ketara kegigihan ibu ini. huhuhu..

errmm.. malam ni, banyak kali cik.aish kena marah. manakan tidak, azil dah la ala-ala desperate tak cukup masa nak menyiapkan process map tuh. dia pulak boleh tak bagi kerjasama, sibuk nak berpangku, sambil menekan-nekan space bar tiap kali azil menaip..

hangin histeria azil dah naik pala la kan..
"aish! takmo laaa..!"
"ooii..!! babaapp kaangg.."
"hep! aa.. buat lagi! buat lagi!"
dan untuk semua di atas, aish cuma jawab,

"huk, huk.. uuuwwwwaaaaaaaa....!"

hiiyy.. itu je la dia reti tau..sangat manja dan mengada-ngada laa..

=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ars.



ini adalah komen page azil kat Nat's Blog. azil komen pasal andrei arshavin of arsenal, dan word verification dia is ARSERIZ.

sangat banyak ars-- kat situ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kakak.Takut.Mandi

azil tengah melepak-lepak kat hall umah sembang dengan en.eid. tiba-tiba cik.aira cakap,

"kakak takut mandi la.."

uiks? angin takde, ribut takde. apa kes?

"apa kak?"

"kakaaakk.. takuutt.. mandii.."

"nape?"

"nanti basah.."

hah?!

en.eid dah tergelak-gelak. azil gelak jugak.

entah apape je cik.aira neh.

kakak dry cleaning je la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gatal


Cik.Aish didapati menggaruk kaki yang digigit semut sampai luka. Alamak! Air liur pun melimpah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aira.Says.NO.To.Diapers

cik.aira telah mula berlatih meninggalkan lampin pakai buang. sepatutnya dah dilatih seawal tahun ini lagi, semasa usia injak 2 tahun, tapi baik azil mahupun en.eid, macam tak yakin je dengan cik.aira.

keadaan menjadi agak terdesak sekarang apabila, saiz lampin pakai buang cik.aira dah sampai tahap terakhir, XXL of mamypoko. brand lain takde XXL yang sebesar mamypoko.

red alert neh!

beberapa bulan dahulu, mak ada menegur,

"cucu aci, si kishen baya si aira dah tak pakai lampin dah."

hrrmm.. beberapa minggu mutakhir ini, cik.aira pun mulakanlah latihan. dilatih mak azil, tentunya. =)

"mamaa.. kakak 'ncing .." pandai beritahu! tapi bila dah basah "air hangat" lalu celah kaki.

aiyak!

tapi sejak hujung minggu baru ni, cik.aira dah pandai!

"ibuu!! kakak nak kencing! kakak nak kencing!" melompat-lampat panik!

azil pun ikut panik, lari mendukung jisim 15kg tu ke bilik air, cabut semua baju seluar, cik.aira cangkung dalam bilik air, dan sshhhhhh..

fuh, selamaaatt..!

dah basuh membasahkan separuh badan cik.aira, keringkan dengan tuala, pakai semula baju seluar, tanpa lampin pakai buang.

"kakak mandai kencing kan, ibu?"
"ha aahh.. pandaaaii sangat..!"

hip hip, hooray!

p/s: oh yea, kalau keluar berjalan-jalan, perlu ditampung lampin lagi. dibuatnya dalam kereta cik.aira nak terkencing, kan ke naya nak mencarik tempat tabur.. tedo malam pun still in need of diapers. sedang memikir untuk mencarik plastik alas semasa tidur. boleh dilatih tidur tanpa diapers jugak.

*mandai = pandai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Idle

sedang berehat-rehat..

di masa-masa mail banyak bertimbun, masih boleh berehat-rehat. sehingga waktu ini, sudah menjangkau 45 minit, azil idle dari kerja.

sangat tak produktif.

cik.chia sedang training task yang dia kena back-up esok sehingga jumaat ni. hrrmm.. terkejut jugak dia pi back-up task orang. task sendiri pun tengah short-handed neh. nak marah-marah, rasa tak patut la pulak kan. macam anti tolong-menolong lak azil neh.

takpe lah. asalkan mail semua boleh attend on time, azil tak banyak cerita..

=)

arinih ada kelas. bermalam-malam la azil balik. sibbaik iza ada, nak balik sekali. takde la memecut sorang-sorang malam kang. sabishii jek pecut keta sorang-sorang..

isskk.. dah sejam idle neh.. apasal tak info apape lagi pasal sistem. mail banyak weh!

dah aa..

nak tanya cik.chan pulak.. follow up skek..

"saya takde masa nak OT lama-lama.."

;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Semut


Terakam di atas tunggul pokok betik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Bagan.Lalang



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aish.Injured


Budak nakal memang gitu.. B-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS