Office.Matter

tengah stayback kat opis neh. kul 6 kang ada kelas.

letih jugak dok berjoget mail sejak minggu lepas. sekarang pi mana-mana kena standby ammeltz yoko-yoko. nanti senang-senang je teragak urat nak lenguh-lenguh, boleh palit terus! opismet azil kata macam macik-macik. muda-muda dah lenguh-lenguh badan. lepas tuh dia akan bukak ceramah "kepentingan berpantang selepas bersalin dan akibat-akibat melanggar pantang." tak pernah kawen tapi ngalahkan mak bidan kalau bercerabih.. =/

2 bulan nih agak kesunyian. kak.g dah off to maternity leave. to date, lum beranak lagi tapinya. lusa, 2 orang new member akan report duty. hrrmm.. sorang laki, sorang pompuan. yang laki tu, sempai kak.g. kak.g tuh sempai azil batch ke 10, sempai dia tuh batch ke 9. azil batch 16 dakke.. aiyo.! jauhnye beza.. kena panggil abang ke? arrkk! macam kuang hajo tak panggil nama je? hrrmm.. kat team azil, laki yang lagi tua dari azil cuma fahmy je. setakat tua setahun, azil panggil nama je. takde keje nak berabang-abang..

takpe la. tengok la lusa, budak-budak ni nak panggil apa.. =)

tadi boss offer untuk tak charge team azil. err.. team yang buat sama task dengan azil neh la. bukan team besar 20 orang neh.. sebab senior azil akan join project team. serba-salah nak accept tanggungjawab ni sebab azil dah bitau bos intention nak transfer task. tapi azil accept la jugak mengenangkan, belum ada opening yang sesuai untuk azil di bahagian-bahagian lain di samping memberi pendedahan untuk azil step up.

"sampai bila-bila ke nak jadik AE?"
"eh, tak.."
"haa.. tau pun.."

hrrmm.. ok je la kan.. kalau ada rezeki, bleh naik pangkat.. =D

tapi perut geli-geli dah nih.. role baru effective 1 oktober.

bila mengenangkan akan menggalas tanggungjawab dalam tugas yang azil sekarang pun rasa nak lari, memang sakit kepala ni.

mengharap yang baik-baik akan berpihak pada azil.

amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Office.Matter"