R.I.P.Jaya


azil rasa, semua pun dah baca / dengar berita pasal Jaya Supermarket kat Seksyen 14, PJ runtuh petang khamis lepas. to date, 6 orang maut (ke?).

hrrmm..

sebagai seorang yang lahir dan membesar di petaling jaya, bangunan Jaya Supermarket tu sangatla memberi nostalgia pada azil. sejak azil boleh mengingat, Jaya Supermarket tu memang dah ada kat Seksyen 14 tuh. kira bangunan shopping yang gah la masa tu. Subang Parade pun tak lahir lagi.

dulu, mak keje kat kilang buat rokok Rothmans (now known as BAT). kilang mak keje tuh boleh dikatakan satu jalan dengan Jaya Supermarket. kalau mak keje shif petang, balik pukul 10 malam, arwah ayah akan jemput dia. azil, boboy dengan linda akan follow. sebelum ambik mak, arwah ayah suka mengular dulu kat Jaya. saje suka keluar masuk kedai. biasanya arwah ayah akan masuk kedai buku Popular kat tingkat 3 bangunan tu. azil rasa, sampai saat akhir kedai-kedai kena kosongkan bangunan, Popular still maintain situ la.

masa azil darjah 6, ada pasti akhir tahun kelas. kawan-kawan sibuk nak pi carik decoration. diorang decided nak pi Memory Lane, kat Jaya. azil pun joined diorang sama pi carik decoration tu. kemain lagi berani naik teksi dari Kampung Tunku ke Jaya tu. dah la mak masuk shif petang aritu. pegi plak tak bitau mak (harus la kan.. kalau info, sure la dia tak bagi pegi.. =P). berdebar-debar merewang-rewang dalam Jaya tu.

lepas abis SPM, azil golek-golek kat umah. sebab boring sangat, mummy cadangkan azil keje part time. dia suruh abah pi carik. kebetulan pulak Pasaraya Wellsave (dulu dia pernah jadik Cold Storage -> Wellsave -> Cold Storage balik) nak pakai cashier. takde inteview pun, terus isik borang pekerja. kuat betul kabel abah. azil jadik la cashier part time (baya rm10.00/jam, MEWAH!) selama 2 minggu sahaja. kena berhenti sebab tendon kaki koyak, akibat kena berdiri lama sangat! hahaha! lembik sungguh, kan? kerja 2 minggu tu, azil dapat hampir RM1k la jugak.
($_$)

lepas SPM, azil buat preparation program kat UM. memang selalu sangat laaa merewang area seksyen 14. dah POPULAR tu memang WAJIB pergi walaupun takde mende nak carik / beli. entah apa punya perangai.

bila fly jepun, azil dah takde la mengadap Jaya Supermarket dah, untuk sementara waktu.

masa azil balik ke mesia tahun 2004, antara date-date awal azil dengan en.eid, ialah lunch di Chicken Rice Shop kat bahagian belakang bangunan Jaya Supermarket. makan CRS je pun masa tuh dah abih bahagia tau! lalalala..

and then, lama jugak tak pegi ke Jaya sebab azil keje kat Senawang.

tahun 2007, bila career path azil berubah kedudukan geografi ke Petaling Jaya, lagi sekali Jaya Supermarket cross path dengan azil. Seksyen 14 tuh dah banyak berubah. Bangunan MetroJaya dah diganti Digital Mall. Kereta semakin banyak, jalan semakin sesak. Jaya pun dah ada Starbucks kat main entrance, tapi kat dalam still kedai-kedai yang dulu jugak.

July 2007, azil ada farewell party Kavin kat restoran Cable Car.

quarter meal last year, makan steamboat kat Johnny's (yang mana selepas itu, azil dah ajar en.eid jadik hantu steamboat).

azil rasa itu visit terakhir azil ke Jaya Supermarket. tak lama lepas tu, Jaya ditutup.

dan petang khamis lepas, bangunan tu runtuh sampai meragut nyawa..

sad ending sungguh..

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Yeay!



cik.aira dengan cik.aish tengah seronok melanyak rumput kapet en.eid. huhahuha dok ganggu en.eid siram rumput baru dia. diowang kejar air siram. tengokla peyut cik.aish tuh.

membulat!

hahaha..!

seluar dia siap dah salut tanah liat dok jatuh sangat atas rumput tuh. cik.aira proper sikit. takde senang-senang nak guling-guling. selipar palit tanah sikit, dah menggelupur carik air.

"yek-yek! bashoohh..!!"

menjerit-jerit. cik.aira nih penggeli sikit.

syok la budak-budak ni lepas ni. dah ada rumput, buleh la main-main kat luar rumah. takde la cam sekarang neh, asyik berkuruuunngg je dalam rumah. nak lepas-lepas keluar kat jalan tu, kitorang tak berapa berani. sebab ada kes budak 2 tahun (baya cik.aira) yang tinggal selang 4 buah rumah dari rumah azil, kena kidnapped 2 jam. kes tuh dalam hujung tahun lepas jugak rasanya.

sangat menakutkan!

makanya, bila dah ada rumput kat laman tepi rumah ni, bolehlah keluarkan cik.aira + cik.aish kasik main-main kat luar. ibu / babah / mama diorang boleh la tengok-tengokkan.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nama.Saya.Lela!

oh, tidak..

itu bukanlah nama yang azil bagi kat dia..

but she insists.

"nama sape?"

"lelaaaa.." dengan bangganya..

"bukan la.. airaaa.."

"eh, kaaann.. lelaaaa.."

"salah kakak.. nama kakak, airaaaaa..."

"kan buu.. lelaaaa.."

apasal??

apasal dia nak nama lela nih?

azil paham la kalau dia pelat, but pelat untuk nama AIRA, biasanya berbunyik EYYA, ELA, but LELA??

serius tak paham.

buat masa ini, nama cik.aira ialah cik.lela..

huh..

penat kasik nama sesedap, tak sampai 3 tahun, dia pi tukar sendiri..

=/

*please la kakak.. nama kakak Aira Amniya, ok.. bukan lela aaa..!!* p(>o<)q

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Saya.Sibuk

alangkah lamanya azil tak meng-update.

sangat sibuk sepanjang minggu lepas. dengan hal kerja, dengan hal keluarga.

mail-mail yang sangat banyak masih lagi backlogged at 1 jam. should be ok, kata boss. lega. (^^;

selasa lepas, mr. wee ingatkan pasal progressive test 1, esok. alahai, tak bukak buku langsung sejak dari itu. =/

hari sabtu, ke rumah mak ngah di tapah, perak untuk memeriahkan majlis perkahwinan hafiz, anak ketiga mak ngah. bertemu jodoh dengan orang wakaf baru, kelantan. muka wife dia hampir sama iras wife abang syahril, abang sulung hafiz. diorang nih adik-beradik ada taste yang serupa, agaknya. =)

petang tadi, memandu ke kementerian pengajian tinggi, putrajaya, ke opis aida. serahkan dia stok sutera batik + kaften batik.

balik dari putrajaya, azil sidai baju-baju dari dalam mesin dari trip ke-3. (sekarang mesin tengah running trip ke-4). owh, balik kampung 2 hari, dah 4 trip kain baju azil nak kena setel. basuh memang la mesin yang setel. nak menjemur? mengangkat? melipat? menggosok? menyimpan?! huwwaaa..!!

tengah sidai kain tadi, ada segerombolan troop majlis perbandaran nilai (mpn) datang berhenti depan umah azil, aci dan mak. ada 3 kenderaan, so satu parked at each house la. macam operasi tentera, main parking tetengah jalan. mentang-mentang la jalan jajahan mpn. azil tak sure operasi apa diorang datang petang-petang ni, after office hour pulak tu, yang azil nampak, mak dah pi serang troop tu dulu.

hahaha..!

mak azil memang suka komplen-komplen nih. bila lori-lori mpn tuh datang parking depan rumah, memang diorang saje nak serah diri la tuh.

berdegar-degar la mak komplen pasal anjing suka uk-uk merata-rata (lelebih lagi atas rumput kapet depan umah azil! sangat takde manner tuan dia!). kebetulan pulak ada uk-uk anjing tuh berlonggok-longgok atas rumput, apa lagi?! EVIDENCE laa..!

besh! besh!

terhangguk-hangguk la encik kamal (ketua operasi kot, dia je datang pakai kemeja, orang lain datang pakai t-shirt uniform mpn), dengan tabah menerima tembakan demi tembakan dari mak azil. kesian..

dah setel mak pung-pang-pung-pang, trrop tu pun blah (sure diorang mimpi buruk ini malam. hahaha!), azil sambung sidai kain lagi sikit, masuk la rumah melangut la nak tunggu 4th trip nih.

alamak, sangat lapar..

nak dinner dengan en.eid, tapi kawan balik lambat la. camner neh? camner neh?

t o l o n g !


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Komplen.Kerja

akhirnya, tiba jugak hari jumaat. cepat betul minggu ni berlalu. azil sangat-sangat letih.

3 hari balik malam! oleh sebab kompeni menggatikan bayaran OT dari bentuk wang kepada time-off, azil dah berjaya kumpul 10.5 jam sehingga hari ini sejak masuk keje semula khamis lepas. sangat banyak la untuk orang yang job-nature nya nak OT sejam sebulan pun takde.

shortage separuh tenaga kerja.

cik chia makan angin ke jepun, melody balik kampung ke sabah.

azil dengan kak g.. berjoget la membalas email.

(T_T)

minggu ni, baru azil sedar kenapa task yang azil buat selama ni, dikatakan yang paling susah dalam team japan, dan yang paling orang takmo buat. berpikir-pikir balik,

"kenapa laaa aku sengal sangat pi terima task nih dulu??"

sebelum buat task skang, azil ada buat satu task lain. sama nature, jawab email customer tapi lain keje. skang nih, lebih pada buat billing. highly-sensitive job. tableh eik nak salah silap sket. harus berlobang-lobang azil kena tembak dengan jepun kang!

selama ni, azil memang paham yang orang jepun nih bangsa yang teliti. secara umumnya, memang rakyat dia teliti. tapi bila buat kerja nih, azil nampak yang ada orang jepun punye teliti tahap lorat + tak lojik! tuh serius geram, rasa nak campak je pc kalau dapat mail kena hamun dengan customer. maa.. orang jepun tak reti la mencarut-carut. tapi buleh paham la kalau dia tengah marah through mail dia. =/

semalam chan-leader datang jumpa azil + kak g (tuh pun satu nak melambatkan keje orang tuh). nak diskas la kunun-kunun bahawasanya jepun telah menghantar komen-komen yang memarkahkan prestasi keje task azil neh secara purata pada 5/10 sahaja.

itu adalah AMAT RENDAH untuk dibandingkan dengan semua task dia team japan.

boss sampai hantar mail kata nak bincang mende neh bila dia balik cuti, yang mana kemungkinan besar pada senin depan.

chan tanya problem-problem task kitowang. dengan tak berpikir panjang, azil dengan kak g buleh jawab serentak,

"STRESS la.."

hahahaha..! task tuh dah buleh buat azil dengan kak g berfikir secara simultaneous. sangat menakutkan.! chan gelak je la. azil request kat chan suh hapuskan limit masa nak reply mail customer.

bayangkan yea.. lojik tak lojik.. satu mail yang request bill untuk satu shipment akan ambik masa 5-7 minit untuk dijawab. mengambil purata satu mail azil jawab 6 minit, makanya sejam, azil buleh jawab 10 mail @ 10 shipment sahaja, ok.

waktu keje 8 jam, so azil boleh jawab 80 mail @ 80 shipment. tuh memang tak ada time allowance langsung. memang hadap pc tuh on and on. maximum is 80.

ada 3 man power yang buat task nih, menjadikan jumlah mail yang boleh dilayan sehari = 240.

japan nih punye pening. dia buleh letak condition, "SUME MAIL MASUK SEBELUM PUKUL 1 TENGAHARI, SILA BALAS PADA HARI YANG SAMA", be it yang masuk sebelum 1 tengahari tuh 300 mail ke, 20 mail ke, janji balas arituh jugak. tak lojik langsung laa..!!

kalau 20 mail tuh boleh la layan. kalau 300 tuh, apa kes??

malam tadi tetiba terpikir..

"abih cima, nak kuar.."

hrrmm.. first time sejak masuk kompeni nih, terasa camni. aduilaa..

bahaya sangat.!

sebab azil membayangkan untuk at least stay kat kompeni nih for at least another 3 years or so. tak prepare pulak nak tinggalkan by next year.

harap-harap Tuhan tinggikan lagi la level kesabaran azil untuk menangani high-endurance task camni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2nd.Lecture


..but my 1st one. Mr. Wee is a very nice lecturer. He warm welcomed me and considerate enough to flashback some important topics been taught in previous week. :-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Klia.Trip. Again


huhuhu.. ada kat klia lagi. la nieh ada kat anjung tinjau. saje lepak-lepak dengan mak + linda + cik.aira + cik.aish. tengokla kat luar tuh betapa cerahnya hari. langit yang sangat biru. dan cam takde tapis dah antara bumi dengan matahari. makanya di luar itu, teramat-amatlah panas berbahang. azil rasa, kalau berdiri kat luar tuh, sure boleh mati rentung la.

cik.aira dengan cik.aish tengah main lari-lari. elok la. kat rumah tuh, takde la pulak ruang seluas anjung tinjau neh. berlari la puas-puas. cik.aira asyik terjerit-jerit je tengok kapal terbang. dulu dia sebut "penn". sekarang dia sebut "o-pen".

azil tengah hangin dengan cik.aira neh. dia bawak lari selipar mak campak kat tengah-tengah anjung tinjau nih. isskk.. dah la orang lalu-lalang. orang cleaner yang datang pun, cam serba-salah je muka tengok selipar sepasang boleh tercampak tengah-tengah dunia. kesian dia. cecepat mak pi ambik.

ouch..!

dengar cik.aira melalak. apa la kes dia tuh..

ok. lenkali pulak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Profile Photo Tag

Tag dari penge"tag" tegar azil, puan yatie.

Terangkan maksud gambar itu.

Maksud gambar eik.. Aa.. Tangan 2 orang manusia, berpegangan maksudnya apa yea..? Hahaha..!! Cam takde la nak bermaksud-maksud masa ambik gambar neh.. Saje test sephia mode kat kamera se k810i tuh. =P

Kenapa pilih gambar itu?

Sebab somehow azil rasa ini gambar macam sangat sweeeett.. =D

lerrhh.. tuh je ke soklan nye..??
kire ok la tuh..
homework KANSEI!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Balik.Dari.Dungun

Tengah upload gambar-gambar stok baru untuk Gerobok Batik. Silala singgah untuk produk-produk terbaru. Azil tambah kaften lengan panjang dengan takde lengan tuh. Ingatkan nak ambik tunic / long blouse, tapi masa pegi ambik stok arituh, tukang jahitnya meralit sangat jahit kaften sampai lupa nak jahit blouse.

Ceh..

Baru tiba dari dungun petang tadi. Macam tak reti penat je, boleh lagi nak online dah tetengah malam buta nih. cik.aira dah lama lena dengan babah dia. Cik.aish tedo umah mak.

Hagemaru dari tadi la dok memekak-mekak, azil malas nak tutup. Cam sunyi sangat la pulak.



Balik kampung kali ni, en.eid ajak travel tempat baru. Ke bukit besi. Azil tak penah sampai bukit besi. Selalu dengar cerita en.eid je (owh, laki saya tuh hantu sejarah. Kalau kitorang ditakdirkan kapel dari sekolah-sekolah, confirm result subjek sejarah azil boleh tukar dari 7 ke 1). So, ala-ala national geographic la kitorang menjelajah bukit besi. Tak berapa nak jelajah sangat sebenarnya. Lebih pada “redah saje lah!” punya adventure.

humm.. tempat mende eik bukit besi tuh..? bleh baca sini ye.. azil tak reti nak citer detail..


Punyala snap gambar sampai kering bateri se.k810i azil. Sangatla koman ambik gambar guna kamera henset. Berkali-kali en.eid sound kena dapatkan dslr. Kalau dslr tuh harga dia dua kupang dapat 5, azil beli 5 kupang pun takpe. Malangnya realiti tidak begitu. (^_^;

Azil akan bergolek-golek di rumah sampai rabu. Menghabiskan sisa-sisa golden week tahun ini. Bersyukur jugak dapat balik kampung. Boleh release tension. Entah apa yang azil tension kan pun tak tau. =/

Lalala..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bukit.Besi


Currently here.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

@Dungun

alhamdulillah, selamat tiba ke kampung en.eid dalam pukul 3.15 a.m tadi.

hahaha..!

kejadah la pagi-pagi buta baru nak sampai kan..?

kitowang (baca: en.eid, azil, cik.aira, cik.aish) bertolak dari nilai pukul 7.00 p.m semalam. sangat berkobar-kobar nak balik kampung. selebihnya, azil nak adventure balik malam lagi, selepas "berjaya" menempuhi pengalaman balik kampung malam masa musim tengkujuh, aidiladha lepas.

20 minit selepas memulakan perjalanan, cik.aish dah nganga-nganga mulut tido. ya ampun, anak azil sorang neh. sangat pantang masuk keta yang bergerak dan ber"aircond". sure padam punye.

cik. aira pulak, tak lama jugak. masa kandas atas mrr2, dia pun sama padam.

2 jam pertama selepas bertolak, kitowang masih terkemut-kemut atas mrr2. amat azab, ok! tak payah tekan minyak langsung. malahan, kena tekan brek je semanjang. nasib baik la transmisi en.waja tuh oto. kalau manual, ada yang admit kat hospital pantai, cheras tuh ke, hospital ampang sana ke, sebab kaki cramp tahap kronik.

berjaya check in highway lebih kurang kul 9.20 p.m. nak desyum-desyum, tapi ampun banyaaakkk nye keretaaa..!! purata kelajuan en.waja semalam dari gombak ke karak hanyalah 80 km/h.

sebelum sampai ke tol karak, kitowang singgah sekejap kat d'paya serai, dengan harapan nak dinner. harapan ala-ala punah sebab makanan yag kurang enak, mungkin sebab manusia yang sangat sesak, ditambah dengan cik.aish tumpahkan ribena atas bottom track azil. aduh! lari sket mood. =(

atas lpt, baru la nak rasa mencabar. sebab jalan sangat lurus dan lebar, dan gelap, azil takdela nak drive laju-laju sangat. dalam 110 - 120 km/h je. kalau ada matahari, jalan lpt, bleh vroom sampai 150 km/h dengan sangat selesa, yea. bila dah bawak kereta pada pecutan sifar, halaju sama, mata pun start la rasa bosan mitak lelap. aiyoo.. sangat bahaya. sepanjang lpt, ada 2-3 kali jugak kena berhenti sebab azil sangat mengantuk.

pukul 1.00 a.m kot berjaya menamatkan laluan lpt. masuk pulak sungai ular, nak menghala dungun. ya allah, situ pun azab jugak. tak pernah-pernah la beli halls sebatang, buleh habis, kali ni memang hingga titisan terakhir azil hisap gula-gula halls.

selain mengantuk, takde la kot cabaran-cabaran lain. alhamdulillah sungguh sebab selamat sampai semalam.

"lepas nih, jangan ngada-ngada yea nak balik malam." pesan en.eid.

hihihi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS