Perlu.Petunjuk



Belum sebulan kembali ke "team" lama, saya rasa begitu terdera. Masuk tatkala pelbagai projek-projek mega dilancarkan, dan saya perlu bertanggungjawab semasa "stabilization period". "Stabilization period" memanglah fasa ribut taufan! Minggu lepas, 3 hari saya tiba rumah sejurus selepas azan Maghrib. 

Rutin malam saya semakin sibuk. Kerja sekolah cik.aira dan cik.aish bukan sedikit nak dihadap, dan saya lakukan seorang demi seorang. Sementara tunggu giliran, seorang dah terlelap. Kesian saya menengokkan. Biasanya hampir jam 10 malam juga selesai keduanya. 

Mak sudah bingit di telinga meminta saya  mencari kerja lain, lebih dekat dengan rumah, lebih banyak masa dapat diluangkan untuk anak-anak. 

Aahh.. Kalaulah semua perkara semudah yang kita inginkan itu menjadi. 

Perlu petunjuk..
Perlu petunjuk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Perlu.Petunjuk"