Kisah.Seharian

Cik.Airis dah dibenarkan keluar dari wad, malam semalam. Hospital bekalkan antibioitik dan Appeton. Pemeriksaan susulan, pada 21 haribulan ini.

Hari ini saya bercuti. Dari pagi, menghantar Cik.Aira ke tabika, dan mak ke Klinik Kesihatan Nilai untuk menjalani rawatan berkalanya, setiap 3 bulan agaknya. Pulang ke rumah, bersarapan pagi, keluar kembali bila mak menelefon meminta menjemputnya semula. Pemeriksaannya selesai dalam masa sejam sahaja kali ini. Cepat!

Selepas menghantar mak pulang, saya keluar bersama En.Eid dan Cik.Aish dalam misi mencari kedai membaiki komputer. Notebook saya, berusia 4 tahun, sudah berbunyi-bunyi bila beroperasi. Kemungkinan besar bunyi dihasilkan oleh kipas. Kami setuju untuk menyerahkan sementara notebook di satu kedai yang agak jauh dari rumah, tapi nampak boleh dipercayai. Selepas itu, ke kedai komputer di Tesco pula untuk membeli keyboard dan mouse untuk kegunaan desktop di rumah. Sementara tiada laptop ini, kami akan menggunakan desktop dahulu.

Keluar dari Tesco, menjemput Cik.Aira pula pulang dari tabika. Terus mencari makan tengahari. Mak pesan dia tak masak hari ini. Jadi, kami perlu membawa Cik.Aira dan Cik.Aish makan sendiri.

Selepas makan tengahari, pulang ke rumah sebentar, sementara menunggu Cik.Aira mandi dan bersiap. Jam 1 tengahari, kami, kecuali En.Eid ke Hospital Putrajaya. Hari ini Cik.Aira akan menerima keputusan darah yang diuji untuk penghidap Beta-Thalassemia. Alhamdulillah, dia bebas. Tetapi doktor menyarankan agar Cik.Aira pergi menjalani lagi satu ujian untuk mengesahkan dia bebas sebagai pembawa Alpha-Thalassemia pula. Cik.Aish turut disarankan mengambil ujian serupa kerana dalam keluarga kami, hanya dia sahaja yang tidak menjalani ujian pengesahan ini. Keputusan akan diterima dalam jangka masa 3 bulan. Bulan 7 nanti, ada lagi satu temujanji untuk memberitakan keputusan darah.

Selesai urusan di Hospital Putrajaya, jam sudah menunjukkan pukul 5. Masih ada urusan lagi. Mak meminta untuk dibawa ke Bangi kerana mahu membeli botol plastik buat isi kuih. Saya tidak ingat apa nama kedai ini walau sudah berkali mengulang beli di sini. Saya cuma ingat lokasinya selang sebuah atau dua buah kedai dari Al-Ikhsan Factory Outlet..Selepas mak selesai berurusan di Bangi, kami ke Pasar Borong Nilai 3. Mak nak beli kelapa parut!

"Hoh?! Apasal beli kelapa sampai Nilai 3?!"
"Murah. Kat kedai biasa, RM 2.20 ke RM 2.50. Kat Nilai 3 tu RM 1.60 je."
"Hiiyy.. Nak beli sampai 100 biji ke yang berkira sangat dengan 60sen tuh??"
"Taklah. Nak beli 4 biji je. Takpe la kedekut pun. Janji tak mengemis."

Adoi! Makan dalam sungguh ayat nasihat. -_-!!

Selesai di Nilai 3, kami menyinggah ke kedai dobi, sebab mak nak hantar comforter untuk dicuci. Dan akhirnya, selepas itu, barulah berjaya sampai ke rumah.

Sebelum turun dari kereta tadi, saya sempat melihat ke meter jarak perjalanan kereta yang baru disetkan pagi tadi selepas saya mengisi minyak.

120.3 km.

Jumlah perjalanan hari ini. Lebih jauh dibandingkan dengan perjalanan pergi balik saya ke pejabat, dalam sekitar 95km. -_-;

Penat menunggu anak discharge semalam tak habis lagi, hari ini seharian keluar. Menjelang Maghrib baru tiba ke rumah.

Saya sangat-sangat keletihan.

Perlu rehat!
Perlu rehat!

Alamak! Esok Jumaat!
Masih perlu ke pejabat..

(>_<)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kisah.Seharian"