Sakit-sakit badan.
Sepanjang tulang belakang hingga ke tulang ekor.
Duduk salah, baring pun salah.
(>_<)
Ke klinik, tetapi blackout. Tidak lalu memandu lebih jauh, saya memutuskan untuk ambik Emergency Leave sahaja. Mahu berehat-rehat di rumah, tapi terkenang beberapa tugasan pejabat yang tertunda. Tidak mahu esok menjadi terlalu sibuk, saya siapkan sebahagiannya tadi. Sambil mengulang ke rumah mak 2, 3 kali melayan tetamu datang beraya.
Mulanya pakcik, adik mak saya datang berziarah, dengan 3 kereta muatan penuh. Cemas juga mak dibuatnya takut sajian tidak mencukupi. Kepantangan mak saya kalau tetamu datang tidak dijamu secukup dan seeloknya. Selepas keluarga pakcik saya pulang, mak terus mengajak saya keluar ke kedai membeli rencah untuk memasak mi goreng, untuk disajikan pula kepada kelaurga abang saya yang berjanji datang berziarah juga pada hari ini.
Pulang dari kedai, dalam 10 minit, mak menelefon memberitahu keluarga abang sudah tiba. Bergegas lagi saya ke rumah mak membantu di dapur mana yang patut. Mujur juga cuti sebenarnya, kerana mak keseorangan dan baru memulakan puasa 6 nya hari ini. Memang kelelahan juga mukanya bersilat di dapur tadi. (^-^;
Selesai tetamu berziarah, mak menyampaikan pula esok, akan ada keluarga adik lelakinya yang lain pula akan berziarah. Tapi sudah saya maklumkan, esok saya perlu ke pejabat! =P
Semoga urusan pejabat esok dipermudahkan. Saya tahu mood saya tidak sepenuhnya untuk kerja sekarang.
Saya mula berkira-kira untuk memohon status kerja-dari-rumah bermula minggu ke-32 kehamilan nanti. Dalam sebulan dari sekarang.
Semoga diperkenankan.
Amin.. =D
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Cuti.Dipanjangkan"
Post a Comment