seorang lagi kawan pejabat meletakkan jawatan. pun, seorang yang rapat. dia masuk kompeni tu lambat sebulan dari azil. kitorang co-host satu task sebelum dia diberikan task lain. sepanjang hampir 4 tahun ni, kitorang tak pernah duduk jauh. antara duduk belakang azil atau depan azil.
dia agak makcik, dan banyak bercakap. cepat panik, gelabah, dan suka komplen semua benda. tapi dia ada jiwa yang sangat mengambil berat hal orang lain. dan azil sangat hargai benda tu. ada je masalah, luahkan je ke dia, dia selalunya bersedia nak mendengar.
tapi sejak "management restructure" bulan november lepas, hidup dia kat pejabat tu menjadi sangat-sangat tak bahagia. hari-hari, hampir setiap jam boleh dengar dia bercakap pasal segala yang bersifat negatif je. kesian azil tengok dia.
azil tau dia tak boleh terima perubahan yang berlaku, tapi azil agak tak sangka dengan keputusan yang dia buat..
so, jumaat lepas akhirnya dia pun tender resignation dia. dan habis hati dapat meluah semua yang dia tak puas hati kat bos. antara yang dia cakap,
"i've lost my familly here. the management has broken us up."
jujurnya, bila dengar ayat tu azil terus sebak. indeed, azil hilang beberapa orang yang rapat sejak perubahan ini.. dan bilangan itu akan bertambah..
(T_T)
0 Response to "Another.One.To.Go"
Post a Comment