Zara.Erina.Azizul.binti.Ahmad.Azizul

lebih sedikit maklumat mengenai baby chumel che'na dengan ayu. azil baru menziarah che'na, ayu dan baby.zara petang tadi. kuar je opis pukul 4:30pm, terus pi umah che'na kat ss12. tak sampai 5 minit dah tiba depan pintu pagar umah dia.

waahh..! kalau azil tinggal kat area umah che'na pun bagus. 5 minit je pegi balik keje. puas hati sungguh..!

tiba depan pagar, ayu sambut. dengan t-shirt hijau basah peluh, track bottom dan boot getah tinggi penuh bercalit rumput. rupa-rupanya sibuk memesin rumput di sekitar rumah. patutla che'na cakap naik beli mesin sendiri dari upah orang mesin rumput. punya la luas amat kawasan berumput umah dia! sekali upah, harus pergi RM80-100..!

melangkah masuk umah, che'na tengah menyusukan baby.zara. mak che'na sambut azil. azil masuk terus je duduk kat kerusi meja makan. baby.zara baru je lepas menyusu.

tengok-tengok baby.zara, ya ampun chumeeell..!! mata terang neehh..! macam pandai sangat tengok. tapi baru nampak 4 jengkal je (baby.zara pada masa ini baru berumur 4 hari). melilau-lilau mata hitam dia. bukak mata pun besar buntang. oh yea.. cam zara anak daja. (zara anak daja? cam nama orang asli pulak. hihihi..). haa.. agaknya orang nama zara nih, mata besor kot.. muka kecik coet jek.

sengah jam lepak umah che'na, azil pun gerak balik nilai. lambat sket kang, jammed pulak federal highway tu kang.

sampai nilai, singgah cuci en.waja dulu. lama berminggu tak mandi kereta tuh. lepas cuci, pi topup tank kat shell pulak.

lepas tu, azil pi juriah. nak beli makanan berbuka. tekak sangat haus, meminta-minta dilalukan air tembikai. tapi juriah punya air tembikai, tak menarik langsung. air nye saje yang lebih. buat rasa dukacita je. so, azil beli carrot susu. makan nasik goreng thai. nasik goreng thai kedai juriah nih agak superb. agak je la.. time sedap, memang menjilat jari, tapi kadang, time ngokngek dia, mula la udang goreng masin tahap nak mencetus tekanan darah tinggi..!

balik umah, ambik cik.aira + cik.aish dari umah mak. meloncat-loncat tengok azil balik. cam tak pernah tengok azil. hiiyy..

nih tengah rasa sangat mengantuk..

tiba-tiba terbau benda yang sangat busuk..

isskk..

"sape berak niiiihh??!!"
"yaakk.. yaakk.."

cik.aish jawab.

bagus!

si tertuduh dah mengaku!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Zara.Erina.Azizul.binti.Ahmad.Azizul"