Di pejabat, saya diminta untuk memberikan komitmen tambahan bagi merapatkan hubungan antara staf tempatan dan internasional dalam kumpulan saya.
Katanya, saya perlu manjakan sedikit staf-staf internasional ini. Atas alasan mereka berjauhan dari keluarga.
Huh, 5 tahun saya berjauhan dari keluarga semasa di Jepun dahuli, tiada pun orang Jepun datang untuk memanjakan saya. Malahan semasa bekerja pun, layanan yang diterima dari ketua, sama sahaja dengan orang tempatan yang lain.
Jawab saya, "Saya minta maaf. Hari-hari yang saya hadir di pejabat ini dilengkapi tahap komitmen maksima. Lebih dari ini, saya tidak mampu. Untuk mengekalkan komitmen sekarang pun sudah banyak menggugurkan rambut."
Bukan mudah saya berfikiran negatif begini. Lebih-lebih lagi saya seorang staf yang "selalu patuh" kepada kehendak ketua.
Tapi, kini mungkin tidak begitu. Ada beberapa faktor menyebabkan saya memberi jawapan tersebut. Saya sudah tidak mengejar kedudukan yang lebih tinggi.
Ketua cuba mengumpan saya dengan gaji yang lebih tinggi untuk komitmen yang lebih tinggi. Namun, saya tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya lagi.
Saya tidak boleh terima kira-kiranya.
Gaji yang dinaikkan sedikit akan memerlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit. Tanpa tunjuk ajar dari pihak atasan, saya nanti akam dibiarkan buta memimpin.
Tidak!
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Tidak.Lagi"
Post a Comment