Perlu.Petunjuk



Belum sebulan kembali ke "team" lama, saya rasa begitu terdera. Masuk tatkala pelbagai projek-projek mega dilancarkan, dan saya perlu bertanggungjawab semasa "stabilization period". "Stabilization period" memanglah fasa ribut taufan! Minggu lepas, 3 hari saya tiba rumah sejurus selepas azan Maghrib. 

Rutin malam saya semakin sibuk. Kerja sekolah cik.aira dan cik.aish bukan sedikit nak dihadap, dan saya lakukan seorang demi seorang. Sementara tunggu giliran, seorang dah terlelap. Kesian saya menengokkan. Biasanya hampir jam 10 malam juga selesai keduanya. 

Mak sudah bingit di telinga meminta saya  mencari kerja lain, lebih dekat dengan rumah, lebih banyak masa dapat diluangkan untuk anak-anak. 

Aahh.. Kalaulah semua perkara semudah yang kita inginkan itu menjadi. 

Perlu petunjuk..
Perlu petunjuk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bujang.Sorang



Apa dia kira.
Kalau nak mesti dapat.
Kakak-kakak dah banyak serah aduan dan laporan.
Semua saya "case closed" dengan frasa 

"Sabarlah.. Dia kecik lagi.."
"Hiiyy, ibu niiii.."

Nakal dia adakala melampaui batas kesabaran. Tapi bak kata mak

"Bujang Sorang"

Memang untouchable la kawan..

-__-!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Challenges



Sedang menunggu di ruang menunggu Bilik X-Ray, Nilai Medical Center. 

En.Eid jatuh longkang pagi tadi. Mengadu sakit belakang, bergegas saya pulang. 35 minit rekod perjalanan dari Petaling Jaya ke Nilai. Agak laju. Semoga tiada yang menyumpah cara pemanduan saya yang menyelit-nyelit tadi. 

Petang ini ada laporan keputusan peperiksaan sekolah KAFA. Perlu ke sekolah pula selepas ini.

Perlu kekal cergas ni! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nasik.Lemok.Ikang


Hati gembira dapat menikmati nasi lemak dengan sambal ikan tongkol pagi ini.

Walaupun bukan tanah asal saya, Dungun belum pernah gagal membuatkan saya rindu untuk kembali. 

:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS