berada di luar daerah kediaman sepanjang hujung minggu.
tujuan asal cuma nak ke rumah mak ngah di tapah. ada majlis perkahwinan sepupu saya pada hari ahad. alang-alang dah nak ke perak, kami sepakat nak memanjangkan langkah. biasanya cuma ke temoh, kampung opah. kali ni nak cuba pergi sampai taiping. keputusan ke taiping ni agak di saat-saat akhir. macam kejap nak pergi, kejap tak pergi, hari jumaat kot baru betul-betul "nak pergi!".
gerak dari rumah pukul 9:00 pagi sabtu. susur keluar tol taiping jam 12:30. terus cari makan tengahari. en.eid nak makan local dish, jumpa satu kedai sederet dengan SSL Traders Hotel. nama kedai: de'ja corner. en.eid makan nasi putih, ikan kembung bakar, dengan sambal belacan bacang. saya makan nasi ayam madu. cik.aira dengan cik.aish makan ayam goreng seorang seketul. cik.airis makan bekal cerelac.
lepas makan tengahari, teruskan perjalanan ke destinasi pertama. taman tasik taiping. tengahari buta pergi melawat tasik, apa hal la kan? sekali tengok, punya la banyak pokok-pokok besar meneduhkan jalan, memang kalau duduk masa matahari tegak atas kepala pun memang takde hal. angin agak kuat masa kitorang sampai. so, sangatlah best kalau dapat duduk melepak-lepak, tidur sedas dua ke.. =)
seterusnya, nak ke kuala sepetang. oo.. takde gambar sebab tak berjaya jumpa "kuala" nya. sampai ke hujung penempatan pekan kuala sepetang tu jumpa rumah je berderet sepanjang sungai. takkan nak mintak kebenaran kat tuan-tuan rumah tu semua nak masuk rumah diorang sebab nak tengok sungai kan. =P
baru tau rupanya pekan kuala sepetang tu didominasi kaum cina. ertinya nelayan-nelayan di situ kebanyakannya berbangsa cina la. jarang saya tengok / kenal orang cina jadi nelayan. india pun tidak. selama ni tau tu kerja orang melayu. -_-;
sebab tak boleh nak berhenti kat kuala sepetang tu, kitorang teruskan ke kota ngah ibrahim. tempat kesukaan "hantu sejarah" macam en.eid. jujurnya, kalau dia tak cerita pasal ngah ibrahim ni, saya tak tahu pun siapa dia. so, di bawah ni kota ngah ibrahim, rumah dia sebelum dia dibuang negeri ke singapura? kot. saya dan sejarah, memang tak boleh pergi. semedang tak ingat cerita. =/
selepas kota ngan ibrahim, ingatkan nak pulang terus ke temoh, rumah opah. jam dah pukul 3:00 petang. macam awal lagi nak balik. atas plus highway, en.eid ajak turun di kuala kangsar. nak tengok masjid ubudiah, kuala kangsar. lepas ambil gambar sekitar masjid, hari mula nak gelap. baru gerak balik ke rumah opah.
secara keseluruhannya, kitorang suka nak kembali ke kuala kangsar. macam menarik dan cantik pemandangan di persisiran sungai perak, di situ. =D
0 Response to "Jalan-Jalan.Hujung.Minggu"
Post a Comment