Mengantuk.

Kepala tingtong.


Ada 120 pending alert to close by Jumaat ini. 

118 bukan di bawah region / negara kelolaan saya tapi perlu menghulurkan bantuan untuk menyiasat dan menyelesaikan setiap alert.

Politik berbeza di team ini. Saya punya rakan sejawat yang buat masa ini pandang rendah mengenai kemampuan saya.

Kalau becakap, minta menang sentiasa.

Bukan mahu dengar bicara balas dari sesiapa pun.

Hrm..

Pengurus minta saya luah secara berdepan mengenai ketidakpuasan hati, tapi saya kira dalam keadaan sekarang seperti tindakan yang sia-sia.

Tunggulah nanti. Saya beri masa, dan tentukan samada mahu telan atau saya muntahkan kepadanya nanti.

Sekarang, sabar dan minta pada Tuhan agar dapat terus sabar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Anxiety.Disorder

Cuti raya saya berbaki sehari lagi. 


Sejak bercuti, saya masih belum berjaya memujuk diri melupakan hal pejabat. 

Sekarang, seharian sakit kepala.
Perut memulas-mulas..
Hati berdebar-debar..

Macam-macamlah.. 

-_-'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Aidilfitri


Dari saya, 

Aidh Zain Al-Abidin Mohd Aidil
^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Acun.Nak.Catap.Citet

Pada satu malam, en.eid sedang melayan hal kerja di laptop. Cik.airis datang menegur,


"Babah denyar ni Acun nak catap citet."
"..."
"Babah denyar la niii!!"
"Aa.."
"Babah denyar la Acun nak catap ni.."
"Hisshh.. Aa, Acun nak cakap apa??"
"Acun nak cataaapp.. Rahsiaaaa.."
"Hah?!"
"Acun nak catap rahsia. Tu je.."

Terus dia berlalu pergi. 
Hoih! 
Panas je hati melayan budak ni tau! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pencuci.Muka

Dua malam sudah, sejurus selepas menurunkan mak di hadapan surau untuk terawih, 


Cik.Aira: Ibu, jom la kita keluar.
Ibu: Nak pergi mana malam-malam ni?
Cik.Aira: Kita pergi cari pencuci muka.
Ibu: Hah? Pencuci muka apa ni?
Cik.Aira: Ala, lepas makan kan kita makan pencuci muka. Macam buah ke, aiskrim ke.
Ibu: Itu namanya PENCUCI MULUT, kakak, bukan PENCUCI MUKA. 

-__-'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS