sangat lapang dada arinih. keje opis tak banyak. berjaya shut down pc 5 menet sebelum 4:30pm. dah berbulan tak merasa keadaan macam arinih. sangat membahagiakan..
arinih en.eid demam. apan la jugak. suhu badan 39 darjah celcius. dia dah knocked-out kul 9 malam tadi.
tinggal la azil berkungfu-bersilat-kuntau nak melayan budak-budak neh. kejap-kejap kena jadik raksasa la sebab main YAMIN (ultraman) dengan cik.aira. kejap kena jadik tukang urut la bila cik.aish golek-golek tunjuk kaki. dia sebenarnya mintak garuk kaki dia, tapi saje azil urut. sebab kaki dia dah nak jahanam berparut-parut bahana dia garuk sampai sebaldi mencurah air liur.
nih, dedua pun sudah tombang!
malam ni pulak ujan. nak tengok astro dah tak buleh. mendarat awal la masing-masing.
aman betul rasa nak menulis sini.
berkira-kira la nak pergi majlis kahwin papajim next weekend.. bukan takmo pergi. tapi cam.. errmm.. malas kot. bleh tak jawab gitu..? rasa nak berehat, bergolek-golek dari ruang tamu sampai ke dapur, dan kembali ke ruang tamu. macam menarik sungguh aktiviti tu. hehehe..
azil tengah decide nak mintak hadiah birthday dari en.eid. the item would be kasut / sneakers. masalahnya,
"yang mana saaatuuu, idaman kalbuuu.."
azil sangat suka satu kasut camel active neh. sangat smart la pada azil. sesuai dengan jiwa la, orang kata..
errmm.. nanti la azil letak gambar kasut tuh, kalau jumpa la..
skang neh, nak pi usha la mana satu kasut azil nak pow.
yeiha!
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Yang.Mana.Satu"
Post a Comment