@Dungun

alhamdulillah, selamat tiba ke kampung en.eid dalam pukul 3.15 a.m tadi.

hahaha..!

kejadah la pagi-pagi buta baru nak sampai kan..?

kitowang (baca: en.eid, azil, cik.aira, cik.aish) bertolak dari nilai pukul 7.00 p.m semalam. sangat berkobar-kobar nak balik kampung. selebihnya, azil nak adventure balik malam lagi, selepas "berjaya" menempuhi pengalaman balik kampung malam masa musim tengkujuh, aidiladha lepas.

20 minit selepas memulakan perjalanan, cik.aish dah nganga-nganga mulut tido. ya ampun, anak azil sorang neh. sangat pantang masuk keta yang bergerak dan ber"aircond". sure padam punye.

cik. aira pulak, tak lama jugak. masa kandas atas mrr2, dia pun sama padam.

2 jam pertama selepas bertolak, kitowang masih terkemut-kemut atas mrr2. amat azab, ok! tak payah tekan minyak langsung. malahan, kena tekan brek je semanjang. nasib baik la transmisi en.waja tuh oto. kalau manual, ada yang admit kat hospital pantai, cheras tuh ke, hospital ampang sana ke, sebab kaki cramp tahap kronik.

berjaya check in highway lebih kurang kul 9.20 p.m. nak desyum-desyum, tapi ampun banyaaakkk nye keretaaa..!! purata kelajuan en.waja semalam dari gombak ke karak hanyalah 80 km/h.

sebelum sampai ke tol karak, kitowang singgah sekejap kat d'paya serai, dengan harapan nak dinner. harapan ala-ala punah sebab makanan yag kurang enak, mungkin sebab manusia yang sangat sesak, ditambah dengan cik.aish tumpahkan ribena atas bottom track azil. aduh! lari sket mood. =(

atas lpt, baru la nak rasa mencabar. sebab jalan sangat lurus dan lebar, dan gelap, azil takdela nak drive laju-laju sangat. dalam 110 - 120 km/h je. kalau ada matahari, jalan lpt, bleh vroom sampai 150 km/h dengan sangat selesa, yea. bila dah bawak kereta pada pecutan sifar, halaju sama, mata pun start la rasa bosan mitak lelap. aiyoo.. sangat bahaya. sepanjang lpt, ada 2-3 kali jugak kena berhenti sebab azil sangat mengantuk.

pukul 1.00 a.m kot berjaya menamatkan laluan lpt. masuk pulak sungai ular, nak menghala dungun. ya allah, situ pun azab jugak. tak pernah-pernah la beli halls sebatang, buleh habis, kali ni memang hingga titisan terakhir azil hisap gula-gula halls.

selain mengantuk, takde la kot cabaran-cabaran lain. alhamdulillah sungguh sebab selamat sampai semalam.

"lepas nih, jangan ngada-ngada yea nak balik malam." pesan en.eid.

hihihi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "@Dungun"