Sakit.

Sudah dua hari saya tidak ke pejabat.


Sejak petang Ahad lepas, tekak menjadi sangat gatal yang mengundang batuk yang memeritkan dada.
Pagi Isnin, saya beritahu En.Eid, dada saya rasa sangat sempit.
Selepas mandi, kami ke klinik. 
Saya diberikan nebulizer, yang mana kali terakhir saya menerimanya adalah pada tahun 2009!

Lelah. 
Kembali lagi.

Hari ini masih batuk. Bersin pun lebih dari selalu. (saya selalu bersin pada awal pagi dan tengah malam)
Bernafas masih ada bunyi.
Saya masih boleh tahan itu asal jangan dada yang sempit.
Memang rasa nak toreh dengan pisau dan bersihkan kahak yang merencat laluan oksigen ke paru-paru.

Oh, esok kalau saya ke pejabat, akan menjadi satu-satunya hari saya bekerja pada minggu ini.
Akan mula bercuti menyambut Hari Raya Aidiladha di Dungun, Terengganu bermula Khamis ini sehingga Isnin hadapan.

Saya kira sudah mula tengkujuh di Terengganu.
Terasa ingin merakam beberapa gambar laut tengkujuhnya.

Jarang dapat balik semasa tengkujuh.
Kualiti jalan raya yang tak begitu sempurna, membuatkan En.Eid sentiasa menegah.

"Jahanam kereta nanti."

Laut tengkujuh, 見たいな~・・・

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Sakit."