Hari ini ada budak baru melapor diri. Sementara selama sebulan dia akan melapor ke saya. Budak baru ini menggantikan seorang rakan di bahagian lain yang berhenti kerja sebulan lepas dan sementara syarikat mencari pengganti, anak-anak buah saya perlu menjadi PIC. Maka, bila budak baru ni masuk, dia perlu belajar hal-hal kerja dengan anak-anak buah saya.
Debar juga ni.
Saya memang senang debar kalau ada perkara baru akan terjadi.
Tapi saya rasa budak baru mungkin lebih debar.
Kerja pertama, katanya.
;-)
Posted via Blogaway

Anak-anak melepak, sementara menunggu mak dan linda bersiap.
Pagi ini mahu ke KL.
Mencari kain untuk baju kurung raya.
Perlu pergi awal dan tunggu kedai buka.
Sebelum sesak dengan manusia.
;-)
Posted via Blogaway
Hasil lukisan Cik.Aira.
Beria-ia mengatakan itu princess.
Sedikit menakutkan, tapi agak menjadi juga lukisan dia ni, pada pendapat saya.
Mungkin ada tumpah tangan halus En.Eid yang diwarisinya.
Saya?
Jangankan princess, lukis gambar kereta kotak pun belum tentu jadi!
:-S
Posted via Blogaway
Hujan sangat lebat.
Ada kereta parkir depan keta saya.
Saya sudah info penjaga parkir untuk alihkan.
Tapi tidak dilaksanakan lagi.
Kasut saya kuyup meredah banjir di kawasan parkir ini.
Ini sangat tidak menyeronokkan.
:-(
Posted via Blogaway
Sejak penghujung tahun lepas sehingga sekarang, keluarga saya tak sudah dengan ahli yang sakit.
Bergilir-gilir.
Pernah sampai ketiga-tiga Cik di rumah ini, demam serentak dan bila sembuh, saya pula yang demam panas.
Cik.Aira masih belum sembuh dari batuk berkahak. Cik.Airis pula mula demam. Saya serahkan ke tangan mak pagi tadi sebelum pergi ke pejabat pada suhu 39℃.
Pulang tadi dengan suhu 38.9℃. En.Eid pesan supaya jaramkan air beras. 20 minit dijaram, suhu turun ke 37 ℃. Biarkan Cik.Airis bermain dalam 15 minit. Bila suhu disukat lagi, kembali ke angka 38.
Jaramkan lagi sehingga dia tertidur.
Ah, belum bersihkan diri lagi sejak pulang tadi. Jiwa rasa serabut dan letih.
Perlu bersih diri sementara sempat.
Bacaan suhu terakhir : 37.3 ℃.
Posted via Blogaway
Agak letih nak menulis panjang, jadi saya tampalkan gambar-gambar.
Kek malam ini, Mango Cake dari King's Confectionery. Pertama kali dalam sejarah membuat majlis harijadi, kek habis dimakan semasa majlis. Kalau tidak, semedang berlebih dan disimpan berhari-hari di dalam peti ais sehingga habis dimakan atau dibuang sebab tiada siapa mahu makan.
| Sementara menunggu keluarga yang belum hadir. |
| Cik.Aira memotong kek selepas ramai-ramai menyanyikan lagu Happy Birthday To You. |
| Cik.Airis memerhati pakcik-pakcik, makcik-makcik, tok-tok dan opah-opah makan dan bersembang. |
| Selesai majlis. |
One week, two nieces.
Rezeki kan?
This time, my little brother's wife has safely delivered a baby girl, @2:00am this morning.
That is the most details I can get, at this point. Hopefully can make to meet her tonight after work.
:-D
Posted via Blogaway
Welcoming new member of the family.
En.Eid's little sister has safely delivered a baby girl yesterday evening @6:00 pm, Kuala Terengganu General Hospital.
More details is yet to be shared.
:-)
Oh, she is the first niece of En.Eid's side.
In Terengganu, the eldest uncle would be called either "Ayoh Long" or "Ayoh We" ("We" being "tua" in the siblings it seem), and the wife would be called, "Mok Long" or "Mok We".
.. And I would feel younger should I be called "Mok We" (sounds like makwe??) by nieces and nephew (if any).
Perasan??
=p
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
@ Aunty Aini's Garden Cafe.
Aiskrim tapai di sini sangat enak!
Saya sebenarnya tak boleh menerima idea tapai dijadikan perisa aiskrim, tapi kalah dengan yang ini.
Posted via Blogaway
Saya bekerja hari ini.
Juga esok.
Saya suka bekerja pada hari cuti umum.
Jalanraya sangat mesra pengguna.
Tapi sedikit pelik kenapa pejabat saya agak sunyi.
Sedangkan dalam team saya, hanya 2-3 orang sahaja yang mengambil cuti umum ini.
Oh, agaknya, 2-3 orang ini yang selalu memeriahkan suasana pejabat.
Salah seorang yang tiada hari ini?
Bos saya.
=P
Baru awal tahun ni sakit, dan sekarang saya kembali sakit.
Hidung saya berhingus lebat sehingga menyukarkan pernafasan. Tidur perlu dalam keadaan separa baring-duduk. Sebentar tadi, baru sudah menelek lubang hidung sendiri. Bersarang hingus!
Mujur hari ini saya cuti. Mahu ke pejabat imigresen di Sungai Pelek, Sepang. Ada urusan pembaharuan pasport En.Eid. Dia perlu ke Singapura bulan ini atas urusan kerja.
Harap-harap urusannya mudah dan cepat selesai. Saya kalau dijangkiti selesema, memang tidak boleh bertahan lama. Mesti mahu banyak tidur. Agaknya bila sukar nak bernafas, oksigen kurang masuk ke dalam otak, itu yang membuatkan mata pun mudah sangat mengantuk.
Alamak!
Kembali mengantuk. Jangan saya tidak sedar untuk menghantar Cik.Aira ke sekolah nanti, sudah.
Tidur kembali.
Zzz.
Posted via Blogaway
Ini bulan harijadi anak-anak.
10 Januari 2012, Cik.Aira bertambah 5 tahun.
28 Januari 2012, Cik.Aish beralih ke 4 tahun.
31 Januari 2012, Cik.Airis menginjak 1 tahun.
Kepada Cik.Aira..
.. yang telah mula bersekolah, dan sudah ada social network sendiri, belajarlah berkawan dengan baik. Jangan mencari pasal dengan orang lain. Belajarlah menerima perbezaan. Bukan semuanya sama seperti kakak. Hormat orang sekeliling, dan tunjukkan contoh yang baik buat adik-adik. =)
Kepada Cik.Aish..
.. yang walaupun tidak sabar mahu bersekolah seperti kakak, sila banyakkan bersabar dan berlembut dalam perlakuan. Bila adik terlalu kasar dalam bercakap dan perbuatan, nanti Adik suah nak dapat kawan. Kita tidak mahu Adik nanti membesar sebagai orang yang dijauhi. Walaupun Adik ada valid ground untuk justify apa yang Adik buat, setiap perkara ada pelbagai cara melaksanakannya. sila pilih cara yang lebih lembut dan mendamaikan, walaupun cara itu jauh dari jiwa Adik. Belajarlah sebab Adik juga akan menjadi contoh dan ikutan oleh adik(-adik). =)
Kepada Cik.Airis..
.. yang baru-baru ini telah memulakan langkah pertama, walaupun langkahnya itu lebih pada rentak tarian, dan bukannya intention nak berjalan pun. Tapi tidak mengapa. Asalkan sudah tidak malas mengangkat kaki. Dan Ibu boleh laporkan ke doktor "Baby dah mulakan langkah pertamanya!" dengan bangga dan senang hati, semasa kita pergi mengambil suntikan MMR nanti. Semoga akan terus giat meneroka dunia kecil ini, rajinlah menyelongkar dan menyepah rumah andai itu adalah salah satu survival skill yang diperlukan. Rumah sepah? Tidak mengapa.. Nanti Babah kemas. =D
Untuk kesemuanya, semoga membesar dengan baik-baik sahaja.
Amin.
.. hopefully..
Hari ini menghadiri sesi terakhir dalam siri 3-sesi fisioterapi di Unit Rehabilitasi Hospital Putrajaya. Apabila tiba sahaja giliran dipanggil, doktor bertanya,
"Ada kurang tak sakit belakang?"
"Hum.. Kurang tahap saya tak mahu complaint apa-apa dah."
"Aa, kira last lah hari ni, ok? Kita buat hot pad sahaja lah."
"Ok."
Makanya, tadi hanya menjalani sesi hot pad sahaja. 20 minit. Selesai.
Senyum.
Semenjak bulan Ogos tahun lepas saya "menderita" sakit belakang yang agak teruk. .
Duduk lama, sakit.
Berdiri, sakit.
Duduk kembali, sakit.
Baring mengiring, sakit.
Terlentang pun sakit.
Sakitnya menyucuk-nyucuk ke tulang. Awal sangkaan,saya meneka mungkin masalah tulang belakang. Bila asyik mengadu sakit, dan berulang cuti sakit disebabkan masalah ini, selepas dibebel mak dan En.Eid, saya dapatkan surat rujukan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan di Unit Ortopedik.
Oktober, saya ke Hospital Putrajaya dan diminta untuk menjalani ujian imbasan X-Ray. Keputusan menunjukkan tulang belakang saya "terlalu lurus" berbanding "piawai". Puncanya, kerana otot-otot di sekitar tulang belakang yang mengeras sehingga memaksa barisan tulang saya "melurus".
3 kali sesi fisio yang doktor sarankan di samping beberapa perubahan yang saya perlu tukar dalam kebiasaan postur saya seperti cara duduk, berdiri, juga berbaring.
Hari ini, selesai ketiga-tiga sesi tersebut dan 16 Februari nanti saya akan kembali ke hospital untuk satu lagi ujian imbasan X-Ray. Sakit, walaupun on-off, tapi tidaklah sekerap dan seperit dahulu. Diharapkan bentuk tulang belakang saya akan kembali ke "piawai".
...
Oh, Cik.Aira baru bercerita petang ini. Dia menangis di tabika hari ini kerana seorang kawan sekelas lelakinya mencabut getah rambut dan mencekik (?) leher Cik.Aira.
"Kenapa dia buat macam tu?!"
"Dia nak jadi Ultraman, Ibu."
Hrrmm.. Budak-budak bermain dan bergaduh. Perkara biasa sepatutnya. Tapi saya tidak senang hati takut-takut kalau Cik.Aira nanti membiarkan sahaja perkara jahat orang lakukan ke atasnya. Jadi saya ajarkan satu perkara,
"Kakak, kalau orang kacau kakak, tolong tolak dia macam ni." sambil tolak bahu Cik.Aira. Dia terdorong ke belakang.
"Ibu, nanti kalau dia jatuh, luka, macam mana? Dia buat kakak, kakak dah menangis. Kalau kakak tolak dia, dia pulak menangis. Nanti bising sekolah tu, Cikgu Siti marah."
Ah, sudah.
Orang nak mengajar dia mempertahankan diri dari pembuli, dia pula sibuk nak mempertahankan pembulinya.
"Ok, kakak jangan buat kuat-kuat. Kakak tolak dia supaya dia jauh dari kakak. Lepas tu, kakak cari Cikgu Siti ye."
"Oo.. Tak bagi dia jatuh, kan? OK!"
Phew.
Harapnya budak lelaki itu akan behave selepas ini. Saya takut mak yang kecoh pergi serang mak ayah budak itu nanti kalau Cik.Aira mengadu lagi.
=/
Pagi tadi mak telefon.
"Kakak demam panas. Asyik batuk-batuk. Satu malam tak tidur."
Ok. Saya dah rasa macam kena proceed ke hospital ni. Bangun dari tidur, mandi-mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Kejutkan Cik.Aish dan dukung Cik.Airis yang masih tidur, bawa ke rumah mak. Saya bawa termometer bersama.
Tiba di rumah mak, ambil bacaan suhu badan Cik.Aira. 37.8℃. Beritahu mak kalau demam juga tengahari nanti, telefon saya. Nanti saya bawa ke hospital.
Cik.Aira demam pada hari Khamis minggu lepas. Tapi kebah selepas sehari, cuma batuk berpanjangan. Tapi malam tadi demam berulang dan batuk semakin teruk.
Mak saya jenis tak suka mengulang doktor. Bila sekali pergi, sakit tak baik, terus sahaja ke hospital!
Maka sebab itulah saya di sini sekarang. Tadi semasa pemeriksaan saringan di Unit Triage, suhu badan Cik.Aira naik kepada 38.9℃. Sekarang menunggu giliran untuk diperiksa dengan terperinci.
Demam, demam juga.
Mulut tetap membebel-bebel.
"Ibu, kenapa doktor yang kasi kakak ubat tu cakap kampung? Dia tinggal Dungun juga ke?"
=_=
Posted via Blogaway
Saya rasa segan dengan seorang calon temuduga yang datang untuk sesi temuduga kali kedua, dan saya tidak ingat langsung pasal dia.
"Kita pernah bertemu sebelum ini." katanya.
"Serius?! Di mana??"
"Di bangunan sebelah. Awak penemuduga saya sebelum ini." dia senyum.
Dan entah mengapa saya berpeluh. Saya mungkin faktor yang menggagalkan dia sebelum ini. Dan kali ini pun dia sukar untuk lepas nampaknya.
Saya rasa bersalah pula.
>_<¦¦¦
Posted via Blogaway
obviously.
Cik.Aira sampaikan itu kepada saya semasa menjemputnya pulang tengahari tadi. Pura-pura terkejut, saya tanyakan sebabnya.
"Esok, Cikgu Siti nak balik kampung. Nak tolong mak dia masak dekat kampung dia."
Saya gelak-gelak. Dia belum kenal lagi phrase
Thank God It's Friday!
=P
Happy Weekend, People!
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Sehingga Isnin depan, menjadi rutin saya untuk menghantar dan menjemput Cik.Aira. Bila kereta saya sampai depan pintu pagar sekolah, nanti akan dengar Cikgu Siti jerit,
"Aira Amniya! Ibu dah sampai!"
Lepas itu baru nampak kelibat Cik.Aira dibenarkan keluar dari sekatan yang dikawal Cikgu Siti dan pembantunya di pintu tabika.
Kagum dengan Cikgu Siti. Baru 2 hari dah cam mak ayah budak-budak ni. =D







