baru sudah selesaikan mail-mail untuk hari ini. agak gembira sebab berjaya selesai sebelum pukul 3 petang, sebab pukul 3 karang azil ada training. so, berusaha la supaya tak membebankan teammates yang tinggal. mulianya azil.. =D
menyedihkan betul bila anniversay semalam tak dapat disambut bersama sebab azil jumpa en.eid dalam 5 minit je masa nak pergi keje. semalam en.eid double shift. dah balik keje pagi, masuk keje malam. azil pulak, balik rumah lambat sebab lepas habis waktu pejabat, ke rumah mummy, pick up mak dengan cik.aira dan cik.aish. seharian diorang kat situ, sebab mak nak pergi tengok linda di hospital mata kebangsaan tun hussein onn.
mata linda kena jangkitan kuman serius yang mengakibatkan matanya bengkak, kemerahan dan berair. dia admitted dari hari rabu lagi. doktor mengagak, mungkin berpunca dari pemakaian contact lense. semalam pagi, azil kena hantar contact lense, bekas dia dengan solution ke hospital. doktor nak run lab test untuk sahkan andaian dia.
masa balik, jalan dari federal highway, seputeh, seremban-kl highway sangat packed dengan kenderaan! memang mencarik kesabaran nak pandu kereta dengan kelajuan terhegeh-hegeh. cuba nak memecut di plus highway, tapi tak ke mana. kereta banyak tahap tak boleh nak pergi 100km/h pun. 90 je la sudahnya. makanya, tak sempat la nak menyampai ke rumah by maghrib.
singgah rnr nilai, berbuka puasa dulu. lepas tu baru sambung perjalanan balik rumah yang 5 minit je lagi.
sampai rumah, motor en.eid tak ada.
dah pergi kerja.
tak sempat..
=(
0 Response to "Tak.Sempat"
Post a Comment