Nasi.Goreng.Ibu.Mertua

rumah penuh di hujung minggu.


keluarga dungun datang menziarah. 

en.eid haruslah seronok sebab mak ayah dia datang. 

tapi saya tak kurang juga.

mendambakan nasi goreng "signature" ibu mertua saya, sejak sekian lama.

berjaya sarapan pagi dan makan malam dengan nasi gorengnya.

biarlah perut rasa santak, full-packed, bloated pun.

saya tak kisah.

kalau nasi goreng boleh disejuk-bekukan, mahu sahaja saya pesan ibu mertua masakkan untuk stok 6 bulan.

saya sanggup beli peti beku besar macam nak jual aiskirm tu!

apa ada dalam nasi goreng tu?

eh, saya tak tahu, dan tak mahu ambil tahu.

sebab bila dah tahu resipi, rasa macam segan pula nak meminta-minta ibu mertua masakkan lagi. 

hihihi..

=P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Nasi.Goreng.Ibu.Mertua"