Balik.Dari.Dungun

Tengah upload gambar-gambar stok baru untuk Gerobok Batik. Silala singgah untuk produk-produk terbaru. Azil tambah kaften lengan panjang dengan takde lengan tuh. Ingatkan nak ambik tunic / long blouse, tapi masa pegi ambik stok arituh, tukang jahitnya meralit sangat jahit kaften sampai lupa nak jahit blouse.

Ceh..

Baru tiba dari dungun petang tadi. Macam tak reti penat je, boleh lagi nak online dah tetengah malam buta nih. cik.aira dah lama lena dengan babah dia. Cik.aish tedo umah mak.

Hagemaru dari tadi la dok memekak-mekak, azil malas nak tutup. Cam sunyi sangat la pulak.



Balik kampung kali ni, en.eid ajak travel tempat baru. Ke bukit besi. Azil tak penah sampai bukit besi. Selalu dengar cerita en.eid je (owh, laki saya tuh hantu sejarah. Kalau kitorang ditakdirkan kapel dari sekolah-sekolah, confirm result subjek sejarah azil boleh tukar dari 7 ke 1). So, ala-ala national geographic la kitorang menjelajah bukit besi. Tak berapa nak jelajah sangat sebenarnya. Lebih pada “redah saje lah!” punya adventure.

humm.. tempat mende eik bukit besi tuh..? bleh baca sini ye.. azil tak reti nak citer detail..


Punyala snap gambar sampai kering bateri se.k810i azil. Sangatla koman ambik gambar guna kamera henset. Berkali-kali en.eid sound kena dapatkan dslr. Kalau dslr tuh harga dia dua kupang dapat 5, azil beli 5 kupang pun takpe. Malangnya realiti tidak begitu. (^_^;

Azil akan bergolek-golek di rumah sampai rabu. Menghabiskan sisa-sisa golden week tahun ini. Bersyukur jugak dapat balik kampung. Boleh release tension. Entah apa yang azil tension kan pun tak tau. =/

Lalala..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Balik.Dari.Dungun"

  1. ~iFsYudz~ says:
    May 6, 2009 at 1:28 PM

    iinaa...kenapa aku still keja sampai jumaat nih ampeh sgt!!!!

  2. ::rae:: says:
    May 6, 2009 at 2:20 PM

    huhuhu..

    apa la ko tak hamek cuti jek..

    bleh golek-golek-golek-golek-golek cam haku..

    hahaha..!!

    owh tidak.. astro ria tengah tayang cak-cak 2009 (bangumi pebret ko).

    hahahaha..!