Masak.Sendiri

Terima kasih Tuhan sebab mempermudahkan cita-cita azil nak bertukar cara hidup neh.

Ahahaha..!

Sekarang rutin dah berubah. Puncanya, azil sangat-sangat la muaaakk makan kat kedai. Biasanya bila balik keje masa weekdays, kul 6.30 petang la baru nak bagi salam kat pintu umah. Itupun, biasanya tak masuk pun. Kuar balik pi dinner. Hari-hari dinner kat luar, biasanya.

Sekali, hantu muak azil naik hangin.

“asek-asek makan luar… asek-asek makan luar… nak muntah dah aku…”

Gitu la lebih kurang dialog mengamuk.

Sebetulnya, makan luar nih, banyak la pilihan.

Nak makan roti canai, roti nan, roti sardin? Sesah la kedai mamak.

Nak makan tomyam, siakap stim, kangkung belacan? Terjah je la kedai masakan siam neh.

Nak makan ayam? bleh pi kfc.

Burger? Pi mekdi.

Pizza? Pi pizahat.

Nasik ayam? Pi kedai rasamas.

Cheese cake? Pi secrep.

Ala-ala you name it la neh.. nak memudahkan keadaan, pizahat, secrep, kfc, rasamas sume dalam satu line. Nak makan sume-sume tuh sekali pun takde masalah rasanya. Tapi entahlah.. dalam banyak-banyak mende yang buleh azil rotate tuh pun, tetap nak muak jugak.

Akibatnya, ari ahad arituh, terhasillah sup ayam dengan telur dadar.

Isnin malam, makan daging goreng kunyit dengan sup fishball.

Selasa malam, cuti memasak sebab ada kelas CIMA. Sila beri belas kesian.

Malam nih, haaa.. baru sudah memasak ayam masak kicap dengan telur dadar lagi.

Lauk bodo-bodo pun, series sedap!

Muahahaha..!

Amatlah seronoknya memuji diri sendiri.

Ada satu masalah tapi.

Nak masak ikan, tapi tak kenal jenih.

Yang tak boleh tipu azil, ikan pari dengan bawal je kot. Eh, salmon pun jangan tipu aa.. tapi yang lain, lantak la korang nak letak nama ikan apa, sure azil percaya punya.

Kisahnya la tadi, nak membeli lauk ikan. Hajat di hati nak masak la ikan malam ni. Dah tau tak reti jenih ikan, bukan reti nak bertanya plak tuh. Main hantar je kat kaunter timbang. Bila dah print barcode, baca nama ikan “garuppa”.

Serius rasa sangat bersyukur sebab bulan 12 arituh, boboy open table makan seafood kat restoran tasik, shah alam. Baru la azil tau, garuppa itu adalah kerapu. Nama lebih kurang je nih.

Ah sudah..!

Apa kes plak la nak membeli kerapu? Mana reti nak masak stim-stim neh..?

Sampai umah, tanya la kat mak.

“ikan kerapu, goreng, ok?”

“entah.. ikan mahal-mahal ko goreng? Tak penah mak dengar..”

“isshh.. mak cakap ikan apape pun boleh goreng.”

“ye la.. cam ikan kembung ke, selar ke, cencaru ke..itu ikan mak selalu beli pun.”

“alaa.. abih tuh dah beli nih, nak masak apa?”

“ko masak la sweet sour.”

“ok ke?”

“ok je..”

So, esok malam la try.

Kerapu sweet sour..

Isshhkk.. series ada ke lauk neh?

Jangan mak perdajal azil dah aa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Masak.Sendiri"

  1. Unknown says:
    March 4, 2009 at 11:36 PM

    masak le ..tiru mcm saya (poyoss)..aku neh terpaksa sbb tercampak kat kg ,kombini n supa jauh maka ari2 aku msk :P

  2. ~iFsYudz~ says:
    March 5, 2009 at 2:52 PM

    kerapu leh buat masakan merapu

    kekekekke gambatte!
    ala goreng garing2, baru la ada umppphh!!!

  3. Unknown says:
    March 5, 2009 at 5:11 PM

    yep, goreng2 will do what, goreng rangup2 beb then wat sambal belacan sket, alamak terliur lak hehe!

    masak sendiri yg simple is my routine, kdg2 mmg mcm lauk bodo2 jer tp everytime mesti habess punye :)