Bapanya bekerja syif petang di kilang sekitar sini.
Ibunya berada di kampung, dalam pantang selepas melahirkan.
Dia mengambil kunci kereta yang ditinggal bapa di rumah, dan mula memandu keluar.
Nasibnya kurang baik.
Di salah satu simpang kawasan perumahan kami, dia melanggar sebuah motosikal sehingga jatuh penunggangnya. Mujur tidak digilis kenderaan lain.
Panik mungkin, dia mengundur laju keretanya tanpa mengambil kira kemungkinan ada kenderaan di belakang.
Pada masa itulah kereta kami dilanggar bahagian belakang keretanya.
Panik berganda!
Dia memecut laju kereta meninggalkan kawasan kemalangan.
Beberapa orang penunggang motor mula mengejar. Saya tidak tahu bagaimana, tapi mereka berjaya membawanya kembali ke kawasan kemalangan.
En.Eid sudah sangat marah. Untuk melanggar kereta kami, mungkin ada ampun lagi. Tapi, untuk lari dari tempat kejadian?! Itu mengguris sabar. Dan untuk tahu kemudiannya yang pelaku merupakan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun?! Oh, naik angin!!
Di bahagian yang dilanggarnya itu, adalah tempat biasa cik.aira duduk. Mujur tadi dia duduk di bahagian tengah. Itupun, bila saya berhentikan kereta di tepi jalan, dia berkata,
"Ibu, kakak takutlah. Rasa macam nak menangis sikit."
Kasihan saya mendengar. Pada masa itu, seluruh tubuh saya menggigil terkejut dan menahan marah.
Mujur tidak lama dia begitu. Saya tunjukkan budak yang melanggar kereta kami, pada masa itu dikerumuni orang ramai.
"Oh, kalau budak tu, takpelah. Janganlah marah dia lagi. Dia kan budak kecik. Kesian kakak tengok dia. Biar je la dia ye?"
Mudah sungguh anak saya memaafkan. Tapi saya masih berkeras hati. Walau ada raut serik di mukanya, hati saya belum sejuk lagi.
Hati mencari untuk menyalahkan orang lain sahaja.
Oh, dia cuma 13 tahun.
Maaf yang sebaik-baiknya?
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Dia.Cuma.13.Tahun"
Post a Comment