Salam.2015

Hampir setahun.

Rasa desak menulis itu hilang.
Rutin harian terlalu padat.
Bila ada waktu senggang, hanya mahu duduk, baring, lelap mata.

2014 berlalu dengan pelbagai peristiwa.

Januari, cabaran cik.aira di tahun 1. Hari kedua persekolahan, hari pertama menaiki van sekolah, dia "hilang". Pakcik van kembali ke rumah menyatakan cik.aira tidak ditemui. Bergegas saya, en.eid, mak ke sekolah mencari. Hampir tiba di pintu pagar sekolah, cik.aira berlari menjerit girang.

"Maakk! Kakak tengok ikan dalam kolaaamm! Seronok sangat!"

-__-!

Bulan ini juga, en.aidh dimasukkan ke wad kanak-kanak di Nilai Medical Center. Batuk selsema berpanjangan. 5 malam berkampung di hospital.

Februari, family vacation ke kota kinabalu - kundasang. En.aidh berumur 4 bulan, pertama kali menaiki pesawat. Mujur elok perangai sepanjang hampir 2 jam penerbangan. Bermalam di kaki gunung kinabalu. Pagi bangun awal mengejar melihat puncak gunung sebelum ditutup kabus sepanjang hari.

Malam itu, di buletin utama, tersiar berita wanita warganegara German jatuh dari puncak gunung.

Aiyoo!

Jun, membawa en.aidh pulang kali pertama ke Dungun.

Julai, menyambut Aidilfitri di Dungun. Sekeluarga dengan tema merah - hitam. Kali ini 6 beranak, en.eid bukan satu-satunya berbaju melayu kali ini. =P

Ogos, menyambut ulangtahun kelahiran en.eid di Bukit Fraser.

Oktober, en.aidh injak usia setahun! Tapi gigi baru tumbuh 4 batang, dan tiada tanda-tanda mahu berjalan walaupun sudah boleh memanjat tinggi.

Disember, majlis perkahwinan linda dan reez di Nilai Springs Golf Resort dan Desa Moccis, Sungai Buloh. Mak lega. Selesai semua anak-anak dah kahwin.

Tahun 2014 juga mencatat peningkatan gred saya di pejabat. Juga meningkatnya tanggungjawab. 18 orang direct reports, angka terbesar yang saya perlu ketuai kini.

Cabaran menangani manusia, pelbagai peel dan cara fikir, saya perlu selarikan supaya tidak bertingkah dan bertelagah.

Kesimpulannya, 2014 diisi dengan pertambahan tanggungjawab di rumah dan pejabat. Cabaran berat juga bila saya perlu imbangkan masa antara keduanya. Sehingga hujung tahun pun, saya masih berusaha mengagih masa sebaiknya.

2015, cik.aish pula melangkah ke tahun 1. Tidak kalah juga cabaran saya tahun ini.

Semoga dipermudahkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Salam.2015"