Kita enjoy!!
Hahaha!
Sangat suka dengan gambar ini.
En.aidh sudah keluar dari wad malam semalam. Bukan pada 100% kesembuhan. Tetapi asalkan kahak di paru-parunya tidak tebal dan dia sudah tidak memerlukan nebulizer, itu sudah cukup.
Dia dibekalkan juga ubat-ubat yang perlu dihabiskan, dan kembali untuk temujanji dengan Dr.Yap seminggu dari sekarang.
Juga, ada temujanji dengan Dr.Jenny sebulan dari sekarang.
Mata tidak mahu lena pula malam ini. Kala menikmati roti, telinga didendangkan suara manusia melepaskan tekanan berkaraoke di Uptown, seberang jalan dari hospital.
Tidur en.aidh lebih lena malam ini dari malam-malam seminggu sudah. Hingus hanya sedikit sekali, namun nafas turun naik masih berbunyi, tanda ada sisa kahak di dalam.
Sesi pembuangan kahak secara "suction" telah dilakukan siang tadi. Walau banyak juga kahak dan lendir yang tertarik keluar, ada yg masih tinggal.
"Kahaknya terlalu pekat."
Esok, en.aidh dirujuk ke pakar ENT bagi mengenalpasti (jika berjaya) punca bunyi nafasnya.
Walaubagaimanapun, sangat gembira apabila dia tidur nyenyak sekarang. Semoga lena itu terus tanpa gangguan, hingga matahari terbit kembali.
Bersiaran dari Nilai Medical Centre.
Ada seminggu en.aidh diserang selsema dengan kahak yang banyak. 3 kali lawatan ke klinik panel untuk mendapatkan neb, akhirnya doktor merujuk kepada pakar kanak-kanak di hospital ini.
Keadaan sekarang, nafas masih berbunyi kuat. Kadang mulut termuncung-muncung menarik dan melepaskan nafas.
.. dan esok saya sudah dijadualkan untuk mula bekerja..
Susahnya hati.
(T_T)