Sape.Gomok.Angkat.Tangan!

azil tengah main-main dengan budak-budak..

"sape sayang ibu, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish angkat tangan.
"kakak!" cik.aira pun ikut.

"sape sayang babah, angkat tangan!!"

"yeay!" cik.aish julang 2 tangan.
"kakaaakk laaa..!" cik.aira menjerit.

"sape shanteq, angkat tangan!"

"teekk..!!" cik.aish mengaku.
"kakak shanteq!" cik.aira angkat tangan sebelah, sebelah lagi, turunkan tangan cik.aish.

"sape gomok, angkat tangan!!"

"mookkk..!" cik.aish dengan suka hatinya.
"kakak gomok!" cik.aira penuh rasa bangga.

"hah? gomok ke??" azil uji.

"haa.. kakak gomok, baby gomok, ibu gomok, babah gomok.."

aiseh, cis cis cis..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Watching.Tv



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kempen.Berjimat

25hb..

hari gaji. bulan ni, terpaksa shopping groceries sorang-sorang. shift kerja en.eid tak matching pulak dengan timing nak beli barang. balik kerja tadi, terus pergi ke Giant Nilai, beli keperluan rumah dan anak-anak. sekarang ni, Giant dok distribute "raya coupons savers!". berderet-deret la segala barang yang dijual dalam Giant tu, dijual less RM0.50 ~ RM2.00. azil memang dalam kempen berjimat-cermat sekarang nih. so, terasa pulak nak belek-belek buku kupon tuh, dan collect kupon barang-barang yang berkenaan dengan rumah azil. ada dalam 20 keping azil perlukan. kalau ikutkan 20 keping kupon, barang-barangnya semua ada kat Giant Nilai tu, harus jugak ada deduction dalam RM20.00. Wow!

bila tiba ke Giant tadi, ya ampun ramainya umat manusia bersesak-sesak kat dalam tu. semua orang pakat nak abihkan gaji kot. azil mulakan misi mencari barang-barang yang ada dalam kupon tu dulu. isskk.. ada separuh je dari yang azil mula-mula nak. ada yang barangnya memang takde, dan ada barang yang dioffer tu, tak menepati keperluan. contoh, dia sale kan febreeze 800ml, harga asal rm16.70, discount rm1.00, so jadik la rm15.70. tapi azil cuma perlukan febreeze 400ml, pada harga rm7.90. so, tak jadik la nak guna kupon tuh.

sudahnya, total bill azil yang berjumlah rm350.00, berjaya dikurangkan kepada rm340.00. penjimatan rm10.00! serius azil rasa besh. tak sia-sia la menonggeng-nonggeng menilik, memilih kupon malam semalam. berbaloi la jugak.

kalau kowang shopping kat Giant, dapatkan la buku kupon nih cepat. offer sampai 31 oktober 2009. oleh sebab azil spent lebih rm50.00 tadi, azil entitle untuk satu lagi buku kupon. yeay! bulan depan buleh guna lagi.

=)

oh, yea.. bila dah beli barang-barang tadi, baru azil perasan yang azil "terlebih" beli dynamo, downy, dan sabun dettol. mende-mende tuh dah ada stok kat umah, tapi lupa nak check sebelum pergi shopping tadi. kurang pandai planning lagi aa.. =/

takpe.. next month, try lagi!

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Fragile



Lyrics | Every Little Thing - Fragile lyrics

tak tahu kenapa.
teringat lagu ini.
tahun 2000.
shizuoka, japan.
ada yang terimbas kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Ramadhan.1430

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

IKHLAS,

CIK.AIRA & CIK.AISH

=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shaket.Bunt*t


Cik.aira has been struggling to uk-uk since yesterday but to no success. Today, the needs to uk-uk causes her crying in pain. Currently, at salak clinic seeking for cure.

"kakak kenapa?"
"shaket bunt*t.."

:'(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kok!


Cik.aish's version of saying "keropok". She's 1 year, 6 months, 17 days old, to date.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shenyam!


Cik.aira's version of saying "senyum". :-) she's 2 years, 7 months, 3 days old to date.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Air.Pashang.Mayam

..shuyut yima yima
nyonya bawon payee
shiyam unge toloo

pokok unge toloo
nanam pi owam
chitek toloo
chayam toloo lagii..

cik baba jatoo peyiitt
cik mimiyaa jeyiiitt
naik tapitapi shapai tupoo
ada ini chatek, dok dapooo..

korang buleh teka lagu apa kan?
ini lagu terbaru cik.aira.
perdengarkan sekali dua, dia dah boleh nyanyi, lanyakla lirik apape pun..

tapi, azil tak faham..

apasal dalam banyak-banyak bunga, bunga telur menjadi kegemaran cik.aira.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tak.Sempat

baru sudah selesaikan mail-mail untuk hari ini. agak gembira sebab berjaya selesai sebelum pukul 3 petang, sebab pukul 3 karang azil ada training. so, berusaha la supaya tak membebankan teammates yang tinggal. mulianya azil.. =D

menyedihkan betul bila anniversay semalam tak dapat disambut bersama sebab azil jumpa en.eid dalam 5 minit je masa nak pergi keje. semalam en.eid double shift. dah balik keje pagi, masuk keje malam. azil pulak, balik rumah lambat sebab lepas habis waktu pejabat, ke rumah mummy, pick up mak dengan cik.aira dan cik.aish. seharian diorang kat situ, sebab mak nak pergi tengok linda di hospital mata kebangsaan tun hussein onn.

mata linda kena jangkitan kuman serius yang mengakibatkan matanya bengkak, kemerahan dan berair. dia admitted dari hari rabu lagi. doktor mengagak, mungkin berpunca dari pemakaian contact lense. semalam pagi, azil kena hantar contact lense, bekas dia dengan solution ke hospital. doktor nak run lab test untuk sahkan andaian dia.

masa balik, jalan dari federal highway, seputeh, seremban-kl highway sangat packed dengan kenderaan! memang mencarik kesabaran nak pandu kereta dengan kelajuan terhegeh-hegeh. cuba nak memecut di plus highway, tapi tak ke mana. kereta banyak tahap tak boleh nak pergi 100km/h pun. 90 je la sudahnya. makanya, tak sempat la nak menyampai ke rumah by maghrib.

singgah rnr nilai, berbuka puasa dulu. lepas tu baru sambung perjalanan balik rumah yang 5 minit je lagi.

sampai rumah, motor en.eid tak ada.

dah pergi kerja.

tak sempat..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keempat

arigatou...

... kerana sudi bersama, dan bertahan hingga injak tahun keempat.

omedetou...
... kerana masih gagah menangani perangai tidak-tidak saya.

isshouni ganbarou...
... untuk tahun-tahun mendatang.

mwah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS