Baru hari rabu, tapi badan dan otak dah rasa sangat letih. Puncanya, mail yang amat banyak nak dilayan dari hari isnin. Bersambung sampai selasa, dan hari ni pun agak banyak jugak yang masuk. Agaknya sebab tahun fiskal jepun akan berakhir hujung bulan ni, jadik semua syarikat nak tutup akaun la. Tuh sume pakat buru mintak charges tuh.
Letih lagi satu, mungkin berpunca dari waktu tedo yang lewat. Dah 2 hari azil tedo selepas pukul 11 malam.
Seterusnya, minggu ni minggu progressive test 4. Dan bab 8, 9, 10 azil belum khatam study lagi. Dan ada bab-bab sebelum ni yang tak begitu strong lagi foundation nya. Malangnya, setiap kali balik kerja, rasa sangat letih, dan bila pikir-pikir pasal test, jadik bertimpa-timpa rasa letih tuh.
Sangat-sangat perlukan kekuatan.
Progressive test kali ni, adalah yang terakhir sebelum exam minggu ke-3 bulan april akan datang.
Mengenangkan exam je, perut azil dah geli-geli.
Ada rama-rama berterbangan.
0 Response to "Kekuatan"
Post a Comment