Buku.Baru



ini buku kelima (kan?) dalam siri harry potter. terakhir azil beli buku siri ini, pada tahun 2004. azil beli 3 buku pertama, dijual set bersama dua buku, how to play quidditch (yelah, cam buleh main sangat!), dengan lagi satu tajuk yang azil lupa.kesemua buku tu ada dalam kotak buku di bilik belakang rumah. buku keempat, azil tumpang baca pendy punya. dan, habis di situ azil follow up kisah-kisah harry potter.

bila balik mesia, azil memang nak teruskan ikut siri buku + filem dia, tapi selalunya tak berkesempatan, dan minat pun cam tipis je nak follow. beli buku ni, sebab ada bajer lebih sikit hasil kegagalan mendapatkan 2 naskhah FT. azil berjaya beli kekasih sam po bo. duit belen, beli la order of phoenix.



mencari-cari nak menambah koleksi karya faisal tehrani. tak banyak yang ada. azil berhasrat nak mendapatkan saastul ibaad, manikam kalbu, karbala. yang ada, cuma karbala. bila bukak, telek, cam takleh nak pegi jek. azil selongkar lagi koleksi lain. ketupat cinta - dah ada, tuhan manusia - dah ada, nama beta sultan alauddin - dah ada. sudahnya angkat je la kekasih sam po bo. malas nak pikir. sampai sekarang baru baca satu bab. macam menarik, walaupun tak pasti cerita pasal apa.

(^_^;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ni.Pe.Ni?



"Ni, pe ni?" (ini, apa ni?)
"Pisshh.."
"Kaann.. shiduu.." (bukaann.. suduu..)

cik.aish cuba nak selak sendiri mukasurat, tapi kena marah..

"Eiyy..! Jangan laa..!"

cik.aira terus mengajar..

"Ini?"
"Pisshh.."
"Tilam aa.."
"Ini?" tunjuk berus gigi.
"Pisshh.."
"Ini?' tunjuk ubat gigi.
"Pisshh.."
"Hiiyy.. Dah la.. Tido.. Nait.. Kom.." (Hiyy.. Dah la.. Tido.. Nite.. Assalamualaikum..)

see? sangat cepat putus asa nya cik.aira ni. senang hangin.

terkekek-kekek azil dengan en.eid gelak malam tu.

hahahahahahaha..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lerberg

beli rak ni kat ikea, ahad lepas. bertujuan untuk memperkemaskan dapur dan hasilnya, entah macam mana dapur rumah nampak lebih luas.

majik la ikea neh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jalan-jalan.Hujung.Minggu


Sunday at Ikea.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

La.la.la.


Ini budak-budak di bengkel servis eon. Yahammat azab nk kontrol!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sumber.Inspirasi


Hobi baru budak-budak. Cik.aish gigit bantal. Cik.aira "baca" buku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

To.Ponteng.Or.Not.To.Ponteng?

7 minit selepas tamat waktu bekerja..

azil kena stayback sebab ada kelas lagi petang ni. perut lapar sangat. bercita-cita nak ponteng kelas ekonomi, tapi takut nak ambik risiko tak paham apape masa exam bulan depan. azil jenis orang yang kalau 1+1 pun kena cikgu bagitau dan terang. tak boleh paham ikut buku semata. bebal sikit. f(^o^; harap maklum..

hari ni, sepatutnya dah keluar jawapan untuk PT3 yang azil ambik ahad lepas. nak print, tapi cuma mampu bukak takat http://www.tarc.edu.my/ je. nak login pun tak terdaya.

oh, apalah punye penyakit datang melanda, azil menjadi malas cam namakemono (sloth). nak bergerak ke mana-mana pada kadar kelajuan yang sangat rendah. macam di slow motion kan segala movement.

melihat keluar tingkap, memandang ke federal highway (at exit jalan utara), trafik sangat lancar di kedua-dua arah. pemandangan menakjubkan untuk laluan menghala subang sebab biasanya, pada masa ini dah sesak menyampai ke susur jalan 222. ini punya la lapang sampai azil rasa memazirnya buat highway 3 lorong. satu lorong pun dah cukup.

jam baru pukul 4:48.. kelas pukul 6:00. ada suara-suara ghaib suruh azil balik rumah. aiyo..! banyaknye setan nak kacau..

ok la.. adalah lebih baik azil mula print jawapan pada soalan-soalan PT3 aritu. in case kalau mr.wee nak discuss dalam kelas ke.

bercakap pasal mr.wee, azil masih rasa kagum bagaimana dia boleh mengekalkan untuk menahan diri dari cakap bahasa ibunda dia di dalam kelas yang 90% sebangsa dia. walau student "berusaha" nak berkomunikasi dengan dia melalui bahasa ibunda mereka, mr.wee "berusaha" lebih keras untuk berbalas kata dalam bahasa yang lebih difahami umum, biasanya bahasa inggeris. kadang-kadang dia pandai buat lawak dalam bahasa melayu pun. dan kalau datang angin weng dia, satu kelas boleh dengar konsert 2 baris lagu alleycats. hahaha..!

melalui mr.wee, azil menjadi semakin berminat dengan subjek ekonomi. walaupun begitu, azil tak boleh nak memikirkan untuk pergi lebih jauh dari tahap sekarang. rasa macam torture diri pun ada jugak.

oleh sebab azil dah tua, azil rasa academic pursue nih, up to next year saje lah. dah tak larat nak force memory untuk ingat pelajaran. nak save untuk merakam anak-anak pulak.

=)

alamak, bukan ke nak print jawapan tadi?

see!? dah lupa balik..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Progressive.Test.3

baru sudahkan Progressive Test 3, CBA02. tak banyak berubah score dari test lepas. turun 1 markah gitu. ok la tuh, janji lulus. malas weh nak pikir banyak-banyak. nih pun ulangkaji tahap intensif! 2 jam jek baca buku, 55 menet buat test. ala-ala ilmu fresh from oven la terus amek test tadi. strategy yang agak OK. berkemungkinan besar akan di"apply" masa real exam. harapan nak score >90 tuh, agak mustahil la guna cara azil, tapi setakat ni, berkesan untuk lulus.

so, cukup la eik..

menyudahkan online surveys yang tertunggak. dah banyak mail survey dalam inbox azil. separuh dah lajak due date. agak rugi. =( luckily, managed to settled another half. yeay! ada ratus-ratus point sebelum boleh cash out USD50. ada lagi setahun kot.

lalalalala..

cik.aish dah reti sikit-sikit nyanyi lagu "tik-tok-tik-tok, hujan dah turun".

tapi sangat kelakar sebab dia sebut "tik-towk-tik-towk-woun".

lately, perkembangan vocab cik.aish sangat memberangsangkan. bagus!

cik.aira pulak asyik confuse lagu ABC dengan Twinkle Twinkle Little Star, sebab both songs carry the same melodies. elok dia nyanyi,

twinkle twinkle little star
h.j.i.k.l.m.n.

sangat kasihan.. kenapa la melodi kedua-dua lagu tu kena sama?

kesian anak azil.

cik.aira beri tajuk pelik pada lagu ABC. pada cik.aira itu lagu "di-iy-ef" (DEF) atau "waizet" (YZ). walaupun begitu, bila azil sebut suruh dia nyanyi lagu ABC, dia paham je lagu mana nak kena nyanyi. saje je ke dia tukar tajuk??

kalau lagu Papaku Polang Dari Kota pun, pada cik.aira itu lagu PomPom. senang pada dia kot. ke, budak-budak kidal memang begitu?? takpe lah. asalkan dia boleh communicate dengan cara tu, pada azil takde masalah.

sekarang masih perlu menegur lagi bila cik.aira dok makan guna tangan kiri. walaupun tak kekok makan tangan kanan, dia selalu "terbabas" guna tangan kiri jugak. kadang-kadang dia pernah terhenti bila nak ambik makanan dari azil. cam tatau nak sambut tangan kiri ke kanan. hihihi.. kakak, motto motto ganbare yo!

azil dan en.eid, perlu dapatkan lebih banyak buku bergambar. both sisters love them good. diowang sangat suka buku, sampai tahap makan buku. hahaha..! cik.aira the curious sangat suka tanya benda-benda dalam tu, dan yang bagusnya, dia tak terima bulat-bulat jawapan yang azil bagi.

kalau dia tunjuk bola, azil jawab, "errmm.. ibu rasa fish la kakak.'
dia akan membetulkan semula, "no ibu.. iniii, ball.."
terpaksa la berlakon, "eh laa.. iye ke.. bukan fish ke?" kena buat muka confused!
dan dia ajar lagi, "nooooo.. iniiii.. baallll... hiy, ibu niihh.." sure dia akan geleng-geleng kepala macam tak percaya je ibu dia tak pandai beza ball dengan fish.

ok, bila sampai ayat ".. hiy, ibu niihh..", sila ok kan saje. kalau tak, dia akan marah. cik.aira kan short tempered. hehehehe..

ok la. dah nak maghrib. azil perlu siapkan dinner.

nak masak ikan bawal goreng. cam enak je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Makan.Buku


Masa sekolah dulu, bila musim peperiksaan dan azil belum sempat khatam ulangkaji, mesti nak cakap,

"aku makan jugak buku ni karang.."

Dan lebih kurang 5 tahun lepas zaman belajar berlalu, cik.aira dan cik.aish mula praktikkan ayat azil.

Azil dah salah cakap laa.. :$

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sorong.Papan.Tarik.Papan

Sorong papan tarik papan,
Buah keraji dalam perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu.


pantun ni belajar masa sekolah rendah. antara pantun selain pantun buah cempedak, dengan pantun buah pisang diawa berlayar. ingat?

jadi, kenapa tajuk pantun arini, yea..?

aa.. semalam, mak hantar repot lisan pasal perkembangan cik.aira dengan cik.aish.

makin banyak perkataan = makin banyak cakap = makin banyak melawan.

tu kesimpulan dari repot mak untuk kedua-dua cik.aira dan cik.aish.

cik.aira tuh memang sifat self-centered dia semulajadi. cik.aish, banyak follow cik.aira. apa cik.aira buat, terus ikut! memang murid yang sangat patuh!

so, semalam, mak cerita,

"pening mak satu hari ni.."
"ngape?"
"si kakak, nyanyi.. cintaaakuu.. pesyeenn.. cintaaakuu.. pesyeenn.."
"heh? lagu apa tuh?"
"itulah mak pening pikir satu hari ni. rupa-rupanya, lagu cintaku 100%!"
"hiiyy, dangdut?!"
"itula pasaaaaalll..! banyak sangat tengok tomtombak la.. jangan lupa lirik laa..!"
"..."
"kalau kat umah ni, bukak channel oasis je, mula la boring.. tak suka nak dengar orang zikir, mengaji.."
"..."

malas nak jawab apape kat mak. salahkan je diri sendiri, sebab tak tegas dengan budak-budak. azil garang je lebih, tapi susah nak tegas. sebab malas nak layan budak nangih berhempas badan..


sekali tetiba, dengar suara cik.aira,

"cintakuuu.. pesyeenn.."

.. sambil menggelek-gelek punggung dan pegang sikat ala mikrofon.

aiyo..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Khianat!

ahad, lebih kurang jam 7 pagi, azil tengah separuh sedar nak menyambung tedo lepas babai-babai en.eid pi keje, bila azil dengar en.eid jerit-jerit nama azil dari luar rumah.

"kancil pancit 4 tayar. keta linda kena khianat!"

hah?

en.eid sambung..

"ambik pam kat bilik belakang, pam tayar kancil. lepas tu carik kedai tayar yang bukak."
"ok.'

azil main "ok' je. bukan input sangat pun arahan dia. dalam mamai-mamai, azil kuar rumah tengok keta kancil linda.

flat!

leerrhh.. hantu mana pulak nak dajal cenggini sekali nih..? tinjau-tinjau kat sekeliling tayar tu kalau ada kesan koyak ke, tusuk paku ke.. tapi takde.

azil masuk umah, pi ambik pam.

jenuh la memerah kederat tenaga nak pam tayar, satu kuku pun tak naik!

sunita (menantu aci sebelah umah) nampak problem kitowang, terus panggil laki dia mintak tolong. kuar la anak aci tuh pam taya kancil. 10 menet, setel 4 taya. sangat gagah perkasa!

dia kata,

"ini auntie, orang sudah kasi longgar dia punya skru sama tiub sini. memang orang bikin punya ini. saya kasi pam pun tada lama dia kempis balik auntie. kasi truss cari itu kedai tayar la."

makin kuat la teori khianat di sini.

saspek memang ada sorang. jiran sekitar sini jugak.

mak suruh azil siap-siap. ajak pi bekfes, lepas tu nak buat report kat balai.

ala-ala report setakat nak info polis yang kat kejiranan ni ada orang jahat je la. pandai-pandai la polis nak siasat camner.

setel repot polis, baru pi workshop nak setel tayar. kata apek kedai tayar,

"ini lia kasi longgar skru saja laa.. itu olang ada baik lagi la. tak koyak lu punya tayaa.."

ambuih, posive thinking betul apek taya nih.. buleh dia kata pendajal taya linda tu baik lagi.

hrrmm.. menjelang tengahari, setel semua hal tayar.

tapi azil agak susah hati..

arinih dia pancitkan taya.. kena datang gila esok lusa teragak nak masuk umah mak..?? time azil keje pulak tuh..

isskk..

susah hati la neh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aish.Demam.La.Pulak.!


Ini cik.aish tengah tedo dengan towel kecik basah kelubung kepala. Dah 2 kali perah air, sebab perahan pertama sampai kering dihempap pipi tembam cik.aish. Harap-harap dia tak mengigau meracau macam cik.aira. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cik.Aira.Demam.Panas.!.Part.II

menyambung kisah cik.aira demam panas.

malam selepas azil apdet entry sebelum ni, cik.aira mula mengigau-ngigau dalam tedo. kejap menjerit, kejap menangis. kadang-kadang badan dia tersentak-sentak cam terkejut.

isskk.. sangat tak boleh jadik. azil kejut dia suruh bangun. peluk, untuk tenangkan dia. tapi tak sampai 10 saat peluk, azil dah tak tahan.

ya ampun, berbahang panas!

cik.aira pulak, sebab tekak kering sangat agaknye, dok mintak,

"buu, kakak nom shong.." (ibu, kakak nak minum air kosong..)
"susu tak mau?"
"no, no.. nom shong lah." (no, no.. air kosong lah..)

dah kasik "nom shong" dia, azil tedokan dia semula. tapi tak lama, sebab dia menangis-nangis tak buleh nak tedo sangat. sakit kepala ke agaknye? panas sanat ke agaknye? azil pun tak sure. kadang-kadang masa menangis, dia mengadu sakit gigi. pun, pelik jugak tuh..

jam 2:45 pagi isnin, azil dah tak larat tengok cik.aira. panas, menangis-nangis.

called en.eid,
"azil nak bawak kakak pi spital. sudah sangat panas!"
"ok."

called mak,
"kakak panas! nak pi putrajaya."
"tunggu mak siap kejap."

kejut iza, adik en.eid,
"akak nak bawak aira pi hospital."
"ikut!"

3:30 pagi, sampai ER hospital putrajaya. en.eid terus uruskan registration cik.aira dengan cik.aish.

sampai turn cik.aira, doktor cakap,

"demam panas waktu malam sahaja ye?"
"ha ah."
"dah 3 hari?"
"ha ah."
"ok, kita buat ikut prosedur, saya akan ambik darah anak puan ye. in case kalau denggi atau ada kuman."
"ok."

meraung-raung cik.aira tangan kena cucuk masa nak ambik darah. azil buat muka kering je, tapi dalam hati dah nak meraung sama.

lepas ambik darah, masuk lagi ubat demam kat bun*ut tuh. meraung lagi budak tuh. =(

sementara tunggu result darah, cik.aira masuk wad ER. susah hati muka dia. kejap-kejap peluk azil. takmo duduk / baring atas katil wad tu. kenala azil pangku dia kat kerusi.

"buu.. jumlaa." (ibu.. jomla..) nak mengajak balik.

pastu, dok bertanya,
"mama nne?" (mama mana?)
"bibi nne?" (baby mana?)
"babah nne?" (babah mana?)

kat katil seberang, ada sorang lelaki terbaring, muka rabak. mangsa kemalangan kot. kat kerusi sebelah katil dia, ada macik tua tengah tedo. mak dia mungkin. bila cik aira tengok,

"buu.. momok bu?" (ibu, momok ke ibu?)
"bukan laa.. abang jatuh.."
"jotoo??" (jatuh?)
"aa.. naik broom-broom, jatuh.." (aa.. naik moto, jatuh..)
"oo.. bumbum jotoo.." (oo.. broom-broom jatuuhh..)
"aa.."
"akit bu ye?" (sakit ibu ye?)
"akit laaa.." (sakit laa..)
"oo.. akiitt.."

usaha dia nak bersembang jugak.. tapi oleh sebab pala azil dah tingtong-tingtong, dan masa tuh dah pukul 4 pagi, azil pujuk jugak cik.aira tedo kat katil. boleh azil menumpang sekali. masa tu, en.eid pulak dah masuk, cik.aira pun rasa selamat sikit sebab babah dia ada. baru dia nak tedo kat katil wad tu.

pukul 5.30 pagi, nurse datang ambik suhu badan cik.aira. 38 darjah celcius. tahap demam lagi. dia kata, result darah dah ready, jumpa doktor kat kaunter.

pi la kaunter, doktor suruh ambik ubat kat farmasi.

"ubat demam, sihat atau sakit, kasi je setiap 6 jam. antibiotik saya kasik untuk 5 hari ye."

itu je. kuar dari wad ER, ambik ubat kat farmasi, check sama ubat cik.aish, bayar 2 hengget kat registration counter, kitorang pun balik.

pukul 7 lebih sampai umah. pala dah weng sangat!

cik.aira dengan cik.aish tinggal kat umah mak, azil balik umah dengan iza. tedo sampai la pukul 9:30pagi. itupun sebab telefon berbunyik,

"azil kat mana? abang dah tunggu kat depan maybank."

alamak!

lupa nak kena pi repair ekon en.waja!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS