Keliru.Cik.Aira


Sudah mahu tiba ke penghujung puasa, Cik.Aira masih terus keliru mengenai puasa.

Sebelum ini dia keliru dengan nama bulan.

"Ibu, kakak tak faham. Kita sekarang ni kat bulan Julai ke bulan Ramadhan??"

Kemudian, mungkin ada sedikit sangsi dengan tujuan berpuasa.

"Ibu, cikgu cakap kita puasa sebab ramai orang miskin dengan anak yatim yang takde duit nak beli makanan. Kalau macam tu, kita bagi je la duit kat diorang. Tak payah la puasa. Kakak lapaaarr.."

Pernah juga dia fikir puasa itu sebab nak meraikan Hari Raya.

"Ibu, kakak dah faham. Kita puasa ni sebab kalau kita tak puasa, nanti tak boleh nak raya."

Terbaru dia menyatakan kekeliruan kaitan antara azan dan puasa.

"Hiiyy.. Kakak tak faham. Kadang-kadang bunyi azan kakak tak boleh makan. Kadang-kadang bunyi azan kakak kena makan. Yang mana satu ni?! Masa azan boleh makan ke tak sebenarnya??"

Ramadhan ini pertama kali mengasuhnya puasa. Haruslah banyak bunyi dari mulutnya. Setakat hari ini 6 hari yang dia tidak berpuasa. Kalau terus berpuasa sampai sudah, dia akan memecahkan rekod saya sama seusianya. Semasa berusia 5 tahun, saya meninggalkan puasa selama 7 hari.

Harap dia akan terus bertahan!

P/s: sedang memikir token tambahan untuk Cik.Aira kerana usaha berpuasa dan terus tabah walau digugat Cik.Aish yanh sengaja minum air sejuk di depannya bila dia penat pulang berjalan kaki dari sekolah.

"Emm.. Sejuk tekak Aish ni minum aor sejuk."

-_-!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Keliru.Cik.Aira"