Duduk melipat baju bertimbun di tengahari buta, bukanlah salah satu perkara dalam relaxing item saya, tapi bila mengenangkan panasnya di luar rumah, dan sejuknya pendingin hawa yang baru diserbis ini, saya rasa ini lebih menyamankan dan sudah tentu lebih relaxing dari berada di luar.
Memulakan pagi agak awal. Harus membawa Cik.Airis pergi mengambil suntikan MMR yang tertunda sejak akhir Januari lalu. Demam kebah tak kebahnya, asyik membantutkan perancangan. Semalam, sesi follow-up dengan Dr. Azanna di NCI Hospital. Cik.Airis demam sedikit katanya, tapi dia yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan.Doktor juga menasihatkan untuk mendapatkan suntikan Pneumococcal juga. Ada 3 siri suntikan dan satu suntikan berharga dalam linkungan RM 200.00 - 250.00.
Pagi ini, semasa saya bawa Cik.Airis untuk mengambil suntikan MMR di Klinik Sariah, saya bertanya kepada Dr. Sariah mengenai suntikan Pneumococcal ini. Kata Dr. Sariah, kliniknya ada menyediakan suntikan tersebut tetapi jika bayi sudah berumur lebih setahun, tidak perlu sampai 3 siri suntikan. 2 kali sudah memadai.
Saya perlu bincangkan dengan En.Eid. Anak-anak sebelum ini tidak pernah pun mengambil suntikan selain dari yang tersenarai dalam senarai suntikan wajib. Harap-harap, Cik.Airis dapat dibekalkan sama dengan suntikan ini dalam masa terdekat ini.
Pagi semalam, Tok Su saya meninggal dunia. Beberapa bulan juga telah terlantar sakit. Kadang di rumah, kadang di hospital. Pelbagai komplikasi. 3 hari sudah, Tok su berada sepenuhnya di bawah bantuan mesin hayat. Malam Sabtu, akhirnya keluarga memutuskan untuk "melepaskannya" setelah pihak hospital juga kehabisan ikhtiar untuk membantu. Tok Su adalah bapa saudara kepada mak. Umurnya, 64 tahun. hanya tua 2 tahun dari mak. Sebagaimana saya dan Mak Su, adik bongsu mak. Beza umur kami juga 2 tahun.
Minggu hadapan, saya hanya bekerja dari Isnin hingga Selasa. Rabu, saya akan pulang ke Dungun, Terengganu. Sekian lama tidak pulang ke kampung. Saya kemaruk juga rindukan pantai Dungun itu. Masih belum berkesempatan hendak melihat Pataku Habih Rebih.
Oh, debar pula memikir nak balik kampung. Sudah lama tidak berjalan jauh.
(^o^)
Eh, lipat baju!
Lipat baju!
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Relaxing"
Post a Comment